Anda tanya kami jawab
October 21, 2009 by admin
Filed under Pertanyaan
Post ini di sediakan khas untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Score A ini. Samaada berminat untuk mendapatkan program ini untuk di gunakan oleh anak anda atau pun berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan. Kami memang sedang mencari sesiapa yang amat berminat untuk menjadi ahli usahawan di samping membesarkan jaringan kumpulan ini. Jika anda berada dalam lingkungan Lembah Kelang, kami boleh membawa anda untuk mendengar taklimat atau Program review di HQ. Anda boleh mendapatkan jadual di sini.
Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bhgn komen! Sekian
** Jika anda berminat untuk menghadiri seminar percuma bg mengetahui tentang Score A programme ini. Hubungi kami disini.




Apakah langkah yang perlu saya buat untuk mendaftar anak ketiga untuk menggunakan score A programme?
Utk pendaftaran anak ketiga, puan perlu menghantar faks salinan sijil kelahiran ketiga2 anak puan ke Syarikat Kenshido. Dan Penambahan anak ketiga akan di lakukan oleh syarikat. Ikut langkah di bwh:
1. Dapatkan “activation code” tambahan utk anak ketiga
2.a. Faks kan salinan sijil kelahiran ketiga-tiga anak ke syarikat ke 03-6141 8126/8136 @
-.b. Emelkan sijil kelahiran kesemua anak yang telah di”scan” ke alamat emel marketing@kenshido.com
3.Hubungi pejabat Kenshido di 03-61418286 untuk tujuan pengesahan
o.k tq.
Seperkara lagi sy nak tanya apa yang perlu saya buat untuk upgrade dari pakej e-Biz ke pakej e-Partner? Prosedurnya macammana?
Utk upgrade, terbahagi kepada 2 kategori,
1. Beli Portal RM596 dan tiada sign up berlaku. Beli portal tu untuk guna sahaja. – Puan perlu mendaftar baru e-Partner dan perlu membuat bayaran penuh RM1788.
2. Jika sign up e-Bizz RM596 dan mempunyai login di K-Office, puan perlu hadir ke pejabat Kenshido dan berurusan dengan kaunter, puan perlu membuat bayaran tambahan RM1192 (RM1788-RM596) dan puan akan menerima Portal Score A set lagi 4 set.
Puan berada di kategori yang mana satu?
Di kategori 2, sy dh ade Koffice, maknanya sy juz perlu buat pembayaran tambahan sebanyak RM1,192? Kena buat pembayaran direct, ingatkan boleh upgrade melalui kWallet yg sy ade..
Sorry lambat reply, Utk kes upgrade. Puan memang di kehendaki berurusan di Kenshido.
Harap membantu.
Saya ingin bertanya beberapa soalan :
1) Bagaimanakah cara untuk aktifkan portal utk anak 1 dan 2 ?
2) Adakah pairing hanya dikira apabila mendapat pasangan/pakej yg sama ?
3) Bagaimanakah utk aktifkan portal starter rm298 ?
5) Adakah maintanance boleh dibuat dengan cara sign up new mamber @ top up sendiri/down line ?
6) Sekiranya kita tidak mengaktifkan akaun kita, adakah effect kepada segala urusan kemasukan bonus dan sebagainya ?
7) Sekiranya adik beradik kita join, adakah sebaiknya susunan tu mengikut spt cucuk sate ?
Sebenarnya ada byk lagi soalan tapi tk pelh jwb yg tu dulu… thanks
Salam Anida,
Bg mnjawb persoalan Puan ada seperti di bawah:
1) Bagaimanakah cara untuk aktifkan portal utk anak 1 dan 2 ?
Untuk mengaktifkan portal untuk di gunakan oleh anak puan, puan boleh rujuk di halaman ini pengaktifan-portal
2) Adakah pairing hanya dikira apabila mendapat pasangan/pakej yg sama ?
Tidak semestinya, sekiranya kiri dan kanan pakej yang berlainan, pairing akan di kira mengikut akaun yang di bw oleh pakej tersebut. Sekiranya kiri adalah pakej e-Entrepreneur yng membawa 7 akaun, dan kanan e-Partner yang membawa 3 akaun, maka pairing terhasil ada 3. dan baki 4 akaun dr sebelah e-Entrepreneur akan di bw kehadapan.
3) Bagaimanakah utk aktifkan portal starter rm298 ?
Sama seperti soalan 1, boleh rujuk di halaman ini pengaktifan-portal
5) Adakah maintanance boleh dibuat dengan cara sign up new mamber @ top up sendiri/down line ?
Maintanance boleh di buat dlm 2 cara, 1. Manual(beli topup berharga RM198) dan 2. Auto(deduction dari pairing yang terhasil).
6) Sekiranya kita tidak mengaktifkan akaun kita, adakah effect kepada segala urusan kemasukan bonus dan sebagainya ?
Pengaktifan portal dan signup sebagai ahli adalah 2 perkara yang berbeza, Sekiranya kita adalah ahli, kita akan mempunyai akaun k-office yang akan menguruskan kemasukan bonus dan hal2 yang berkaitan ahli tajaan kita.
7) Sekiranya adik beradik kita join, adakah sebaiknya susunan tu mengikut spt cucuk sate ?
Bergantung kepada pakej yang di ambil. jika e-Entrepreneur, kita mempunyai 8 orng boleh di masukkan di 1st level namun, untuk bisnes ini, langkah kejayaan hanya susun hanya 4 pada direct level sahaja, selebihknya akan di cucuk di bwh. (perkara ini akan di terangkan jika kita hadir ke preview )
Adakah puan telah sertai programme score A ini?
Jika belum, segala pertanyaan puan akan terjawab bila mana puan menghadirkan diri ke Preview programme ini.
Preview Score A programme di adakan 6x seminggu setiap minggu seperti di bwah
* Selasa 8.45 pm – HQ Kota Damansara
* Khamis 8.45 pm – ZRB Bandar Tasik Selatan
* Jumaat 8.45 pm – HQ Kota Damansara
* Sabtu 10.45 am – HQ Kota Damansara
* Sabtu 3 pm – ZRB Bandar Tasik Selatan
* Ahad 9.45 am – ZRB Bandar Tasik Selatan
Puan boleh menghubungi saya jika ada waktu kelapangan yang sesuai utk puan menghadirkan diri.
Sekian
salam, boleh saya dapatkan alamat penuh ZRB Bandar Tasik Selatan serta no telefon untuk saya hubungi. Sekiranya saya dari Shah Alam hendak ke ZRB BTS, saya perlu ikut laluan mana ? Terima kasih.
Salam,
Boleh puan sms saya di 012-3850349/emel eddywijaya@hotmail.com. Sekiranya puan berminat untuk menghadirkan diri ke PREVIEW Score A programme, masa yang terhampir adalah esok, Khamis 31/12/2009 di ZRB
Alamat ZRB
ZRB Resources,
26-1, Jln 3/146,
Metro Business Center,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
Dari shah alam sebaiknya puan memasuki KESAS menghala ke ampang.
Sy akan emelkan peta ke emel address puan sekiranya puan berminat untuk hadir.
Boleh tak puan tinggal no telefon atau puan SMS saya(012-3850349) untuk pengesahan kehadiran bg memudahkan lagi perjalanan puan ke ZRB.
soalan
1.form 4 and form 5 tak ada subject add maths dan bahasa melayu dan paper 2 untuk semua subject science stream
Macam mana dengan essay untuk english??summary and comprehension,subjective questions untuk mathematics.Subject science seperti biology ada 3 paper n’2 dripadanya ialah subjective quest.
Saya tak percaya testimonial ibubapa,macam mana pelajar boleh dapat 8A tanpa melakukan essay Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,science paper 2 subjective questions??tak mungkin pelajar2 dapat 8A hanya dengan melakukan soalan objective 40 soalan sahaja? Saya akan fail kalau hanya melakukan soalan objective sahaja. Kalau portal ini hanya menyediakan soalan objective harga 1 portal terlalu mahal,dan ini bermakna soalan pecubaan juga tidak lengkap?
Salam Puan Hamidah,
Untuk pengetahuan Puan, Score A programme melancarkan program latih tubi khas untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 hanyalah untuk soalan objektif dahulu, untuk kertas subjektif, pihak syarikat dalam proses untuk menaik taraf kemudian kerana kertas subjektif masih dalam proses lagi. Programme untuk tingkatan 4 dan 5 ini pun masih baru di lancarkan pada Jun tahun lepas(2009), masih lagi baru dan masih belum ada testimoni yang menyatakan ada pelajar mendapat 8A atau kesemua A.
Puan jangan salah faham dengan testimoni yang terpapar di laman ini kerana kesemua testimoni hanyalah untuk UPSR dan PMR sahaja dimana sejak dilancarkan pada 2003 dahulu, programme score A hanya menumpukan latih tubi (output Learning) untuk matapelajaran dari Darjah 1 sehingga tingkatan 3 sahaja. Dan kesemua testimoni adalah benar dan tepat yang di hantar oleh ibu bapa yang anak mereka mendapat kesemua A. Memang tidak di nafikan memang ramai pelajar yang menyertai score A programme mendapat kesemua A.
Tambahan lagi, Score A programme bukanlah programme yang menggantikan sistem sekolah dan kelas tambahan, score A programme hanya membantu melengkap sistem pembelajaran yang kita namakan Output Learning di mana kita membuat latih tubi yang membolehkan para pelajar dapat mengingati apa yang di pelajari di sekolah di samping memudahkan ibu bapa memantau apa yang anak mereka faham. Jika pemahaman asas telah kuat dengan latih tubi, esei hanyalah perkara yang menghuraikan fakta-fakta yang telah di fahami oleh anak2 selepas latih tubi. Ini lah konsep Output learning (latih tubi).
Jika kita bandingkan harga yang di tawarkan lanya masih murah dan amat berbaloi, jika kita lihat pada Set Permulaan hanya RM596(6bulan) di mana jika kita mengambil kira 2 orang anak yang mengambil 5 matapelajaran utk 6 bulan hanyalah RM9.95 untuk setiap subjek sebulan, amat berpatutan. Dan programme ini ada pakej penjimatan di mana ibu bapa boleh melanggan terus iaitu e-Partner 2 1/2 tahun dan e-Entrepreneur 7 1/2 tahun, dengan harga yang lebih murah. Contohnya, untuk pajej penjimatan e-Partner, harganya hanyalah RM1788, di mana dengan pakej ini untuk sebulan puan hanya perlu membayar RM5.96 sahaja untuk satu matapelajaran, ini hanya di ambil kira 2 orang anak. Dan pakej penjimatan e-Partner ini membolehkan puan mendaftar lebih 5 org anak. Rujuk laman Set Permulaan.
Jika puan ingin mengetahui dan mempunyai byk persoalan tentang programme ini, puan boleh menghadirkan diri ke seminar yang pihak score a adakan setiap minggu.
Bagi merungkaikan persoalan puan, puan boleh menghubungi saya di no 012-3850349 untuk menghadirkan diri ke seminar Score A programme ini.
Sekian,
Harap membantu.
akum n selamat pagi, saya nak tanya
1) Bagaimana step sekiranya saya nak membuat pembayaran ahli baru score a menggunakan kad kredit?
2) Kad kredit hanya boleh digunakan time office hour saje ke? ke 24jam saya boleh swipe untuk membeli pakej ataupun membeli KDollar?
Salam,
Sekiranya puan ingin menggunakan kad kredit, sekiranya puan menggunakan Credit Card Authorization dan di faxkan ke Khensido, ada bayaran admin 1.5% dari jumlah yg kita bayar. Sekiranya puan sendiri hadir ke HQ dan swipe kad di Kenshido, tiada admin fee. Saya sarankan puan pergi ke kenshido utk Swipe kredit kad. Step untuk membuat pebayaran ahli baru,
1. Dapatkan K-dolar
- dari HQ (cash, kredit kard, bank in ke akaun Kenshido-kena fax resit)
- dari Leader yang ada k-dolar (cash or bank in)
2. Sign up ahli baru di bawah tajaan puan
3. Buat online order ikut pakej ahli baru (ambil no resit dan colect barang kat HQ)
4. Buat placement untuk ahli baru di bwh rangkaian puan.
Soalan berkenaan penggunaan kredit kad, HQ Kenshido di buka mengikut waktu pejabat namun pada hari Selasa dan Khamis malam dan juga Sabtu pagi pejabat kenshido dibuka kerana ada PREVIEW program score A.
Adakah boleh pembayaran keahlian menggunakan kad kredit secara online tanpa swipe (hanya masukkan no)? Macamana langkahnya?
Boleh dengan menggunakan ‘Credit Card Authorization form”. Dan borang itu di isi dan di faxkan ke kenshido. Dengan cara ini, anda akan di kenakan admin fee sebanyak 1.5% dari nilai yang di gunakan.
slm,
nak tanya ade tak preview score a di terengganu?
Di terengganu memang ada preview, setiap Sabtu jam 1030pg. Puan tinggal di Terengganu ker?
boleh tahu tempat preview score a di terengganu?
Di terengganu di adakan pada hari sabtu jam 1030 bertempat di Kuala Terengganu, Bilik Seminar Perpustakaan awam. (Bersebelahan kafeteria).
o.k thanx so much..
salam
boleh bagi contact info untuk preview score a di kuala terengganu?
terima kasih.
Maaf, saya tiada contact person yang kendalikan preview di Terengganu. Sekiranya Puan ingin menjadi ahli Score A programme, pihak kami mempunyai ahli yang berasal dari Terengganu untuk membantu.
perluke utk hadir ke n.d.o dahulu..sebelum pergi ke ttc..(table talk closing) di zrb taman tasik selatan???..
Jika kita ikut sistem dan duplikasi, kebanyakan leader-leader yang berjaya akan pergi ke N.D.O terlebih dahulu. Kerana selepas mendapat ilmu tentang produk dan isi yang patut kita tahu tentang bisnes barulah kita bersiap utk ke TTC, barulah semasa hadir di TTC nnt kita tidak terpinga2 apa yang di ajarkan kerana sebahagian ilmu ada di dalam NDO. Namun, jika keadaan memaksa utk tidak dapat hadir ke N.D.O dan boleh ke T.T.C dahulu, tiada masalah kerana ianya bukan lah menjadi syarat utk ke T.T.C. Cuma, amatlah di galakkan utk ke NDO terlebih dahulu.
ok.thanks..
salam,
saya nak tanya jika pihak sekolah mengambil pakej eP dan time nak aktifkan portal tu, di ruangan child name tu boleh ke isi ‘Group A’? atau memang kena isi full name student? ade ke pakej untuk sekolah? dan ape baik buruknya detail cikgu sekolah berkenaan yang dimasukkan di bahagian detail parent’s tu?
Salam Puan,
Kenshido ada menawarkan pakej utk sekolah, puan boleh berurusan terus dengan Kenshido, sila hubungi no ini 03-61418286 untuk pertanyaan lanjut.
thanx..
selain tu nak mintak en terangkan apa itu program i-teacher? bila akan dilancarkan? silibus pendidikan islam dan esei bila dijangka siap? dengar2 dulu bulan 3?
Program i-Teacher adalah pembangunan software yang lebih interaktif, bermakna, pelajar yang menggunakan score a akan dapat berinteraksi dengan komputer secara lebih komprehensif berbanding dengan software yang digunapakai sebelum ini. Gabungan I-Teacher dengan score A programme telah pun di lancar dan di rasmikan pada 31 Jan 2010 yang lalu, (rujuk sini). Dan akan dapat di gunakan sepenuhnya bermula 15 Mac 2010 ini.
Untuk silibus Pendidikan Islam puan boleh hubungi pihak kenshido utk mengetahui dengan lebih lanjut.
terima kasih atas penerangan ikhlas encik..
salam en,
nk mtk penjelasan dari en berkaitan one portal one malaysia. kalau mcm pakej e-biz still lagi ke dapat 2 kad? sekeping kad harganya masih sama ke RM298. kalau mcm pakej e-partner, berapa portal kita akan dapat?
salam
boleh tak bagi contact info untuk preview score a di kuala terengganu?
terima kasih.
Maaf, saya tiada contact person yang kendalikan preview di Terengganu. Sekiranya Puan ingin menjadi ahli Score A programme, pihak kami mempunyai ahli yang berasal dari Terengganu untuk membantu.
ok…kalau mcm tu boleh bagi contact info ahli pihak anda yang berada di terengganu? saya berminat.
thanx.
Sila rujuk senarai rakan niaga di sebelah kanan blog ini.
Harap maklum.
salam..
blh sy tau siapa pengasas score A?? bla sy berjumpa prospek ad yg mengajukan soalan itu..kemudian sy menjawab Jason Kok salah seorng pengasas scoreA..Kemudia sy nk tny bagaimana nk menukarkan id y sy guna dlm k-office itu..
Salam,
Kita lihat kepada sejarah penubuhan Score A programme, terdapat 3 nama penting yang perlu kita ingat iaitu Dato’ Ghazali Bin Uda Umar, Puan Norlia Ahmad dan Jason Kok. Ketiga2 mereka boleh di anggap sebagai pengasas kepada tertubuhnya Score A Programme ini. Sekiranya puan menghadiri kursus NDO di HQ Kenshido di Damansara ada di ceritakan dlm modul pertama kursus tersebut. Sememangnya amat di galakkn kita utk menghadiri kursus yang di anjurkan bg mendapat ilmu dan maklumat yang penting-penting.
Berkenaan dengan menukarkan id utk k-office, puan boleh berurusan dengan pihak Kenshido sendiri kerana sy tidak pasti procedure utk menukar Id tersebut.
Harap Maklum.
bole tukar upline tak?
Salam En Hassan,
Setakat yang saya tahu, secara official sekiranya kita ingin menukar upline, kita perlu mendaftar baru di bwh upline tersebut. Mengapa ingin menukar upline? utk pengetahuan en, ZRB mengadakan kursus TTC (Table talk closing) untuk en menambah ilmu, sekiranya kita ada ilmu bagaimana cara untk menaja, tiada masalah untuk bergerak sendiri, di samping itu setiap Ahad jam 230 petang, leader-leader hebat terutamanya Kak Jah menganjurkan group meeting yang lebih seperti kelas utk ahli2 bertanyakan soalan. Seandainya En bersemangat untuk menjalankan bisnes ini, en boleh meneruskan usaha tersebut walaupun tanpa bantuan upline. Sekiranya en pergi ke TTC atau group meeting setiap ahad, berkemungkinan en boleh berjumpa rakan2 seperjuangan di sana dan berkongsi cerita dan pengalaman.
Sekian
1.adakah sye perlu mengekalkan num pasworrd untuk memudahkan upline membuat placement?
2.jika orang lain tahu paswaord,adakah dia bole tranfer duit ke akaun dia?
1. Tidak perlu, mengikut pengalaman saya, setiap ahli saya yang mendapat penajaan pertama saja sy bantu untuk melakukan placement di samping sy mengajar bagaimana untuk membuat proses online order dan placement. Untuk penajaan ahli kedua, sy lihat mereka lakukan sendiri. Sekiranya mereka faham dan boleh melakukan sendiri, mereka boleh menukar password tersebut.
2. Mereka boleh transfer duit ke akaun mereka sekiranya mereka tahu no IC en Hassan. Namun begitu, kita boleh trace kemana duit tersebut pergi. Di sini, sy memang menetapkan kepercayaan sepenuhnya terhadap leaders. Mengapa mereka nak cilok duit kita sedangkan mereka sendiri pun ada duit bonus mereka. Segala transaksi ada rekod. Kita tidak perlu risau tentang itu.
macam maner nak jawab soalan di sini?
Salam, bhgn ini hanyalah untuk sesiapa yang ada kemusykilan tentang Score A programme. Saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin, sekiranya perlu saya akan merujuk kepada leaders. Dan sekiranya berkaitan teknikal, segala persoalan boleh di ajukan terus ke pihak kenshido.
Sekian.
saya nak tanya..saya nak daftar score-a macam mana?
Salam en Syafiq,
Sekiranya berminat untuk mendaftar score a programme. En boleh memilih pakej mana satu. Sekiranya berminat untk mendapatkan Starterpack, harganya ada lah RM596 utk langganan 6 bulan. En Boleh bank in kan saya RM596 ke dalam maybank akaun 114160061425( Eddy Wijaya). setelah bank in, en boleh sms (0123850349) atau emel saya utk pengesahan. Sy akan registerkan anak en secepat mungkin selepas pengesahan di buat. Sekian.
salam..bukan orang lain yang nak ambik program ni..tapi saya sendiri..saya baru umur 19..masa sekolah menengah saya x ambik bahagian akademik..saya ambil bahagian tahfiz ai-quran..jadi saya x ada spm..PPD bagi tahu saya “sapa2 yang x ada PMR x boleh ambil spm umur 17 tapi boleh ambil setelah umur 19..jadi saya nak daftar program ni untuk belajar sendiri..terus terang aya cakap saya memang x ada basic langsung tentang akedemik dari form 1-form 5..agak2 en la kan saya ni boleh ke belajar kt program ni sedangkan saya basic pun x ada..
Salam En Syafiq,
Sesiapa saja boleh ambil programme ini sekiranya ingin mengambil peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun memandangkan en tiada basic langsung, maka dalam konteks ini terpulang kepada diri sendiri utk belajar, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Untuk pengetahuan en Syafiq, Score A programme ini bukanlah di keluarkan bg menggantikan sekolah semata-mata, ianya hanyalah pelengkap kepada sistem pembelajaran yang ada. Di sini sy syorkan en Syafiq mengambil kelas luar utk peperiksaan PMR atau SPM terlebih dahulu memandangkan en Syafiq. Seterusnya untk menambahbaikan pencapaian dengan latih tubi, baru lah en Syafiq melanggan Score A Programme ini.
Sy kurang pasti dengan bhgn tahfiz Al quran dan tidak ambil bhgn akademik, en Syafiq belajar di mana?