Score A dan Pembentukan Modal Insan

January 28, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini

Dalam usaha membentuk usahawan yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, mantan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mencetuskan Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara kearah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Ini adalah selari dengan Kenshido International yang telah lama menyahut seruan kerajaan untuk menumpukan kepada pembentukan modal insan dalam bidang celik ICT.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak syarikat Kenshido International dalam rangka melahirkan masyarakat yang berkualiti bermula dari peringkat kanak-kanak mempelajari output learning secara latih tubi yang berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berdaya saing. Begitu juga sebagai ibubapa yang mengambil peluang sebagai usahawan, pihak syarikat juga telah menyediakan sistem latihan bermula dari NDO, SIR dan bermacam-macam lagi yang sudah cukup untuk melahirkan keluarga yang berkualiti dan usahawan yang cemerlang. Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggunakan segala alat bantuan perniagaan ini dalam menjalankan perniagaan dengan menghadirkan diri bersama rangkaian dalam sistem latihan. Ia bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan seseorang pemimpin itu, tetapi adalah untuk memastikan modal insan yang ramai dapat menggunakan cara yang ringkas ini, kerana perinsip asas MLM semakin mudah sesuatu perkara ditunjukkan, semakin mudah ia difahami dan ditiru.

Walaupun dalam usaha melahirkan perniagaan yang hebat, kebanyakan perbincangan lebih dominan untuk menunjukkan imej luaran namun aspek pembentukan imej amat perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat awal usahawan menceburi bidang ini. Ketetapan masa, pakaian dan pengurusan kewangan adalah 3 aspek penting dalam langkah awal dalam usaha membentuk usahawan yang bertaraf tinggi.

Oleh itu, seorang pemimpin Kenshido International seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri pemimpin tersebut. Menjadi seorang pemimpin yang mempunyai aset berjuta bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi pelapis Jutawan Score A di mercu kegemilangan Kenshido International yang akan datang.

** Jika anda berminat untuk menghadiri seminar percuma bg mengetahui tentang Score A programme ini. Hubungi kami disini.

** Klik sini untuk lihat Aktiviti dan Program Review

Comments

One Response to “Score A dan Pembentukan Modal Insan”

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] Read more: Score A dan Pembentukan Modal Insan | Score A Programme – Kearah … [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!