Motivasi-Usaha Tangga Kejayaan
Saya telah berulang kali menonton klip video ini. Walaupun tidak mempunyai tangan dan kaki, namun insan ini tetap kuatkan semangat. Dari apa yang boleh di simpulkan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan berusaha bersungguh-sungguh, sinar kejayaan anda pasti menyerlah dan akan hadir dengan sendirinya. Dalam membuat sesuatu perkara, tidak kiralah berbisnes, belajar, ingin memulakan perniagaan MLM dan berbagai jenis lagi, jatuh dan bangun telahpun menjadi asam garam. Jika kita berusaha dengan lebih gigih lagi sudah pasti akan berjaya. Jika gagal sekali bukan bermakna terus gagal, jika kita lihat orang yang telah berjaya, mereka berjaya kerana mereka dapat mengatasi kegagalan, mereka kuatkan diri untuk menempuh kegagalan sebelum berjaya bukan lari dari kegagalan.
Sila saksikan video klip di bawah ini, dan fikir-fikirkan lah sekiranya kita berada di tempat insan ini,
** Jika anda berminat untuk menghadiri seminar percuma bg mengetahui tentang Score A programme ini. Hubungi kami disini.


