Latihan Bersepadu Untuk Tingkatkan Profesionalisme Keusahawanan

January 3, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

Dalam perniagaan Network Marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.

Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.

Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.

Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Score A amnya.

Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.

Di Rangkaian ZRB Millinionaire Club, ada beberapa kursus yang di jalankan untuk memantapkan lagi dan memberi ilmu untuk memulakan bisnes Score A ini. Dengan kursus yang di anjurkan, para ahli di galakkan dan di sarankan untuk menghadirkan diri ke kursus ini untuk meningkatkan keyakinan diri dan menambah ilmu di dada.

Antara kursus yang di tawarkan adalah

  • NDO (New Distributer Orientation)

    • Sabtu dan Ahad, ZRB BTS
    • jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang
    • Yuran di kenakan RM70
  • TTC(Table Talk Closing)/AOS(Art Of Sponsoring)

    • Selasa, ZRB BTS
    • Jam 8.30 malam hingga 11.30 malam
    • Yuran dikenakan RM30

Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.

Jadikan Setiap Kegagalan Pendorong Untuk Menjadi Usahawan Terbilang

January 2, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah gagal. Ia menjadi asam garam dalam kehidupan yang menambahkan warna-warni dalam hidup seseorang. Tidak terkecuali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah lumrah bagi seorang usahawan, termasuklah usahawan Multi Level-Marketing seperti anda. Jatuh bangunnya seseorang usahawan dan bagaimana dia berusaha bangkit untuk mengubah nasibnya kepada yang lebih baik bergantung kepada sikap dan daya ketahanan seseorang usahawan itu sendiri.

Sebagai contohnya, seseorang usahawan MLM mungkin gagal untuk membina dan membesarkan jaringan perniagaannya dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin, pendekatan atau cara yang digunakan anda kurang berkesan. Jesteru, penuhkan ilmu pengetahuan berkaitan prosedur amalan perniagaan yang anda ceburi agar anda dapat membina semula perniagaan anda dalam tempoh sesingkat mungkin. Ini kerana masa itu emas, jadi jangan lengahkannya!

Berikut antara panduan untuk mengaktifkan semula perniagaan anda dalam masa yang singkat :

  1. Perlu kreatif dan inovatif dalam cara bagaimana mencari prospek baru.
  2. Kaji pelan pemasaran syarikat secara lebih mendalam kerana ia membantu dalam perancangan anda.
  3. Buat “edu party” dan perjumpaan yang menjadi asas duplikasi bagi memudahkan anda membuat penajaan dan jualan.
  4. Perlu bantu downline anda berjaya kerana kejayaan mereka juga bererti kejayaan anda.
  5. Belajar daripada kesilapan, jangan ulangi kesilapan yang hanya akan menggagalkan usaha anda.
  6. Kemajuan diri dan proses pembelajaran perlu secara berterusan.

Jika anda berusaha gigih dan berterusan tetapi masih juga belum dapat apa yang dicitakan, tanamkan dalam minda anda ia bukanlah satu kegagalan mutlak. Ini kerana mungkin belum masanya untuk anda mengecap kejayaan.Anda perlu bertindak segera agar kejayaan menjadi milik anda dan impian bukan hanya tinggal impian.

Jesteru, bina semula kekuatan anda. Jangan jadikan kegagalan alasan untuk anda meninggalkan perniagaan yang menjaminkan masa depan yang cerah ini. Pastikan ia tidak melunturkan semangat anda untuk muncul sebagai USAHAWAN SCORE A TERBILANG.

GAGAL @ BERJAYA – Anda Pilih!

December 21, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

GAGAL atau BERJAYA dalam Network Marketing ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda menyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM @ Network Marketing ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya. “Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftar diri sebagai pengedar ialah menanamkan kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah jualan langsung atau Multi-Level Marketing. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan “Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan “Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang selagi nyawa di kandung badan!

* Petikan dari ebook Teknik Berkesan Untuk Berjaya Di Dalam MLM – Penulis, Maslan Omar (USM)

Salam kejayaan.  Jumpa lagi.

ZRB Millionaire Club Mampu Bawa Usahawan ke Puncak Kejayaan

December 3, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.

Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam ZRB – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.

Di dalam ZRB Group kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.

Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, Melalui kumpulan ZRB Millionaire Club (ZRBMC) yang diasaskan oleh jutawan terpantas Score A Programme, Encik Aziz Samad, dan jutawan termuda Score A Programme, Encik Imran Hadi dan beberapa org leader lain telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di ZRB BTS, setiap minggu pada hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 7 ptg.  Sewaktu saya menghadiri kursus NDO ini pada 22hb Nov 2009 seramai 150 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang Network  Markerting ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu Network  Markerting terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Seremban, Grik Perak, Batu Pahat Johor dan Kelantan. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.

Matlamat program Berjaya Bersama ZRBMC ini adalah untuk merealisasikan impian kita bersama iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan Kejayaan menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.

“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”

Gerbang E-Pembelajaran Dijangka Sumbang 30 Peratus Pendapatan Kenshido

December 3, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

Temubual Bernama dengan CEO Score A Programme

Oleh Santhia Panjanadan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Kenshido International Sdn Bhd, syarikat tempatan pertama yang memulakan pendidikan dalam talian (webucation) pada 1999, yakin pelancaran gerbang e-pembelajarannya baru-baru ini bagi pelajar tingkatan empat dan lima akan menyumbang 30 peratus kepada pendapatan kumpulan pada Disember.

Dilancarkan pada akhir Ogos, syarikat itu yakin produk baharu tersebut akan menyumbang 40 peratus kepada keuntungan kumpulan tahun depan.

“Kami boleh mencapai sasaran ini kerana terdapat pasaran yang belum dimanfaatkan iaitu kira-kira 500,000 pelajar tingkatan empat dan lima.

“Ibu bapa juga memberi penekanan utama kepada pendidikan anak-anak mereka dan mahu memastikan mereka mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan awam, justeru itu gerbang e-pembelajaran merupakan suatu yang popular di kalangan pelajar dan ibu bapa,” kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kenshido, Jason Kok Min Chong dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama.

Beliau berkata syarikat tersebut melabur kira-kira RM1 juta untuk membangunkan produk format objektif itu dan akan terus melabur bagi memajukan format subjektif pada suku pertama 2010.

Program E-Pembelajaran Kenshido membantu para pelajar bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dan sejak 10 tahun lepas telah berjaya melahirkan beribu-ribu pelajar yang mendapat A penuh dalam peperiksaan UPSR dan PMR.

Syarikat pendidikan itu menjual produknya menerusi sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai lebih 40,000 pengedar aktif di seluruh negara.

Jason berkata kira-kira RM5 juta telah dilabur untuk membangunkan gerbang yang sama bagi pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Tiga dalam tempoh 10 tahun lepas.

“Keseluruhannya, dengan peningkatan dalam pendapatan, bilangan pengedar dijangka meningkat berlipat kali ganda,” katanya.

Mengenai prospek pasaran bagi perniagaan e-pembelajaran, Jason berkata ia menjangkakan persaingan yang kecil.

“Untuk mendapat penerimaan orang ramai menerusi pemasaran pelbagai peringkat memerlukan strategi yang betul dan usaha keras.

“Kami mengambil masa 10 tahun untuk membangunkan gerbang, rangkaian dan pasaran webucation yang kami ada hari ini. Justeru itu, kami menjangkakan persaingan yang kecil dalam perniagaan ini,” katanya.

Mengenai pertumbuhan keseluruhan kumpulan Kenshido, Jason yakin pendapatan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2009, akan meningkat sebanyak 500 peratus.

“Kami berada di suku ketiga kami sekarang dan kami sudahpun menyaksikan kenaikan 300 peratus dalam keseluruhan pendapatan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Dan saya yakin kami dapat mencapai sasaran ini pada akhir tahun, dinilai daripada kepantasan pergerakan kami, peperiksaan awam yang semakin dekat dan permintaan bagi gerbang program “Score A” kami yang semakin meningkat,” katanya.

Gerbang program “Score A” itu disokong oleh Kementerian Pendidikan dan menelan kos RM596 setiap satu, bagi langganan enam bulan. Dua pelajar boleh mengakses gerbang itu pada satu masa.

Gerbang itu mengandungi soalan berasaskan topik, penilaian bulanan, peperiksaan ujian dan soalan tahun-tahun lepas untuk lebih daripada 10 tahun, bergantung kepada subjek.

Bagi pengedar, mereka boleh memilih untuk mendaftar dalam tiga kategori iaitu e-rakan kongsi bagi RM1788, e-usahawan bagi RM5548 dan e-max bagi RM10,800.

– BERNAMA

Motivasi-Usaha Tangga Kejayaan

November 3, 2009 by admin  
Filed under Motivasi

Saya telah berulang kali menonton klip video ini. Walaupun tidak mempunyai tangan dan kaki, namun insan ini tetap kuatkan semangat. Dari apa yang boleh di simpulkan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan berusaha bersungguh-sungguh, sinar kejayaan anda pasti menyerlah dan akan hadir dengan sendirinya. Dalam membuat sesuatu perkara, tidak kiralah berbisnes, belajar, ingin memulakan perniagaan MLM dan berbagai jenis lagi, jatuh dan bangun telahpun menjadi asam garam. Jika kita berusaha dengan lebih gigih lagi sudah pasti akan berjaya. Jika gagal sekali bukan bermakna terus gagal, jika kita lihat orang yang telah berjaya, mereka berjaya kerana mereka dapat mengatasi kegagalan, mereka kuatkan diri untuk menempuh kegagalan sebelum berjaya bukan lari dari kegagalan.

Sila saksikan video klip di bawah ini, dan fikir-fikirkan lah sekiranya kita berada di tempat insan ini,

Score A Programme- Ramai pelajar berjaya mendapat A kesemua subjek

November 1, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

Score A Programme – apa yang anda tahu tentang Score A Programme ini? anda boleh mendapatkan jawapan dari link ini http://www.scorea.digital-pages.net/scorea/pengenalan.  Segala persoalan anda akan terjawab di halaman tersebut.

Disini saya ingin berkongsikan tentang pentingnya pembelajaran anak-anak kita. Bagaimana kita mengajar mereka, bagai mana kita memantau pelajaran mereka. Score A programme telah di sediakan khusus untuk ibu bapa memantau pembelajaran anak2 di mana, Score A Programme ini lebih menekankan aspek Pembelajaran OUTPUT. Pembelajaran output adalah bagaimana caranya pelajar mengeluarkan segala apa yang di pelajarinya di sekolah ataupun membaca. Cara lamanya lebih dikenali sebagai latih tubi, di mana kita membuat latihan berulang-ulang kali. Dengan cara inilah dengan secara tidak langsung akan menguatkan ingatan pelajar dengan apa yang di pelajarinya.

Kita semua sedia maklum, pada zaman ini adalah zaman ICT yang para pelajar lebih mudah terdedah dengan komputer dan pelajaran yang di ajar sekolah juga lebih kedepan berbanding zaman 80-an dan 90-an dulu. Anak-anak tidak lagi dapat menduplikasikan cara kita belajar pada zaman tersebut berbanding zaman sekarang. Dengan adanya Score A Programme ini, sememangnya akan berada pada satu langkah kehadapan kepada sesiapa yang menggunakan program ini. Untuk melihat testimoni oleh pelajar yang telahpun berjaya dengan program ini anda boleh melihat Video Score A di halaman HOME atau melihat halaman TESTIMONIAL.

Untuk program Score A berasaskan ICT ini, anak kita akan mudah di pantau dan seterusnya mengecam di mana kelemahan anak kita, dengan bank soalan yang melebihi 250,000 unit soalan. Anak-anak kita akan mudah mengingati apa yang di pelajari dengan latihan tubi yang di buat melalui Score A Programme ini. Dengan pecahan eTopic dan eAssessment dlm program Score A,  maka akan memudahkan kita memantau kelemahan yang di hadapi anak kita.  Untuk Program Score A ini, dengan eAssessment dengan soalan-soalan yang  di keluarkan mengikut matapelajaran yang di ambil merangkumi semua topik. Selepas anak-anak kita melakukan latihan eAssessment di website Score A, kita boleh mengetahui tahap kelemahan anak kita di topik yang mana. Dengan pemantauan seperti ini, secara tak langsung lebih mudah untuk kita memberi tumpuan topik mana yang anak kita lemah. Di website Score A, ini lah guna eTopic, kita lebih fokus utk latih tubi mengikut topik  di mana anak kita lemah. program Score A Programme ini memang telah di kaji dan di uji bagaimana boleh membuatkan pelajar menjadi cemerlang atau Score A dan lebih semangat untuk belajar di samping menguatkan daya ingatan dengan latih tubi atau apa yang di katakan Pembelajaran Output.

Apa yang boleh di katakan program Score A Programme adalah program yang berjaya melahirkan individu yang mendapat A atau Score A untuk kesemua subjek tidak kita di peringkat mana, UPSR, PMR dan yang terbaru SPM. Masih ada beberapa sekolah yang masih menggunakan program score A ini, di antaranya

  • SM Sains Hulu Selangor
  • SK Danau Perdana
  • SK LKTP Sungai Sayong
  • SK Taman Damai Jaya
  • SK Convent (2) Bukit Nanas
  • SJK(C) Cheng Siu 1
  • SJK(C) Malayan
  • SJK(C) Chong Hwa Rengit
  • SM St. Mark
  • SM Dato’ Penggawa Timur
  • SM Kelapa Sawit
  • SMK Skudai
  • SMK Mak Mandin
  • SMK Convent Butterworth
  • SMK Perai

Sekolah-sekolah yang menggunakan Score A Programme menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keputusan PMR 2003. Antara yang paling ketara adalah dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor apabila 93% daripada pelajarnya berjaya mendapat ‘Straight A’s”.

Dengan ini, saya mengajak anda untuk mendapatkan cara atau program terbaik untuk kecemerlangan anak-anak anda, itulah dia Score A Programme. Dengan hanya RM596, anak anda dapat meng”access” kesemua subjek beserta kad laporan di website rasmi Score A. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat halaman Set Permulaan/starter Pack . Dapatkan sekarang sebelum 31 Disember 2009 dan anda layak untuk mendapat hadiah istimewa. Dapatkannya sekarang!!.

Ketahui bagaimana anak-anak anda boleh mencapai kecemerlangan dengan Score A secara PERCUMA dan anda sebagai ibu bapa mendapat RM!! Hubungi saya di admin@digital-pages.net

Rahsia Kak Jah menjana RM60k

October 20, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

Jika anda “search” perkataan “score a” di Google, ada tentu akan berjumpa dengan website www.bisnesjaya.com. Website tersebut telah beberapa lama berada di muka pertama SERP(Search Engine Result Page) Google.  di sini saya bukan ingin menceritakan teknik SEO bagaimana page itu berada di mukasurat pertama Google, tetapi ingin menceritakan tentang pemilik website tersebut. Bagaimana beliau menjana RM60K dalam masa hanya 5 bulan sahaja.  Tidak di nafikan, dengan hanya menjadi ahli usahawan/rakan niaga Score A Programme, beliau berjaya menghasilkan pendapatan pasif sebanyak RM60 ribu pada bulan ke 5 sahaja dan pendapatan terkumpul melebihi ratus ribu ringit.

Dari apa yang beliau ceritakan, pada bulan kedua selepas menjadi ahli, pendapatan beliau telah menjangkau belasan ribu ringgit. Kak Jah atau nama sebenarnya Jahlilawati adalah seorang perkerja makan gaji seperti saya di dalam bidang IT, berpengalaman lebih 20 tahun, namun pendapatan hasil dari Score A dlm ms 2 bulan telah menyamai gajinya selama 20 tahun berkerja.

Kak Jah telah mendaftarkan diri sebagai ahli usahawan Score A pada March 2009. Pada bulan ketiga iaitu Mei pendapatan beliau adalah RM23 ribu, dan seterusnya meningkat pada bulan keempat iaitu pada bulan Jun kepada RM30 ribu.

Pada Ogos lepas, pendapatan beliau telah pun menjangkau RM60 ribu. Dan yang paling baru sekali pada Oktober iaitu bulan kelapan menyertai sebagai Rakan Niaga Score A, pendapatan beliau telah mencapai RM80 ribu.Memang begitu cepat beliau mencapai pendapatan 5 angka. Malah pendapatan terkumpul telahpun melebihi 6 angka. Sesuatu yang amat mengagumkan.

Apakah rahsia beliau?

  • Ikut pelan bisnes yang di berikan
  • Tidak malu atau segan untuk berkongsi kebaikan Score A. (Kongsi saja, bukan paksa join pun)
  • Selepas mendapat penaja/downline, bantu mereka ini supaya tidak lari dari landasan yg di setkan dalam pelan bisnes
  • Tidak hanya menumpukan kepada wang pada awalnya (mind set kena betul), yang utama beri penuh pendedahan tentang Score A kepada orang ramai, wang akan terhasil dengan sendirinya jika ramai org berminat.

Di atas antara rahsia Kak Jah yang dapat menjana pendapatan mencecah RM60K dalam masa 5 bulan. Apakah susah bagi kita untuk menduplikasikan kejayaan Kak Jah dengan hanya beberapa rahsia yang di kongsikannya? memang tidak mustahil satu hari nanti, kita juga dapat merasa hasil seperti Kak Jah. Jadi, apa di tunggu lagi.  Sertai sekarang sebagai ahli usahawan Score A.. (promote tuuu!!!)

Selain itu, apa yang beliau tekankan dengan produk Score A ini,

  • Kadar penolakan sangat rendah, dari 10 yang di ceritakan, 9 daripadanya tidak mengetahui apakah Score A Program
  • Produk yang sememangnya keperluan masa kini.
  • Bisnes Pelan yang terbaik (lihat sini)
  • Syarikat yang di ketahui kukuh
  • Dan yang paling utama Team Work (Upline) yang amat mengambil berat tentang downline.

Tidak heranlah apabila berada di bawah group Kak Jah, beliau amat mengambil berat tentang perjalanan Score A para downline. Saya rasa cukup bertuah berada dalam kumpulan yang betul untuk mencapai matlamat kejayaan saya.

Ulasan Kak Jah dari Website beliau

Syukur Alhamdulillah, bulan pertama (Mac-2009) saya fokus buat betul-betul program ini, bulan kedua (Apr) income saya sudah RM Berbelas ribu (sama macam pendapatan saya masa kerja makan gaji selama 20 tahun). Bulan ketiga (Mei) income saya RM23 ribu. Dan bulan keempat (Jun) income saya RM30 ribu. Semuanya bukan sebab saya yang hebat tapi produk yang SUPERB! – kadar penolakan sangat rendah – semua mak bapak nak anak pandai. Dan juga timing yang tepat – dari 10 orang yang saya jumpa, 9 orang tak tahu pasal Score A, tapi kalau tahun depan, saya pasti 5 orang dah dengar & 4 orang dah join. Jadi buat sekarang atau buat kemudian lebih senang. Kalau anda tak rebut peluang ini sekarang, tahun depan orang yang ambil peluang ini sekarang, dah kaya-raya, anda baru nak start! Jadi fikir-fikirkan lah… ~Ikhlas dr Kak Jah – 30-Jun-2009.Update
3-Ogos-2009:
Syukur.. syukur.. alhamdulillah..
Bulan kelima (Julai) income saya RM60 ribu.
Selepas ini saya tidak boleh beritahu lagi, nanti income tax datang cari :-)
Semuanya kerana gabungan kehebatan Produk/ Biz Plan/ Syarikat/ & Kumpulan.
Ayuh! Sambutlah TSUNAMI PELUANG yang datang ini.
UBAH KEHIDUPAN ANDA!!
Latest update:
Tak tahu nak cakap apa lagi… Bulan ketujuh (Sept-2009), saya dah layak masuk dalam “Millionaire Club” – macam mimpi je… tapi itulah hakikatnya. Di Score A “Impian Boleh Menjadi Kenyataan Dengan Cepatnya”… huhuhu menangis kesyukuran…

Jika Kak Jah boleh lakukan, mengapa tidak kita? Dengan berkongsi tentang kebaikan Score A kepada rakan2 dan taulan. Dari 50 orang yang kita ceritakan, kemungkinan 10 darinya berminat utk menggunakan program ini, mungkin 3 darinya berminat untuk menjadi Ahli Usahawan. Apa-apa pun, segala jenis kejayaan yang datang, ianya bukan datang bergolek, perlulah di mulakan dengan usaha yang jitu. SEMOGA TERCAPAI MATLAMAT KITA!!

Jika anda berminat, ada boleh mendaftar sebagai Ahli Usahawan melalui blog ini.

Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka

October 15, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba……. datang tidak menentu masa…… datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

-Prof. Dr. Hamka

Amat besar maknanya dengan apa yang di hujahkan oleh Prof Dr. Hamka ini. Rebutlah peluang sementara ia datang kepada kita. Walau apa sekali pun kerja yang kita lakukan, lakukan dengan penuh keazaman dah iltizam yang tinggi. Pada saya, Program Score A ini datang tepat pada masanya utk saya memulakan bisnes dan lari dari di belenggu hutang. Moga tahun 2010 boleh di katakan sebagai Year of Financial Freedom!!!

Matlamat

October 12, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi

Salam,

Di sini, saya dengan semangat yang berkobar ingin menetapkan matlamat saya menjadi salah seorang ahli dan Consultant  Score A Programme yang berjaya . Di samping ingin melihat kejayaan anak-anak, tidak kira anak sendiri atau anak saudara atau anak- anak rakan saya, saya juga ingin berjaya sebagai seorang Usahawan yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan dalam masa 6 bulan.

Matlamat saya:

  1. Melangsai segala utang-utang(esp kredit kad) pada Feb 2010
  2. Mencapai pendapatan RM30,000 pada Mei 2010
  3. Membawa Ibu bapa dan anak-anak Umrah/Haji pada Sept 2010
  4. Membeli kereta Toyota Wish Pada Disember 2010
  5. Membina Mahligai Idaman pada Jan 2011

Kita juga kena redha bahawa, Allah telah pun menetapkan rezeki masing-masing, namun jika kita tidak langsung mencuba maka kita telah pun menutup pintu rezeki kita.  Jika kita mencuba dan berusaha ke arah itu, sememangkan ada ganjaran telah tersedia untuk kita di sebalik usaha itu. Jadi, mari kita mulakan. Jangan hanya melihat kepada kejayaan orang lain sahaja. Jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kita bermula sebagai usahawan yang berjaya. Tetapkan matlamat anda sekarang.

Bagaimana menetapkan matlamat kita,

  • Tetapkan Matlamat dan tujuan kita bermatlamat
  • Tentukan halatuju Matlamat kita
  • Tetapkan secara berperingkat dan kita kejar satu persatu
  • Matlamat yang kita set itu perlulah jelas dan kita setkan bilakah kita inginkan matlamat kita tercapai
  • Matlamat yang praktikal.
  • Matlamat perlulah tetap, tidak berubah-ubah
  • Berusaha bersungguh-sungguh kearah matlamat kita
  • Sentiasa ingat kepada matlamat, jika perlu tuliskan matlamat kita di sekeping kertas dan di letakkan di tempat yang kita boleh nampak setiap hari sebagai pemangkin utk kita mengejar matlamat tersebut.
  • Berkongsi matlamat kita, jika kita berkongsi matlamat, kita akan lebih yakin dengan diri kita. Dan kita akan berasa malu jika matlamat kita tidak tercapai, di sini bagus kerana matlamat telah mengejar kita
  • Bertawakal ke arah matlamat kita

Next Page »