Kesempitan dan peluang

January 11, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini

Sedarlah, dalam kekurangan ada ruang dan peluang untuk manusia mengubah keadaan. Kreativiti dan daya usaha hanya datang dengan penghayatan yang sesungguhnya apabila manusia berada dalam kesempitan, dengan syarat ada kemahuan untuk mengubah keadaan itu. Orang yang pesimis terhadap dugaan dan cabaran hidup adalah manusia yang gagal sebelum berjuang. Mereka lebih suka mengalah tanpa berikhtiar dengan baik, sehingga menganggap kononnya itulah takdir buatnya. Akhirnya dia menyalahkan takdir, sedangkan dirinya merupakan penyebab utama kepada keadaan yang buruk itu. Tidak semua yang susah, sukar dan memeritkan akan berakhir dengan tragedi atau natijah yang buruk jika kita berusaha untuk mengubahnya. Berusaha dengan bersungguh, dan bertawakkal kepadanya. “Dan menjadi haq bagi Kami (Allah) menolong orang-orang yang beriman” (Ar-Ruum:47)

Kesimpulan: Tangani masalah kehidupan anda dengan positif, jangan melihat masalah atau musibah sebagai perkara yang negatif. Ingatlah, setiap manusia yang beriman diberi taklifan yang layak dan mampu ditanggungnya (rujuk ayat 286: al-Baqarah).

Apa yang saya boleh ulaskan disini, orng yang selalu mengambil peluang yang datang, kebanyakannya adalah golongan2 yang sedang kesempitan. Saya ingin berkongsi ikhlas tentang peluang yang bakal di perolehi jika kita menjadi rakan niaga  Score A programme ini.

Sepanjang tempoh saya berkongsi dengan rakan2 saya, tidak ramai yang ingin mengambil peluang ini, malah untuk mendengar tentang peluang yang ingin di kongsi ini pun tidak ramai, kebanyakannya menolak bulat2. Bukan lah bermakna perniagaan ini sesuatu yang susah namun, kebanyakan rakan2 saya telah pun berada di dalam keadaan yang kita namakan sebagai “Confort Zone” iaitu Zon Keselesaan. Kebanyakan dari mereka telah mempunyai segalanya2 seperti rumah, kereta dan sebagainya yang sudah pun meletakkan diri mereka dalam keadaan yang selesa. Jadi sukar untuk mereka menampakkan sebarang peluang perniagaan yang ingin di kongsikan.

Saya juga telah pun berada di dalam keadaan Zon Selesa, namun saya masih mencari peluang untuk mendapat duit tambahan atau pendapatan sampingan. Pada hematnya saya lebih suka bekerja sendiri, jadi saya sentiasa mengambil peluang yang ada. Saya mulanya berjinak di dalam bidang perniagaan internet, jual ebooks dan juga produk2 biasa. Di dalam masa yang sama saya mendapat peluang untuk menjadi rakan niaga Score A Programme ini dan ianya amat membuka minda saya di mana produk/programme yang di tawarkan pada saya sangat berguna untuk masyarakat dan bisnes ini boleh pergi jauh.

Apa yang membuka minda saya untuk menjengah peluang2 yang ada?. antaranya tak mahu makan gaji sehingga ke tua. Sehingga suatu hari saya menonton rancangan pengurusan kewangan di TV3 yang membincangkan simpanan hari tua. Dari apa yang saya lihat buatkan saya terdetik untuk berfikir tentang hari tua saya nanti. Dengan simpanan KWSP dan kesinambungan hidup selepas pencen. Segalanya amat jelas sekali, dalam keadaan zon yang selesa sekarang tidak menjamin keselesaan berbelanja di hari tua kelak. Tidak banyak yang boleh sy fikirkan ketika itu. Sepatutnya, di hari tua kita tidak perlu lagi memikirkan hal kewangan yang amat remeh temeh. Sepatutnya kira habiskan sisa hidup dengan berehat, melancong dan sebagainya. Namun apa yang saya nampak selepas menonton rancangan tersebut, dengan hasil wang saya dan simpanan KWSP masih tidak menjamin keselesaan di hari tua. Di sebabkan itulah naluri saya untuk mencari peluang niaga lebih kuat dan konsisten.

Kepada pembaca yang telah pun berada dalam keadaan Zon Selesa, saya ingin mengajak anda untuk berfikir sejenak,

Berapakah gaji terakhir/mati yang akan kita perolehi sehingga kita pencen nanti, katakan lagi 25 tahun akan datang? Jika soalan ini di ajukan kepada saya, saya boleh menjawab, mungkin RM15,000. jika 25 tahun akan datang di hitungkan dengan inflasi, berapa % kejatuhan nilai RM15,000 tersebut. Saya terpaksa bekerja sehingga 20 – 25 tahun untuk gaji saya mencecah RM15000.  Namun dengan bisnes Score A programme ini, jika kita lihat ramai telah berjaya mencecah RM10,000 ke RM20,000 hanya dalam masa tidak sampai 6 bulan. Ini lah peluang yang ramai masih kabur dan tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanyalah menyusahkan dan sukar untuk memberi komitmen.

9 dari 10 hasil kekayaan adalah datang dari perniagaan, namun masih ramai yang berkerja walaupun itu hanyalah 1 persepuluh sahaja termasuklah saya sendiri. Mana2 perniagaan sekali pun, jika di usahakan bersungguh2 akan mendapat hasil yang lebih berlipat ganda. Dengan Score A programme ini, ianya adalah produk keperluan di mana setiap ibu bapa yang susah sekali pun sudah pasti inginkan anak berjaya. Namun, kepada ibu bapa yang ingin melangkah kedepan dengan manjadi rakan niaga, mereka boleh mendapat keuntungan hasil dari inginkan anak berjaya. 2 dalam 1 yang bakal mereka perolehi, apakah risiko yang mereka tanggung, hanyalah pelaburan yang menjadikan anak mereka pandai. apakah perkara tersebut boleh di kategorikan sebagai risiko? TIDAK sama sekali. Inilah kecantikan perniagaan ini.

Walaupun telah berada di zon selesa, marilah sama2 kita membuka sedikit ruang minda kita untuk berkongsi peluang yang ada, anda tidak seharusnya menolak bulat2 peluang yang datang. Jangan hanya tunggu di kala kesempitan baru terfikir untuk mencari peluang untuk berubah. Kemungkinan pada masa itu anda telah pun terlambat.

Sekali lagi saya hanya ingin berkongsikan peluang untuk  bersama Score A programme. Anda boleh datang untuk menilai sendiri peluang yang ingin di kongsikan. Seminar secara percuma di adakan 6x seminggu dan dapatkan tempat sekarang dengan menghubungi saya dan rakan niaga seperti yang tertera di sebelah. (klik sini untuk aktiviti seminar percuma)

Sekian.

“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba……. datang tidak menentu masa…… datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

-Prof. Dr. Hamka