Score A Programme - Kearah Kecemerlangan Anak-Anak Kita » pendidikan anak

7 kaedah mendidik anak cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah
Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu

• Adab dengan orang tua-tua

• Adab dengan guru

• Adab dengan kawan-kawan

• Tugas harian di rumah

• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.

• Tatacara makan mengikut sunnah nabi

• Cara belajar yang berkesan

• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah

• Keselamatan jalan raya

• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

Bagaimana Meningkatkan Pencapaian Akademik Anak?
Semua ibu bapa mahukan anak-anak  				berjaya dalam pelajaran mereka.  Orang biasanya tidak tanya  				berapa duit kita tetapi mereka akan tanya apa keputusan yang  				diperolehi anak kita dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR  				dan SPM.  Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan ia menjadi  				tajuk perbualan dikalangan jiran tetangga, sanak saudara dan  				rakan sejawat.  Tekanan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa  				cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak mereka  				cemerlang dalam pelajaran.  Yang mampu, sanggup berbelanja besar  				menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang dikelolakan oleh  				guru-guru pakar.  Tekanan yang diterima dari masyarakat ini  				membuatkan ibu bapa ada ketikanya ‘memaksa’ anak-anak supaya  				cemerlang.

Sebelum kita menekan anak-anak  				cuba semak diri kita dahulu.  Adakah kita telah memainkan  				peranan kita sebaiknya dalam membantu mereka merealisasikan  				kecemerlangan tersebut?

Berikut adalah perkara yang perlu  				diteliti dan dipraktikkan:

Menyediakan keperluan asas  				seperti buku, peralatan, tempat belajar.

Kelengkapan yang cukup adalah  				penting dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa.   				Misalnya, pensil patah adalah suatu perkara yang remeh bagi kita  				tetapi ia besar bagi sesetengah anak terutamanya yang bersekolah  				rendah.  Tiada peralatan lengkap seperti alat geometri boleh  				membuatkan seorang anak malas untuk ke kelas dan hilang tumpuan  				serta minat belajar.  Buku yang tidak mencukupi boleh membuatkan  				anak memberi alasan untuk tidak belajar dan sesetengah mereka  				terpaksa berhadapan dengan kemarahan guru.  Pakaian atau beg  				koyak boleh membuatkan anak malu dengan rakan-rakan dan tidak  				gembira untuk ke sekolah.  Oleh itu sebagai ibu bapa,  				tengok-tengoklah keperluan asas untuk anak ke sekolah ini  				sentiasa, bukan sekadar diawal tahun sahaja.

Sediakan satu bilik atau satu  				ruangan untuk anak-anak belajar di rumah.  Pastikan ruangan ini  				selesa, tenang, nyaman dan jauh dari gangguan.  Pastikan juga  				cahaya mencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari masa ke  				semasa bagi mengekalkan motivasi diri anak dan mood belajar  				mereka.

Tidak ragu-ragu untuk  				disiplinkan anak

Pelajar cemerlang adalah pelajar  				yang berdisiplin.  Sebagai ibu bapa kita mestilah mampu  				mendisiplinkan anak-anak dirumah dari segi kekemasan bilik,  				pengurusan masa, pengurusan diri serta tingkah laku mereka.   				Galakkan anak-anak mengemas biliknya sendiri meskipun ada  				pembantu rumah yang boleh melakukannya.  Pupuk sifat bertanggung  				jawab dan berdikari dalam diri anak.  Duduk dengan anak dan  				bicangkan jadual harian mereka.  Terangkan pada anak-anak betapa  				pentingnya mempunyai masa yang seimbang diantara belajar,  				beribadah, riadah, sosial, rehat, bersama keluarga dan  				sebagainya.  Jadual yang disediakan ini mestilah fleksibel sebab  				anak-anak bukannya robot yang boleh menepati waktu setiap hari.   				Anak cemerlang adalah mereka yang ada peraturan sama ada di  				rumah atau di luar.  Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai  				ibu bapa untuk mendisiplinkan mereka.

Mengawasi dan menemani anak

Ibu bapa boleh meningkatkan  				komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan  				menemani anak ketika waktu belajar mereka.  Untuk anak-anak  				peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan  				apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara  				beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari.  Dengan  				cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi  				kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta  				kemahuan mereka.

Sabar dalam mengajar

Mengajar anak sendiri memerlukan  				kesabaran yang tinggi.  Ramai ibu bapa yang mudah hilang sabar  				lalu marah-marah dan meninggikan suara apabila mengajar  				anak-anak dalam pelajaran mereka.  Mereka geram kerana anak-anak  				mungkin tidak memberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan  				sebagainya.  Perlu diingat, anak-anak bukan kita dan mereka  				tidak mungkin seperti kita.  Lagi dimarah lagi tertutup minda  				dan buntu fikiran mereka.  Mereka akan lebih takut untuk buat  				salah lalu tidak mahu mencuba.  Kalau mampu, ajarlah anak-anak  				strategi belajar, teknik mengingat, prinsip memori dan  				sebagainya.  Mudah-mudahkan pembelajaran mereka agar keyakinan  				diri mereka terbina sedikit demi sedikit. Ingat, kesabaran  				adalah kunci segalanya.

Selalu berbincang dengan guru  				kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah

Kenali siapa guru anak-anak kita  				dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka.   				Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan  				dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya  				dan sebagainya.  Apabila berpeluang tawarkan diri untuk  				melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah.  Dengan cara  				ini guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akan berikan  				perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita.  Malah  				kerapkali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk  				terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan ini akan  				meningkatkan ‘self-esteem’ mereka.  Anak-anak juga akan lebih  				menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar  				bahawa perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru  				kepada ibu bapa.  Komitmen anak-anak secara langsung akan  				meningkat terhadap pelajaran mereka.

Ikuti perkembangan dan kemajuan  				anak di sekolah

Jangan tunggu hingga anak bawa  				pulang Buku Laporan Kemajuan baru mahu bertindak.  Kerana ketika  				itu sudah agak terlambat untuk bertindak.  Ibu bapa hendaklah  				mengikuti perkembangan dan kemajuan anak-anak setiap masa.   				Pantau ujian bulanan mereka dan kenalpasti kelemahan yang ada.   				Cari penyelesaian untuk mengatasi kelemahan tersebut seawal  				mungkin.  Kalau anak-anak perlu dituisyenkan maka hantarlah  				mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk subjek-subjek tertentu yang  				mereka perlu dibantu.  Kalau anak-anak lemah dari segi sahsiah  				maka masukkanlah mereka ke program-program berbentuk motivasi.   				Lambat bertindak akan mengakibatkan anak-anak tertinggal dalam  				pelajaran mereka.  Anak-anak mula rasakan yang diri mereka tiada  				kebolehan dan masa depan.  Pemikiran yang salah sebegini akan  				membuatkan mereka hilang minat dan malas untuk berusaha.   				Akhirnya, mereka fikir buat apa belajar kalau sudah tahu diri  				akan gagal.  Mereka mulalah terpengaruh dengan rakan-rakan yang  				negatif dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.

Kenali rakan-rakan anak dan ibu  				bapa mereka

Rakan-rakan adalah orang penting  				kepada anak-anak dan berpengaruh dalam menentukan identiti serta  				imej mereka.  Sekiranya mereka berkawan dengan orang yang rajin  				maka rajinlah mereka. Sekiranya mereka salah memilih kawan maka  				bermasalahlah nanti.  Sebagai ibu bapa prihatin hendaklah kita  				ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi,  				dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli sesuatu yang  				mungkin diluar kemampuan diri dan sebagainya.  Simpan nombor  				telefon kawan-kawan mereka dan rapatkan diri dengan ibu bapa  				mereka.  Apa salahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu  				bapa agar semuanya dapat ambil berat akan perkembangan  				anak-anak.  Ia memudahkan kita menasihati bukan sahaja anak kita  				tetapi juga rakan-rakan mereka kelak.  Begitu juga dengan ibu  				bapa yang lain, mereka juga tidak akan segan silu untuk menegur  				dan menasihati anak kita.  Dengan cara ini anak kita dan  				rakan-rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran  				hanya kerana utamakan pergaulan.

Sentiasa mengintai peluang yang  				boleh memajukan anak

Dalam kehidupan kita seharian  				terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang untuk  				memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka.  Ibu  				bapa cemerlang tidak kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan  				untuk kebaikan anak-anak.  Kecemerlangan anak-anak dalam bidang  				yang tiada kaitan dalam pelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum,  				sukan, persatuan dan sebagainya boleh menjadi perangsang untuk  				mereka cemerlang dalam bidang pelajaran.

Disamping itu, program-program  				seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengan kemahiran  				belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh  				menjadi faktor yang meningkatkan lagi pelajaran mereka.  Ini  				berdasarkan kepada pengalaman mereka yang telah megikuti program  				Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan.  Ada diantara  				anak-anak mendapat lonjakan markah yang cukup ketara setelah  				mendapat bimbingan dan motivasi.

Jadikan budaya membaca sebagai  				suatu amalan

Masyarakat Malaysia terkenal  				sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi apabila  				bahan bacaan tersebut berbentuk ilmiah.  Penyakit ini menular  				dari generasi ke generasi dan akhirnya lahirlah masyarakat yang  				tidak mantap ilmunya.  Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menanam  				budaya membaca bermula di rumah.  Adakan masa tertentu untuk  				membaca seisi keluarga.  Bawa anak-anak ke perpustakaan dan ke  				kedai-kedai buku.  Minat membaca bermula dari ibu bapa sendiri.   				Kalau ibu bapa tidak memulakan tabiat membaca ini maka usah  				letakkan kesalahan malas belajar itu atas anak semata-mata.   				Kita bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ini kerana ibu  				bapalah acuan yang membentuk sikap dan tingkah laku anak-anak.

Memberikan kerjasama sepenuhnya  				kepada anak dan hormati waktu belajar mereka

Adalah tidak adil apabila anak  				yang bersekolah dan ada peperiksaan dipaksa belajar sedangkan  				anggota keluarga yang lain melakukan aktiviti yang boleh  				mengganggu tumpuan dan emosi mereka.  Misalnya, anak-anak yang  				bersekolah disuruh masuk bilik dan belajar sedangkan ibu bapa  				asyik menonton televisyen, abang berinternet, kakak bergayut di  				telefon, adik kecil bising dengan mainannya.  Semua ini  				memberikan tekanan yang bukan sedikit kepada anak yang mahu  				belajar.  Mereka tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari  				keluarga.  Mulai hari ini adakan peraturan iaitu bila tiba waktu  				belajar maka tiada aktiviti lain selain daripada aktiviti  				keilmuan.  Ahli keluarga yang lain boleh gunakan waktu itu untuk  				membaca akhbar, majalah, buku dan sebagainya.  Kalau berinternet  				sekalipun, pastikan masa itu digunakan untuk mencari maklumat  				bukan untuk berhibur.  Adik kecil boleh gunakan masa tersebut  				untuk melukis dan mewarna.  Malah, ibu bapa boleh gunakan masa  				belajar ini untuk mengajar anak-anak jika mampu.  Dengan cara  				begini, anak-anak dapat rasakan bahawa semua keluarga mahu lihat  				mereka berjaya dan bersemangat untuk membuktikannya.

Meletakkan harapan berdasarkan  				kemampuan diri anak

Tidak ada ibu bapa yang tidak mahu  				lihat anak mereka berjaya dan begitu juga kita.  Namun begitu,  				ibu bapa mestilah realistik dalam menentukan pencapaian  				anak-anak mereka.  Sekiranya harapan yang diletakkan itu terlalu  				tinggi hingga anak-anak rasakan mustahil untuk mencapainya maka  				mereka mula rasa tertekan.  Anak-anak mudah rasakan diri mereka  				tidak berguna apabila gagal mencapai impian ibu bapa lalu kecewa  				dan murung.  Keadaan bertambah parah apabila ibu bapa mula  				marah-marah setiap kali anak-anak gagal mendapat markah yang  				baik.  Kata-kata kesat dan sindiran-sindiran tajam mula  				dilemparkan kepada anak-anak seperti “sia-sia sahaja hantar  				tuisyen”, “hidup hanya menghabiskan beras sahaja .. “, “Itulah  				memang dasar anak pemalas!” dan macam-macam lagi.  Cuba  				renungkan sejenak, apa baiknya kita luahkan dan puaskan perasaan  				kita dengan cara begitu.  Adakah ia menjadikan anak kita lebih  				bijak?  Pastinya tidak.  Adakah ia akan mengubah cara anak kita  				belajar? Mungkin juga tidak.  Ia hanya akan melukakan lagi hati  				anak dan mencalar ‘self esteem’ mereka.  Oleh itu, bincanglah  				dengan anak-anak tentang sasaran dan matlamat mereka dan bantu  				mereka untuk capai matlamat tersebut.  Inilah yang terbaik sebab  				anak-anak merasakan sasaran yang diletakkan itu adalah sasaran  				mereka bukan sasaran ibu bapa.

Tidak merendah-rendahkan  				kebolehan anak di hadapan orang lain

Manusia mudah percaya apa yang  				dikatakan tentangnya lebih-lebih lagi kalau yang berkata itu  				mempunyai pengaruh atas dirinya.  Begitulah juga anak kita.   				Kerap kali apabila ibu bapa bawa anak-anak mereka berjumpa saya  				tanpa berselindung lagi mereka terus menceritakan  				keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan anak kepada saya di  				depan anak-anak mereka.  Misalnya, “anak saya ni malaslah”.  				“Anak saya ni kuat tengok TV dan tak boleh diharap, berkali-kali  				ditegur tapi macam tu juga”, dan macam-macam lagi.  Wajah anak  				tiba-tiba berubah.  Mereka mungkin ketika itu rasa malu, rendah  				diri, kecewa, marah dan sebagainya.  Lebih buruk lagi mereka  				percaya itulah mereka dan tiada apa yang boleh dibuat sebab  				mereka telah dilahirkan begitu.  Akibatnya, anak tidak akan  				bersungguh-sungguh berusaha dan mereka akan kekalkan sikap  				tersebut dan mengulangi tingkahlaku negatif kerana mereka  				percaya itulah diri mereka yang sebenar.

Kesilapan sebegini dilakukan oleh  				ramai ibu bapa tanpa mereka sedari.  Jadi mulai hari ini, kalau  				mahu bincangkan masalah anak maka bincanglah tanpa kehadiran  				mereka.  Di depan mereka cuba suburkan kebaikan yang ada, fokus  				lebih kepada kelebihan mereka.  Sekiranya ada kelemahan dan  				keburukan yang mahu ditegur maka tegurlah secara berhikmah dan  				nasihatlah secara baik.  Kalau kesilapan anak-anak menyentuh  				soal peribadi mereka, tegurlah secara individu tanpa kehadiran  				sesiapa termasuk adik beradik yang lain.  Kalau kesilapan  				anak-anak menyentuh soal umum seperti masalah bilik tidak kemas,  				buang sampah merata-rata dan sebagainya maka tegurlah secara  				terang-terangan untuk memberi pengajaran kepada yang lain.   				Tegur perbuatannya bukan orangnya.

Tidak membanding-bandingkan  				kebolehan

Ibu bapa perlu ingat bahawa  				kemampuan anak-anak adalah berbeza.  Tidak semua boleh berjaya  				dalam bidang akademik.  Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan  				kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai  				melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir  				bertukang, dan sebagainya.  Oleh itu kenapa mesti dibandingkan  				pencapaian mereka?  Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan  				abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan  				mereka.  Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka  				akan rasa rendah diri pula.  Oleh itu, membandingkan anak tidak  				membantu kecemerlangan mereka.  Adakah ini bermakna kita tidak  				boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada  				anak-anak?  Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan.  Ibu bapa,  				lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada  				anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan  				dan tingkahlaku mereka.  Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak  				ambil kisah.  Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini.   				Oleh itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan  				sama sekali dibandingkan dengan sesiapa.  Cukup sekadar menegur  				dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka.  Waktu lain,  				ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka  				berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka  				capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan  				tauladan.  Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak  				menerimanya kerana mereka lebih terbuka.

Ganjari bukan sahaja hasilnya  				tapi juga usahanya

Manusia hanya berusaha tetapi  				Allahlah yang akan menentukan hasilnya.  Sekiranya ibu bapa  				faham erti kata-kata ini maka mereka tidak akan merasa kecewa,  				putus asa dan marah apabila anak-anak tidak mendapat 5A dalam  				UPSR atau 8A dalam PMR.  Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang  				apa keputusan yang bakal diperolehi sebab itu urusan tuhan.   				Yang perlu dibimbangkan adalah usaha anak.  Dorong anak-anak  				untuk melakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan.  Nyatakan  				dengan jelas kepada mereka bahawa bagi kita keputusan bukan  				perkara utama tetapi yang penting kita mahu lihat mereka telah  				berusaha bersungguh-sungguh.  Sebagai bukti, kita berikan  				ganjaran terhadap usahanya dan bukan sekadar hasilnya.   				Misalnya, kita berjanji untuk berikan ganjaran tertentu  				sekiranya anak dapat 8A dalam PMR mereka.  Namun begitu,  				sekiranya kita lihat anak memang telah berusaha tetapi sekadar  				dapat 4A 4B sahaja maka berilah juga ganjaran dalam bentuk atau  				amaun yang berbeza.  Sebagai contoh, kita berjanji dengan anak  				kalau dia dapat 8A dalam PMRnya maka setiap A kita berikan RM50  				ringgit.  Sebaliknya kalau dia tidak dapat 8A, kita tetap  				berikan ganjaran tetapi kali ini setiap A Cuma dapat RM30  				sahaja.

Sentiasa doakan kejayaan anak

Doakanlah kejayaan anak-anak  				sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musim peperiksaan  				sahaja.  Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul.   				Elakkan dari mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak  				kerana kata-kata kita itu merupakan satu doa.  Doakan anak kita  				setiap kali kita teringatkan mereka.  Misalnya ketika kita sibuk  				dipejabat tiba-tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang  				buat di rumah?  Ketika itu terus berdoa dalam hati dan  				insyaAllah sekiranya kerap dilakukan begitu akan ada yang makbul  				nanti.  Saya masih teringat waktu kecil dahulu bagaimana saya  				terdengar doa ibu.  Saya datang dari keluarga yang miskin dan   				dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.  Ibu saya biasanya turun  				awal pagi untuk mencari nafkah dan pulang lewat petang dan ada  				ketikanya malam.  Satu ketika, sedang saya tidur-tidur ayam  				terdengar ibu berdoa, “Ya Allah ya tuhanku.. aku mempunyai tiga  				anak lelaki, kalau tidak ketiga-tiganya berjaya maka berilah aku  				salah seorang dari mereka yang akan jadi penyelamat keluarga  				ini.”  Mendengar doa ibu ini hati saya menyambut, “Ya Allah ya  				tuhanku.. biarlah salah seorang dari penyelamat keluarga itu  				adalah aku”.  Kemana sahaja saya pergi dan apa sahaja saya  				lakukan selepas itu saya pasti terkenang doa ibu itu.  Ia  				menjadi pendorong dan juga benteng diri yang cukup berkesan  				dalam hidup saya.  Oleh itu, apabila berdoa untuk anak maka  				doalah dengan suara yang didengari dan difahami oleh mereka.   				Seelok-eloknya ketika berjemaah bersama agar anak-anak aminkan  				doa kita untuk mereka itu.

Jaga Sumber Makanan

Kita adalah apa yang kita makan.   				Oleh itu berikanlah makanan yang HALAL, lazat, berzat dan bersih  				untuk anak-anak kita.  Makanan akan menjadi darah daging  				mereka.  Sekiranya anak-anak diberi makan daripada sumber yang  				haram maka jangan salahkan mereka apabila mereka menjadi anak  				yang bermasalah, gelap hatinya, degil, malas dan sebagainya.   				Ibu bapa cemerlang tidak akan mengambil mudah perkara sepenting  				ini.  Mulai hari semaklah sumber pendapatan kita dan pastikan ia  				diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Tidak berputus asa dalam  				mengharap rahmat dan pertolongan Allah.

Anak-anak adalah amanah Allah dan  				ujian untuk kita.  Oleh itu tidak perlu kita berputus asa  				apabila anak-anak gagal setelah kita melakukan sesuatu usaha  				untuk melihat mereka cemerlang.  Kalau satu usaha tidak berjaya  				carilah usaha yang lain.  Kalau satu pendekatan tidak berkesan  				maka ubahlah kepada pendekatan yang lain.  Tidak ada satu cara  				yang tepat dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan.  Lain  				anak lain kemahuannya, lain penerimaanya dan lain kebolehannya.   				Oleh itu pelbagaikan pendekatan keibubapaan sehingga kita dapat  				kenalpasti cara paling berkesan untuk setiap anak-anak kita.   				Kalau rasa bantuan orang lain diperlukan maka jangan pula  				kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan memasukkan anak-anak  				ke program-program motivasi, khemah ibadah, kaunseling dan  				sebagainya.  Selagi hayat dikandung badan jangan sesekali  				berputus asa dalam mengharap rahmat Allah.  Apa juga yang datang  				ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri serta ujian dari Allah  				untuk tingkatkan keimanan kita sebagai ibu bapa.

Perlu diingat, anak-anak perlu  				seimbang perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah dan  				kerohanian.  Pincang salah satu maka pincanglah masa depannya.   				Dalam kita berhabis-habisan memastikan anak-anak cemerlang dalam  				akademik jangan pula kita lupa untuk memperuntukan masa, tenaga  				dan wang ringgit untuk membangunkan emosi, sahsiah dan rohani  				mereka.  Kalau kita malu apabila anak-anak gagal dalam pelajaran  				maka kita patut lebih malu kalau anak-anak tidak solat, kurang  				adab, tidak menghormati orang lain dan sebagainya.

Cemerlang anak, cemerlang ibu bapa
Kecemerlangan hari ini biasanya ditakrifkan dengan pencapaian hebat dalam peperiksaan. Orientasi akademik yang lebih menjurus kepada peperiksaan telah menjadikan pelajar yang cerdik tetapi rendah nilai akhlak Islamnya. Justeru kecemerlangan itu haruslah disedari oleh ibu bapa sebagai seorang anak yang berjaya dalam bidang akademik dan pada waktu yang sama mempunyai syakhsiah yang terpuji. Cabaran dunia hari ini mengajak kita berfikir semula untuk menilai siapakah sebenarnya yang benar-benar cemerlang itu. Apakah dengan berjaya mencapai keunggulan dalam akademik, tetapi nilai agama dikesampingkan? Atau apakah dengan mempunyai budi perkerti yang baik, akhlak Islam yang murni tetapi kurang berjaya dalam lapangan ilmu? Kita tidak mahu kedua-duanya, kedudukan yang terbaik adalah mempunyai kelebihan dalam kedua-duanya, baik dan cemerlang dalam akademik juga syakhsiahnya.

Kalau kita lihat dan perhatikan, ibu bapa hari ini lebih resah dan gelisah sekiranya anak-anak tidak dihantar ke kelas tuisyen. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi susah hati sekiranya tidak dapat menghantar anak-anak untuk belajar al-Quran. Jarang kita mendengar ibu bapa menjadi risau jika anak-anak tidak pandai solat. Kita sering mendengar “Alaa…dia masih kecil lagi. Nanti bila besar tahulah dia untuk solat”. Perkara ini harus disedari oleh ibu bapa agar anak-anak yang mewarisi kita menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Berbalik kepada persoalan ‘Kecemerlangan Pelajar dan Peranan Ibu Bapa’, kecemerlangan seorang anak semestinya bermula dari rumah. Suasana yang harmoni di rumah akan mempengaruhi jiwa dan mental anak-anak. Sebab itu kita lihat kebanyakan kes juvana yang berlaku berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan. Ibu bapa bergaduh di hadapan anak-anak, ibu bapa mengabaikan tuntutan agama dalam kehidupan, ibu bapa sibuk mengejar kerjaya sehingga mengabaikan perhatian kepada anak-anak dan sebagainya. 80% daripada kes juvana yang berlaku disebabkan runtuhnya sistem dalam institusi kekeluargaan Islam. Sebagai ibu bapa kita mesti faham bahawa anak-anak yang masih mentah dan tidak matang mudah dipengaruhi oleh anasir buruk. Sekiranya ibu bapa tidak memberi perhatian kepadanya, mengabaikan asuhan dan didikan agama, maka sudah pasti anak-anak mudah terjebak dalam arus kerosakan. Kita tidak nafikan, ada juga kes pendidikan agama yang secukupnya telah diberi namun anak yang membesar akhirnya menjadi rosak. Hal ini bukanlah alasan untuk kita tidak menjalankan usaha mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.

Sebelum kita pergi jauh, saya ingin memecahkan sedikit mentaliti ibu bapa hari ini. Kadang-kadang ibu bapa amat pesimis, terlalu rasa rendah diri dan tidak berani untuk menjadi pendorong kepada anak-anak. Jarang sekali di kalangan ibu bapa yang menemani anak-anak ketika melakukan kerja rumahnya kerana bimbang akan ditanya oleh anak-anak soalan yang tidak difahaminya. Lebih-lebih lagi apabila mata pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. Perkara ini sebenarnya suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Aspek psikologi anak-anak sebenarnya akan berkembang dan digerakkan apabila anak-anak merasakan kasih sayang yang dicurahkan melalui perhatian daripada ibu bapa. Buatlah apa sahaja di samping anak-anak yang sedang melakukan kerja rumahnya atau mengulangkaji pelajarannya. Sekurang-kurangnya apabila kita menemani mereka belajar, mereka rasa bertuah kerana kita mengambil berat tentang perkembangan pelajaran mereka. Selain itu, setiap kali pulang dari sekolah, kita jarang juga bertanya kepada anak-anak apakah yang dipelajari hari ini, berapa markah ujian yang diperoleh, bila peperiksaan, ada kelas tambahan atau tidak? Ruang yang paling baik untuk membincangkan perkara ini dalam suasana yang biasa dan santai iaitu ketika makan tengah hari atau makan malam.

Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah tugas bapa bukan sekadar menyediakan wang untuk membeli peralatan pembelajaran anak-anak semata-mata.

Artikel ini adalah sebahagian daripada kertas kerja yang disediakan dalam Seminar Penasihatan kekeluargaan Bestari 2, 2005.

“Alangkah bertuahnya anak-anak, rasa dihargai dan disayangi sekiranya ibunya memuji tulisannya yang cantik. Biar pun kita tidak pandai untuk mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran.” – Ust. Ellias Hj. Zakaria (Ceramah Motivasi untuk Ibu bapa: Sibuk, di mana tanggungjawab ibu bapa? – 17 Dis 2005)

Kaedah Belajar Cemerlang
1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran

Pendidikan anak
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan hal ini dapat di lakukan dengan pelbagai cara, memilih sekolah yang bagus untuk anak-anak kita, menerapkan teknik pembelajaran yang sempurna dan sebagainya.

Pendidikan anak juga sepatutnya bermula dari rumah lagi, malah sewaktu anak-anak kita bermain di taman permainan juga kita sepatutnya menerapkan nilai-nilai pendidikan untuk anak kita. Dari segi cara mereka beradaptasi dan dari segi sosiologi dengan rakan sebaya di samping tujuan-tujuan lain seperti bermain, berkongsi dan merasakan “menang dan kalah” di samping melatih kretiviti anak, melatih menjaga prilaku dan tahap kekasaran pergaulan sesama rakan.

Sebagai ibu bapa, kita hanya berusaha membangunkan asas pendidikan yang kuat untuk mereka termasuk mental-spiritual dan kita juga harus memberi teladan yang baik untuk anak kita.

Demi untuk pendidikan anak-anak juga kita tidak hanya memikirkan IQ anak saja tetapi kita berusaha membentuk keseimbangan antara IQ dan EQ (kecerdasan emosional seseorang yang dipengaruhi oleh lingkungan), kerana  dengan EQ tinggi anak diharapkan dapat menghadapi kesukaran dalam segala masalah hidup dengan bijak walaupun anak itu hanya memiliki IQ yg rendah, dia mampu menghadapai kegagalan dan belajar mengambil teladan dari kegagalan tersebut. Pada seseorang yang memiliki EQ rendah sedangkan berIQ tinggi, atau di atas rata – rata akan mempunyai kecenderungan yang tidak sihat untuk menguasai emosi.

Apapun usaha dan harapan kita sebagai ibu bapa pada anak-anak, harus diingat bahawa itu adalah kehidupan anak-anak kita dan bukan milik kita, kita sepatutnya membimbing mereka untuk membuat pilihan yang betul dan bukan mendesak anak-anak kita untuk mengikut kemahuan kita. Semua orang/ibu bapa inginkan anak-anak mereka kreatif dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

Sekian.

Klik sini untuk dapatkan pembelajaran output terkini untuk kecemerlangan anak anda.