Mengapa ada rangkaian MLM yang berkembang pesat dan ada yang tidak?
May 11, 2011 by admin
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Network Marketing
Salam Para Pembaca yang di hormati,
Pertama sekali, saya memohon maaf kerana tajuk kali ini agak panjang berjela. tetapi ini adalah perkongsian saya tentang menjelaskan salah satu penyebab dan musabab mengapa para Distributor MLM am nya atau Distributor Score A programme khasnya mempunyai rangkaian yang tidak berkembang.
Kunci kejayaan atas segalanya adalah “PERSEDIAAN AWAL(alat bantuan) beserta DUPLIKASI“, . Apakah yang di maksudkan dengan persediaan awal. Sekiranya anda adalah distributor Score A, terdapat bengkel yang bernama RTS (Road To Success) yang akan membincang dan memberi penerangan lengkap persediaan sebelum kita menjalankan perniagaan ini. Di sinilah kunci segala kejayaan dan inilah yang dikatakan PERSEDIAN AWAL. Sy akan rungkaikan hal ini sebentar lagi.
Salah satu pertanyaan distributor yang sering saya dengar, “Mengapa ada rangkaian besar dan mengapa ada rangkaian yang ciput?” Jawapannya sangat mudah dan semua orang tahu, rangkaian yang besar adalah rangkaian yang banyak memmanfaatkan kunci kejayaan yang saya ulaskan di perenggan di atas tadi.
Buku penerangan, buku testimoni, Set portal Score A, alat tulis, Flyers, Borang2 am, bisnes kad, persediaan kendiri… adalah contoh persediaan awal bagi perniagaan Score A Progamme… Sudah tahu pun semua di atas!!
Soalan saya, sekiranya semua distributor sudah tahu tetapi mengapa tidak semua memanfaatkan alat2 tersebut dengan baik utk pengembangan rangkaian?
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, apakah tujuan anda join score A programme atau join perniagaan MLM. adakah untuk mendapat income yang PASIF? untuk kebebasan kewangan? untuk kebebasan masa dan kebebasan minda? Kalau semua yang di sebutkan tadi, adalah YES!! jawapan anda. Tak mengapa!! bagus, seterusnya wang pasti akan mengejar anda, dan persoalannya, siapakah yang menguruskan bisnes anda itu? Anda jawab lah sendiri ye!
Apakah Sistem!!
Soalan saya seterusnya, apakah bisnes yang anda bakan jalankan adalah bisnes yang mempunyai sistem? Ishhh… dalam Score A ni memang sistemnya yang terhebat di abad ini, paling hebat di antara MLM2 yang bertapak di seluruh negara. Hanya memperkenalkan 4 orang sahaja untuk balik modal. Dan seterusnya 4 memperkenalkan 4 orang lain utk mereka balik modal… tu baru jadi pendapatan pasif yang kita bakal dapat. Namun, masih ada yang gagal.. anda perlu muhasabah diri la kalau mcm tu.. maafkan saya sekiranya terkasar bahasa. Jelas di sebutkan di dalam buku yang di tulis oleh Robert Kiyosaki bertajuk “Cashflow Quadrant”, beliau menerangkan bagaimana MLM ini termasuk dalam konsep “Cash Flow Quardrant” dan menyarankan kita utk berbisnes dengan MLM utk cepat kaya.
Mari kita kupaskan satu persatu,
Adakah anda biasa mendengar tentang 3 sistem bisnes yang boleh menghasilkan pendapatan pasif? salah satunya adalah Network Marketing..
1. Konglomerasi
Jelas adalah satu perniagaan yang bersistem. Mengapa? kerana sekiranya satu bahagian tidak berfungsi maka perniagaan yang di jalankan mungkin tidak akan berjalan. Pernahkan anda lihat perniagaan yang besar2 tidak mempunyai sistem kewangannya? atau tidak mempunyai sistem pengawasannya. Jika sebahagian saja tidak berfungsi, maka dengan itu sudah tentu lah perniagaan tersebut akan gulung tikar.
2. Francais
Perniagaan secara francais jelas adalah perniagaan bersistem. Mengapa? setelah anda menandatangani kontrak, maka telah termaktub bahawa bayaran yang anda keluarkan adalah utk sistem yang anda beli. Sistemnya sudah sedia ada, hanya perlu utk melaksanakannya sahaja. Jika anda mengingkari sebahagian dari sistem tersedia, bermakna anda telah melanggar kontrak. Sudah tentu perniagaan francais anda akan di tutup kerana tidak mematuhi sistem. Anda bayangkan sekiranya anda menceburi perniagaan francais KFC, dan anda menukarkan menu makanan yang tersedia dengan LAKSA atau MEE BANDUNG mengikut selera tempatan. Jika terdapat laporan sebegini sudah tentu KFC induk akan menutup perniagaan anda kerana tidak mengikut kontrak yang di sediakan.
3. Network Marketing
Pernahkan anda berjumpa dengan distributor yang hanya menaja 3 bulan sekali ataupun setahun sekali?
Sememangnya masih banyak pertanyaan lain, namun cukuplah beberapa saja. Kesimpulannya apa? Di dalam network marketing, anda hanya berpotensi menjalankan perniagaan kuadran kanan. Yang menentukan kita di kuadran kanan atau tidak adalah diri kita sendiri. Sekiranya anda patuh mengikut sistem yang di sediakan ertinya anda dalam golongan quadran kanan. Jika anda menggantikannya dengan sistem anda sendiri seperti menggantikan LAKSA dalam perniagaan francais KFC, anda memang tidak mengikut sistem maka anda memilih sendiri nasib anda dan masa depan anda. Tindakan tersebut jelas memilih utk tidak menjana pendapatan pasif walaupun anda menginginkannya. Lupakan pendapatan pasif tersebut!!! kita bako jeerrrr!!!
Maka? bagaimana yang sepatutnya MLM nih?
Perniagaan berasaskan MLM hanya menyediakan Produk dan Marketing Plan. Sementara kita semua di network marketing tidak ada yang pernah bersekolah di jurusan network marketing. Sudah pasti kita tidak mengetahui arah manakah jalan yang betul dan yang mana yang salah. Untuk mengetahui bagaimana menjalankan perniagaan dengan betul dan sesuai mengikut prinsip kuadran kanan, kita perlu belajar melalui bengkel-bengkel yang disediakan khas oleh perniagaan MLM tersebut. Kita gelarkan sebagai support center. ala.. macam ZRB tu la.. kan ada berbagai2 bengkel di sediakan khas utk ahli2 baru.
Bagaimana sekiranya kita tidak mengikuti bengkel2 tersebut?
Anda patut bertanyakan kepada diri sendiri soalan di atas. Seandainya ada orang yang anda kenal tidak pernah ke sekolah utk mengikuti kursus atau kelas sebagai jururawat atau menjadi seorang doktor dan menawarkan rawatan kepada anda di saat anda sakit, “En boleh saya suntik” sambil membawa jarum dan picagari utk menyuntik anda. Bagaimanakah respon anda? sudah pasti anda lari lintang pukang, “tak pernah belajar menyuntik tiba2 mahu menyuntik aku” kata anda dalam hati. Bergitu juga di bidang MLM, sekiranya anda tidak mengikut sistem, dan tidak mengikuti kelas2 atau bengkel2 yang di sediakan di support center oleh para leaders bagaimana anda boleh melakukan penerangan tentang produk, dan follow up? apakah yang bakal terjadi? sama. Prospek anda juga akan lari meninggalkan anda.
Para mahasiswa kedoktoran, mengapa mereka sanggup bertahan menghadiri kuliah 5 ke 6 tahun dengan pelajaran yang begitu susah sekali. Kerana semuanya telah yakin, selepas pengajian tersebut sudah pasti mereka akan graduate sebagai seorang doktor, betul? meskipun mereka belum menamatkan pengajian, mereka telah berani mengajak adik, sahabat jiran tetangga untuk menjadi seorang doktor. Mengapa? kerana keyakinan terhadap kursus tersebut.
Mengapa ramai distributor yang masih ketinggalan? sebahagian besar dari mereka ada yang tidak pernah mengikuti kursus2 atau bengkel2 yang di jalankan oleh suport center. Sekiranya mereka mengajak prospek utk berjaya, dengan jelas prospek tidak akan percaya. Pertama, yang mengajak adalah seorang yang tidak berjaya. Bagaimana hendak mengikut jejak orang yang telah berjaya?. Kedua, kerana tidak mengikut sistem, tidak mengikuti bengkel2 yang di jalankan di support center, maka ianya secara automatik menunjukkan kepada prospek bahawa tiada sesiapa dapat membimbing prospek utk berjaya. Berbeza dengan leaders yang mengikuti sistem, sekiranya mereka di tanya, “awak belum berjaya, mengapa mengajak saya untuk berjaya???” leader tersebut sepantas menjawab, ” saya memang masih belum berjaya, tetapi saya masih belajar di support center yang mengajar dan membimbing dan telah melahirkan ramai yang berjaya, saya pasti akan berjaya dengan mengikut sistem yang betul”. Sama seperti mahasiswa kedoktoran, belum pun lulus menjadi doktor, mereka sudah berani mengajak orang lain untuk menjadi doktor.
Ok, apa2 yang tertulis di atas adalah kepada mereka yang ingin menjalankan bisnes berasaskan MLM namun tidak bersedia untuk menggunakan KUNCI ASAS bagi penyediaan kepada seseorang MLMers.
Perkongsian seterusnya adalah berkenaan dengan kegagalan menduplikasikan sistem.
Saya akan kongsikan bagaimana untuk menduplikasikan sistem .
Sebelum kita menduplikasikan apa yang telah kita telah lakukan, kita seharusnya menduplikasikan dulu keyakinan terhadap produk yang bakal kita bawa. Sekiranya anda menghadirkan diri ke SUW5 ataupun RTS (ini adalah utk distributor Score A), kerap kali kita di nasihatkan supaya sebelum melangkah lebih kehadapan kita perlu percaya dan yakin habis dengan produk dan marketing plan yang di sediakan oleh sistem.
Sila tanya kepada diri anda sendiri (kepada yang telah menjadi ahli perniagaan MLM), adakah anda percaya produk anda atau marketing plan adalah terbaik? YES or NO? anda jawab sendiri.. sekiranya masih NO. Anda perlu buat sesuatu supaya anda yakin tentang produk dan marketing plan yang bakal anda jalankan. Sekiranya anda distributor Score A, pastikan anda selalu lapangkan masa anda utk ke Group meeting, BOOM ataupun bengkel2 yang di jalankan utk lebih bermotivasi utk melakukan bisnes ini. Pegang perkataan ini BELIEVE!!!
Bila telah ada kepercayaan yang kuat dalam diri anda, baru lah dengan mudah kita boleh berkongsi kehebatan produk dan marketing plak kita. Jika mereka sudah tertarik, tahap selanjutnya ajak mereka utk pergi ke support center, sebagai contoh ZRB mengadakan preview setiap Selasa, Khamis Sabtu dan Ahad. Teman mereka ke tempat preview sangat penting untuk membuka minda mereka terhadap istimewanya mereka menjadi salah sorang ahli kita. Seterusnya, bawa mereka berjumpa leaders kita. Dan beritahu mereka kitaran sistem sekiranya mereka tertarik utk menyertai kita. Tunjukkan kesungguhan bahawa kita sentiasa ada di samping mereka sementara mereka mencari ahli baru. Dan apa yang kita buat sekarang adalah bakal mereka lakukan sekiranya mereka juga ingin berjaya bersama2 kita.
Bagaimana dengan pertemuan.Untuk temujanji, keterampilan adalah amat penting dari segala alat bantu yang ada kerana dengan keterampilan adalah perkara asas prospek akan lihat bakal leadernya. Sekiranya terlalu santai, dengan berselipar, susah utk orang mempercayai kita. Kita yang menetapkan betapa ekslusifnya produk kita, berjumpa prospek adalah masa kita sedang bekerja (bekerja untuk diri sendiri) dan sudah tentu ada cara pemakaian yang sesuai dan kemas. Sekiranya anda berjumpa dengan rakan2 karib yang biasa anda lepak, mungkin keterampilan boleh di pertimbangkan.
Untuk pertemuan yang berjaya, langkah pertama adalah anda hendaklah optimistik. Visualisasikan pada pemikiran anda bahawa pertemuan ini akan berjalan dengan luar biasa, tetapkan pendirian anda, TAK dalam tangan, Nak Blom tentu. Supaya anda nampak lebih profesional bila anda berkongsi peluang bisnes. Dengan pendirian yang telah di tetapkan, tak kira walaupun prospek akan menyertai anda atau pun tidak, beri penerangan serba ringkas tapi padat, tunjukkan bukti kejayaan yang telah di perolehi, utk Score A programme, tunjukkan bukti yang ramai telah berjaya dengan Score A programme. Inilah gunanya buku testimoni. Ceritakan dengan semangat tentang bisnes atau marketing plan, tunjukkan betapa mudahnya utk balik modal.
Sekiranya anda telah ada rakan niaga yang cukup, bimbinglah mereka dan ceritakn bagaimana untuk menduplikasikan apa yang telah anda buat dan mengikut sistem yang di tetapkan untuk berjaya, perlu ada group meeting untuk memotivasikan ahli-ahli anda untuk mereka balik modal dan seterusnya menduplikasikan apa yang anda buat sekarang.
Jangan menganggap segala bengkel, pertemuan atau meeting kumpulan atau seminar-seminar khas(paling utama datang BOOM w/pun tiada prospek) yang di jalankan adalah satu bebanan kepada anda. Anggaplah ia sebagaimana kita makan sehari- hari, kita perlu makan untuk mengisi perut untuk hidup. bengkel, pertemuan atau meeting dengan leader atau atau BOOM dan seminar-seminar khas adalah makanan untuk JIWA dan FIKIRAN utk lebih semangat untuk mengejar kejayaan. Di dunia ini tiada pelaburan kejayaan yang paling murah dengan hasil terbesar selain pengembangan fikiran dan jiwa kita. Setiap kali di akhir majlis, sudah pasti leaders akan memanggil ahli yang telah berjaya untuk berkongsi kejayaan mereka. Mereka2 inilah yang akan menjadi sumber inspirasi kita utk kekal berjaya dan kekal bersemangat.
Khabar baik untuk anda, 90% kejayaan di tentukan oleh makanan untuk fikiran dan jiwa kita, perkongsian2 kejayaan yang kita dapati semasa meeting kumpulan ataupun seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh leaders. Jika terus menerus kita memberikan makanan yang berkhasiat untuk jiwa, kekuatan dalaman akan tumbuh menjadi lebih berperibadi dengan karektor yang amat LUAR BIASA.. Jika itu yang terjadi, kejayaan tidak perlu anda cari, namun kejayaanlah yang bakal mengejar anda. HEBATTTTTTTT HEYYY!!!!
Apakah kesimpulan yang anda dapat dari post ini?
- Ikut lah sistem yang di sediakan.
- kena BELIEVE dan yakin terhadap produk dan Marketing Plan kita
- Penuhkan jiwa dan fikiran dengan santapan rohani yang cukup. Secukupnya. Bergaul dengan orang2 berjaya lebih berkesan.
- Sertai segala bengkel2, seminar dan juga meeting kumpulan yang di jalankan oleh leaders.
- Tawakal
- Berusaha dengan lebih gigih.
- DUPLIKASI
- RANGKAIAN AKAN BERKEMBANG MEKAR!!!
Go go for FINANCIAL FREEDOM…!!!
Di bwh ini di kongsikan Video mengenai bisnes MLM untuk santapan jiwa anda!!
** Jika anda berminat untuk menghadiri seminar percuma bg mengetahui tentang Score A programme ini. Hubungi kami disini.


