Score A dan Pembentukan Modal Insan
January 28, 2010 by admin
Filed under Berita Terkini
Dalam usaha membentuk usahawan yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, mantan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mencetuskan Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara kearah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Ini adalah selari dengan Kenshido International yang telah lama menyahut seruan kerajaan untuk menumpukan kepada pembentukan modal insan dalam bidang celik ICT.
Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak syarikat Kenshido International dalam rangka melahirkan masyarakat yang berkualiti bermula dari peringkat kanak-kanak mempelajari output learning secara latih tubi yang berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berdaya saing. Begitu juga sebagai ibubapa yang mengambil peluang sebagai usahawan, pihak syarikat juga telah menyediakan sistem latihan bermula dari NDO, SIR dan bermacam-macam lagi yang sudah cukup untuk melahirkan keluarga yang berkualiti dan usahawan yang cemerlang. Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggunakan segala alat bantuan perniagaan ini dalam menjalankan perniagaan dengan menghadirkan diri bersama rangkaian dalam sistem latihan. Ia bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan seseorang pemimpin itu, tetapi adalah untuk memastikan modal insan yang ramai dapat menggunakan cara yang ringkas ini, kerana perinsip asas MLM “semakin mudah sesuatu perkara ditunjukkan, semakin mudah ia difahami dan ditiru”.
Walaupun dalam usaha melahirkan perniagaan yang hebat, kebanyakan perbincangan lebih dominan untuk menunjukkan imej luaran namun aspek pembentukan imej amat perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat awal usahawan menceburi bidang ini. Ketetapan masa, pakaian dan pengurusan kewangan adalah 3 aspek penting dalam langkah awal dalam usaha membentuk usahawan yang bertaraf tinggi.
Oleh itu, seorang pemimpin Kenshido International seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri pemimpin tersebut. Menjadi seorang pemimpin yang mempunyai aset berjuta bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi pelapis Jutawan Score A di mercu kegemilangan Kenshido International yang akan datang.
Latihan Bersepadu Untuk Tingkatkan Profesionalisme Keusahawanan
January 3, 2010 by admin
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing
Dalam perniagaan Network Marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.
Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.
Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.
Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Score A amnya.
Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.
Di Rangkaian ZRB Millinionaire Club, ada beberapa kursus yang di jalankan untuk memantapkan lagi dan memberi ilmu untuk memulakan bisnes Score A ini. Dengan kursus yang di anjurkan, para ahli di galakkan dan di sarankan untuk menghadirkan diri ke kursus ini untuk meningkatkan keyakinan diri dan menambah ilmu di dada.
Antara kursus yang di tawarkan adalah
-
NDO (New Distributer Orientation)
- Sabtu dan Ahad, ZRB BTS
- jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang
- Yuran di kenakan RM70
-
TTC(Table Talk Closing)/AOS(Art Of Sponsoring)
- Selasa, ZRB BTS
- Jam 8.30 malam hingga 11.30 malam
- Yuran dikenakan RM30
Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.
Jadikan Setiap Kegagalan Pendorong Untuk Menjadi Usahawan Terbilang
January 2, 2010 by admin
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing
Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah gagal. Ia menjadi asam garam dalam kehidupan yang menambahkan warna-warni dalam hidup seseorang. Tidak terkecuali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah lumrah bagi seorang usahawan, termasuklah usahawan Multi Level-Marketing seperti anda. Jatuh bangunnya seseorang usahawan dan bagaimana dia berusaha bangkit untuk mengubah nasibnya kepada yang lebih baik bergantung kepada sikap dan daya ketahanan seseorang usahawan itu sendiri.
Sebagai contohnya, seseorang usahawan MLM mungkin gagal untuk membina dan membesarkan jaringan perniagaannya dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin, pendekatan atau cara yang digunakan anda kurang berkesan. Jesteru, penuhkan ilmu pengetahuan berkaitan prosedur amalan perniagaan yang anda ceburi agar anda dapat membina semula perniagaan anda dalam tempoh sesingkat mungkin. Ini kerana masa itu emas, jadi jangan lengahkannya!
Berikut antara panduan untuk mengaktifkan semula perniagaan anda dalam masa yang singkat :
- Perlu kreatif dan inovatif dalam cara bagaimana mencari prospek baru.
- Kaji pelan pemasaran syarikat secara lebih mendalam kerana ia membantu dalam perancangan anda.
- Buat “edu party” dan perjumpaan yang menjadi asas duplikasi bagi memudahkan anda membuat penajaan dan jualan.
- Perlu bantu downline anda berjaya kerana kejayaan mereka juga bererti kejayaan anda.
- Belajar daripada kesilapan, jangan ulangi kesilapan yang hanya akan menggagalkan usaha anda.
- Kemajuan diri dan proses pembelajaran perlu secara berterusan.
Jika anda berusaha gigih dan berterusan tetapi masih juga belum dapat apa yang dicitakan, tanamkan dalam minda anda ia bukanlah satu kegagalan mutlak. Ini kerana mungkin belum masanya untuk anda mengecap kejayaan.Anda perlu bertindak segera agar kejayaan menjadi milik anda dan impian bukan hanya tinggal impian.
Jesteru, bina semula kekuatan anda. Jangan jadikan kegagalan alasan untuk anda meninggalkan perniagaan yang menjaminkan masa depan yang cerah ini. Pastikan ia tidak melunturkan semangat anda untuk muncul sebagai USAHAWAN SCORE A TERBILANG.
ZRB Millionaire Club Mampu Bawa Usahawan ke Puncak Kejayaan
December 3, 2009 by admin
Filed under Berita Terkini
KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.
Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam ZRB – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.
Di dalam ZRB Group kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.
Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, Melalui kumpulan ZRB Millionaire Club (ZRBMC) yang diasaskan oleh jutawan terpantas Score A Programme, Encik Aziz Samad, dan jutawan termuda Score A Programme, Encik Imran Hadi dan beberapa org leader lain telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di ZRB BTS, setiap minggu pada hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 7 ptg. Sewaktu saya menghadiri kursus NDO ini pada 22hb Nov 2009 seramai 150 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang Network Markerting ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu Network Markerting terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Seremban, Grik Perak, Batu Pahat Johor dan Kelantan. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.
Matlamat program Berjaya Bersama ZRBMC ini adalah untuk merealisasikan impian kita bersama iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan Kejayaan menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.
“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”
Matlamat
October 12, 2009 by admin
Filed under Berita Terkini, Motivasi
Salam,
Di sini, saya dengan semangat yang berkobar ingin menetapkan matlamat saya menjadi salah seorang ahli dan Consultant Score A Programme yang berjaya . Di samping ingin melihat kejayaan anak-anak, tidak kira anak sendiri atau anak saudara atau anak- anak rakan saya, saya juga ingin berjaya sebagai seorang Usahawan yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan dalam masa 6 bulan.
Matlamat saya:
- Melangsai segala utang-utang(esp kredit kad) pada Feb 2010
- Mencapai pendapatan RM30,000 pada Mei 2010
- Membawa Ibu bapa dan anak-anak Umrah/Haji pada Sept 2010
- Membeli kereta Toyota Wish Pada Disember 2010
- Membina Mahligai Idaman pada Jan 2011
Kita juga kena redha bahawa, Allah telah pun menetapkan rezeki masing-masing, namun jika kita tidak langsung mencuba maka kita telah pun menutup pintu rezeki kita. Jika kita mencuba dan berusaha ke arah itu, sememangkan ada ganjaran telah tersedia untuk kita di sebalik usaha itu. Jadi, mari kita mulakan. Jangan hanya melihat kepada kejayaan orang lain sahaja. Jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kita bermula sebagai usahawan yang berjaya. Tetapkan matlamat anda sekarang.
Bagaimana menetapkan matlamat kita,
- Tetapkan Matlamat dan tujuan kita bermatlamat
- Tentukan halatuju Matlamat kita
- Tetapkan secara berperingkat dan kita kejar satu persatu
- Matlamat yang kita set itu perlulah jelas dan kita setkan bilakah kita inginkan matlamat kita tercapai
- Matlamat yang praktikal.
- Matlamat perlulah tetap, tidak berubah-ubah
- Berusaha bersungguh-sungguh kearah matlamat kita
- Sentiasa ingat kepada matlamat, jika perlu tuliskan matlamat kita di sekeping kertas dan di letakkan di tempat yang kita boleh nampak setiap hari sebagai pemangkin utk kita mengejar matlamat tersebut.
- Berkongsi matlamat kita, jika kita berkongsi matlamat, kita akan lebih yakin dengan diri kita. Dan kita akan berasa malu jika matlamat kita tidak tercapai, di sini bagus kerana matlamat telah mengejar kita
- Bertawakal ke arah matlamat kita


