Rahsia Membaca dengan Berkesan

March 4, 2010 by admin  
Filed under Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar

Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.

Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.

Langkah 1:

  1. Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.
  2. Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.

Langkah 2:

  1. Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.
  2. Arahkannya ke bawah.
  3. Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.

Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.

  1. Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.
  2. Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.
  3. Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.
  4. Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.
  5. Soal diri sendiri semasa membaca.

Contoh soalan:

  • Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?
  • Apakah hubungkait topik-topik ini?
  • Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?
  • Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.
  • Baca secara perlahan dalam hati.
  • Baca secara lisan.
  • Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.

Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.

Selamat Mencuba, Selamat berjaya!!!

Perkara Utama Punca Lupa dan Petuanya

February 24, 2010 by admin  
Filed under Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar

Masalah lupa sering dialami oleh semua orang terutamanya para pelajar. Mereka mudah lupa apa yang disampaikan oleh guru. Ada dua persoalan. Pertama, mengapa mereka mudah lupa dan kedua, bagaimana mereka mengatasinya?
Kenapa kita lupa? Kata orang tua-tua, “orang yang suka makan kepala ikan mudah lupa“. “Orang yang meminum air mengandungi semut juga mudah lupa“. Benarkah itu? Saya pun tidak pasti. Namun yang penting kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berzat. Kita juga wajib memilih makanan bersih. Kalau asyik makan kepala ikan di mana ada zatnya? Dan sekiranya minum air yang mengandungi semut sudah tentulah air itu tercemar.

Apakah sebab lain yang memungkinkan anda mudah lupa? Mungkin tekanan pelajaran, tekanan kerja rumah, tekanan di rumah, semua perlu disiapkan cepat dan macam hal lain lagi. Semua itu membuatkan anda merasa tidak teratur dan tidak terurus terutamanya dari segi masa. Fikiran dan perasaan yang tidak tenteram akan menghasilkan jiwa yang tidak tenteram. Perasaan ini akan mempengaruhi cara anda berfikir.

Terdapat tiga perkara utama yang boleh menyebabkan lupa.

Mengabaikan solat

Pelajar yang mengabaikan solat sama lah seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Ibadah solat merupakan tiang kehidupan sebagai seorang Muslim. Jika diabaikan bermakna mereka melupakan aspek kehidupan yang paling asas dan penting. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.

Sering bercakap bohong

Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.

Mungkir Janji

Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.

Petua agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran

Mengulangkaji pelajaran

Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda

Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota

Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.

Gunakan pelbagai jenis carta

Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran

Kaedah bayangan

Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.

Mengulang dan mengingat kembali

Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.

Kurangkan teks

Jadikan ia gambar dan kata kunci

Rahsia Minda

February 12, 2010 by admin  
Filed under Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar

Para pakar otak dan pembelajaran kini mengakui bahawa otak kita berfungsi dari dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Untuk belajar dengan cemerlang, kita haruslah menggunakan kedua-dua bahagian otak kita. Kerjasama antara otak kiri dan otak kanan disebut sebagai TOTAL LEARNING. Inilah rahsia minda seseorang pelajar yang cemerlang.

Teknik menggerakkan otak kiri dan otak kanan serentak.

Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan teknik-teknik ini pada setiap masa sebelum mentelaah pelajaran. Teknik-teknik berkesan ini mengambil masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Teknik 1:

  • Otak kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.
  • Anda hendaklah menggerakkan kedua-dua bahagian badan anda.
  • Ini akan menggerakkan ‘enjin’ otak anda!

Teknik 2:

  • Baring atas katil atau lantai.
  • Tenangkan diri.
  • ‘Stretch’ seluruh badan anda serentak, iaitu seolah-olah anda sedang berkembang ke semua arah.
  • Apabila berasakan diri anda cukup ‘tegang’, lepaskan tekanan itu sambil berkata ‘aah!’
  • Lakukan sebanyak 3 kali.
  • Teknik ini akan memberikan tenaga pada keseluruhan badan anda dan menyegarkan minda anda.
  • Ini akan membolehkan anda mula mentelaah pelajaran dengan lebih selesa dan mudah memahami segala ilmu yang diterima.

Teknik 3:

  • Pejamkan mata perlahan-lahan.
  • Tumpukan perhatian anda pada bahagian tengah bulu kening anda.
  • Bayangkan ada sebatang lilin di dalam kepala anda.
  • Bayangkan yang lilin ini bercahaya dan menyinari segala kegelapan dalam otak anda.
  • Lakukan amalan ini selama 3 minit.
  • Teknik ini akan membantu menyatukan kedua-dua bahagian otak anda. Otak kanan dan otak kiri bertemu di bahagian tengah kepala iaitu di bahagian antara kedua bulu kening anda.

Teknik 4:

Baca saranan-saranan ini dan ucapkannya sebelum anda memulakan apa-apa pembelajaran. Ini akan memudahkan anda menghadapi kesulitan-kesulitan dalam sebarang topik yang sedang dipelajari. Sila pilih saranan yang anda rasakan paling sesuai dengan perasaan anda. Baca dalam hati beberapa kali.

  1. “AKU BIJAK, AKU PANDAI. AKU BOLEH INGAT APA SAHAJA YANG AKU BELAJAR.”
  2. “SUBJEK INI MUDAH. AKU SUKA SUBJEK INI. AKU PASTI BERJAYA DALAM SUBJEK INI.”
  3. “BAHASA INGGERIS SANGAT PENTING. AKU BOLEH MENDAPAT BANYAK FAEDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS. BAHASA INGGERIS MUDAH. AKU BOLEH FAHAMINYA.”

Baca saranan pilihan anda sehingga sebati dengan jiwa anda. Bacalah beberapa kali sebelum memulakan pembelajaran. Anda boleh reka saranan sendiri mengikut subjek-subjek yang susah.
Saranan-saranan ini akan membantu keyakinan anda dalam keupayaan anda berjaya dalam peperiksaan. Minda seseorang pelajar yang cemerlang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Kebolehan anda selama ini terpendam, Sekaranglah masanya. Bangunkan kebolehan anda.Yakin Boleh!!!

Kaedah Belajar Cemerlang

January 7, 2010 by admin  
Filed under Tips Pelajar

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

December 3, 2009 by admin  
Filed under Tips Pelajar

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

10 Teknik Menambah Daya Ingatan

November 24, 2009 by admin  
Filed under Tips Pelajar


1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)

- Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu

- Purata chunk yang mampu diterima mental ialah 7 dan paling banyak, 9

- Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan

2. Gabungan Huruf Pertama

- Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna

- Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya

3. Daya Imaginasi

- Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan w atak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas.

- “Visual is more powerful than verbal” Daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi ga mbaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal kalau diban dingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai Makna

- Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama

- Maklumat yang ingin dingati boleh dihubungkaitkan supaya dibentuk dalam satu ayat

- Sekiranya maklumat yang ingin diingati adalah terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda

- Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.

- Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.

- Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

- Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.

- Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.

- Gunakan warna yang terang.

- Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara Lokasi

- Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi.

- Lokasi yang mudah digambarkan.

- Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan se mata-mata.

7. Penggunaan Kata Kunci

- Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna.

- Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba terjemahkan.

8. Penggunaan Gambarajah

- Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitannya dengan kuantiti.

- Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai d igunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah -langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

- Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas serta menarik.

9. Penggunaan Penanda Wacana

- Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungannya.

- Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.

10. Penggunaan Soalan

- Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.

- Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran dilaksanakan.

** Dipetik dari blog Score A programme

————————————————————————————————————————————————–

*Anda boleh menyalin kandungan post ini untuk blog anda. Namun anda perlulah menyalin keseluruhan ayat termasuk nama blog ini (sehingga garisan).

Pendidikan anak

November 16, 2009 by admin  
Filed under Tips Pelajar

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan hal ini dapat di lakukan dengan pelbagai cara, memilih sekolah yang bagus untuk anak-anak kita, menerapkan teknik pembelajaran yang sempurna dan sebagainya.

Pendidikan anak juga sepatutnya bermula dari rumah lagi, malah sewaktu anak-anak kita bermain di taman permainan juga kita sepatutnya menerapkan nilai-nilai pendidikan untuk anak kita. Dari segi cara mereka beradaptasi dan dari segi sosiologi dengan rakan sebaya di samping tujuan-tujuan lain seperti bermain, berkongsi dan merasakan “menang dan kalah” di samping melatih kretiviti anak, melatih menjaga prilaku dan tahap kekasaran pergaulan sesama rakan.

Sebagai ibu bapa, kita hanya berusaha membangunkan asas pendidikan yang kuat untuk mereka termasuk mental-spiritual dan kita juga harus memberi teladan yang baik untuk anak kita.

Demi untuk pendidikan anak-anak juga kita tidak hanya memikirkan IQ anak saja tetapi kita berusaha membentuk keseimbangan antara IQ dan EQ (kecerdasan emosional seseorang yang dipengaruhi oleh lingkungan), kerana  dengan EQ tinggi anak diharapkan dapat menghadapi kesukaran dalam segala masalah hidup dengan bijak walaupun anak itu hanya memiliki IQ yg rendah, dia mampu menghadapai kegagalan dan belajar mengambil teladan dari kegagalan tersebut. Pada seseorang yang memiliki EQ rendah sedangkan berIQ tinggi, atau di atas rata – rata akan mempunyai kecenderungan yang tidak sihat untuk menguasai emosi.

Apapun usaha dan harapan kita sebagai ibu bapa pada anak-anak, harus diingat bahawa itu adalah kehidupan anak-anak kita dan bukan milik kita, kita sepatutnya membimbing mereka untuk membuat pilihan yang betul dan bukan mendesak anak-anak kita untuk mengikut kemahuan kita. Semua orang/ibu bapa inginkan anak-anak mereka kreatif dan boleh berdiri atas kaki sendiri.

Sekian.

Klik sini untuk dapatkan pembelajaran output terkini untuk kecemerlangan anak anda.