Pemikiran luar biasa

March 2, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Network Marketing

Dunia penuh persepsi, sangka-sangka. Manusia menilai sesuatu secara abstraks mengikut keupayaan minda dan pengalaman yang biasa dilalui. Terdapat satu perbandingan @ kiasan secara majaz yang dibuat oleh tuan guru mengenai perkara ini. Ketika nabi dijemput Allah ke langit untuk menerima perintah solat fardhu, dan sebagai mengembirakan baginda setelah menghadapi tahun kesedihan (‘aam al-huzni), ramai orang yang tidak percaya dengannya. Kiasan tuan guru, beginilah…”Kita tengok cerita semut. Suatu hari seekor semut masuk dalam poket baju kot seorang ahli korporat. Ahli korporat itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Tatkala pergi ke KL itu, ia berada di dalam poket itu, menaiki kapal terbang, dan melihat serta mendengar suasana riuh di bandar. Apabila pulang semula ahli korporat itu ke rumahnya, maka semut tadi keluar dan bertemu kawan-kawannya yang lain. Lalu semut ini dengan penuh takjub dan berbesar hati pula menceritakan pengalamannya berjalan ke KL dan menaiki kapal terbang. Dia menceritakan dimensi dunia yang luas dari pandangan angkasa, dan menceritakan juga kesibukan kota yang tidak dapat dibayang sama sekali oleh rakan-rakannya. Maka tiba-tiba ada sekumpulan semut-semut yang dengki lantas memperkecil-kecilkan ceritanya. Kata mereka ia berbohong!”

Sebagai manusia kita selalunya berfikir dalam ruang dan skop yang tersedia di hadapan kita. Jarang sekali orang berfikir di luar kemampuan fakir yang biasa-biasa atau dikatakan sebagai ‘think out of the box’. Dalam hal ini, Prof. Dato’ Dzulkifli mengulas pemikirannya berkenaan pemikiran di luar kebiasaan seperti yang tercatat dalam News Sunday Time bulan lepas. Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau tentang langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menarik pelancong. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk menganjur Pertandingan Kapal Layar Dunia pada musim tengkujuh di Pulau Duyung. Hal ini memang amat luar biasa dan ajaib! Dan katanya inilah dia dimensi baru yang lebih berani untuk diketengahkan kerana masih belum dianjurkan. Walhal semua orang tahu, bahawa lazimnya kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi. Sebagai seorang pelajar, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pemikiran luar biasa hebat. Aktiviti sampingan pelajar di samping belajar adalah mencari wang sampingan. Orang yang kaya dan berada dengan stail kayanya manakala yang sederhana dengan cara yang sederhananya.

Bagaimana kehidupan pelajar di universiti yang kreatif itu? Seorang pelajar Sains Komputer UM menjadi agen unit amanah saham dan berjaya menjual (accumulate sale) sehingga RM5 juta. Dia telah berjaya memegang kunci Merc. Benz mata belalang dan bergaya dengannya. Terdapat juga mereka yang menjadi agen jualan langsung sehingga mempunyai puluhan orang bawah dan mendapat bonus bulanan sehingga RM30000. Ada juga yang menjual nasi lemak, roti john, makanan ringan dan mendapat keuntungan yang tidak seberapa. Bagi mereka yang berkereta pula, mereka lebih suka menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bagi yang suka menjual pakaian, mereka mencari pembekal yang boleh membuat reka cetak baju yang dikehendaki. Bagi mereka yang malas untuk mempromosi, mereka lebih guna menjalankan perniagaan secara maya, menggunakan kecanggihan internet seperti di lelong.com. Lihat jualan terkini saya. Apa pun bidang dan bentuk ‘perniagaan’ kecil-kecilan yang dibuat, ia menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri seseorang. Hanya kreatitiviti dan usaha untuk mempromosi produk dan berhadapan dengan pelanggan menjadi kunci kejayaan aktiviti ‘perniagaan’nya.

Apa pun yang dibuat sama ada untuk kepuasan sendiri atau sebaliknya, semuanya harus bijak dan pandai membahagikan masa. Jangan kerana aktiviti sampingan, kita mengabaikan tanggungjawab utama.

Latihan Bersepadu Untuk Tingkatkan Profesionalisme Keusahawanan

January 3, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

Dalam perniagaan Network Marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.

Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.

Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.

Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Score A amnya.

Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.

Di Rangkaian ZRB Millinionaire Club, ada beberapa kursus yang di jalankan untuk memantapkan lagi dan memberi ilmu untuk memulakan bisnes Score A ini. Dengan kursus yang di anjurkan, para ahli di galakkan dan di sarankan untuk menghadirkan diri ke kursus ini untuk meningkatkan keyakinan diri dan menambah ilmu di dada.

Antara kursus yang di tawarkan adalah

  • NDO (New Distributer Orientation)

    • Sabtu dan Ahad, ZRB BTS
    • jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang
    • Yuran di kenakan RM70
  • TTC(Table Talk Closing)/AOS(Art Of Sponsoring)

    • Selasa, ZRB BTS
    • Jam 8.30 malam hingga 11.30 malam
    • Yuran dikenakan RM30

Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.

Jadikan Setiap Kegagalan Pendorong Untuk Menjadi Usahawan Terbilang

January 2, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah gagal. Ia menjadi asam garam dalam kehidupan yang menambahkan warna-warni dalam hidup seseorang. Tidak terkecuali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah lumrah bagi seorang usahawan, termasuklah usahawan Multi Level-Marketing seperti anda. Jatuh bangunnya seseorang usahawan dan bagaimana dia berusaha bangkit untuk mengubah nasibnya kepada yang lebih baik bergantung kepada sikap dan daya ketahanan seseorang usahawan itu sendiri.

Sebagai contohnya, seseorang usahawan MLM mungkin gagal untuk membina dan membesarkan jaringan perniagaannya dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin, pendekatan atau cara yang digunakan anda kurang berkesan. Jesteru, penuhkan ilmu pengetahuan berkaitan prosedur amalan perniagaan yang anda ceburi agar anda dapat membina semula perniagaan anda dalam tempoh sesingkat mungkin. Ini kerana masa itu emas, jadi jangan lengahkannya!

Berikut antara panduan untuk mengaktifkan semula perniagaan anda dalam masa yang singkat :

  1. Perlu kreatif dan inovatif dalam cara bagaimana mencari prospek baru.
  2. Kaji pelan pemasaran syarikat secara lebih mendalam kerana ia membantu dalam perancangan anda.
  3. Buat “edu party” dan perjumpaan yang menjadi asas duplikasi bagi memudahkan anda membuat penajaan dan jualan.
  4. Perlu bantu downline anda berjaya kerana kejayaan mereka juga bererti kejayaan anda.
  5. Belajar daripada kesilapan, jangan ulangi kesilapan yang hanya akan menggagalkan usaha anda.
  6. Kemajuan diri dan proses pembelajaran perlu secara berterusan.

Jika anda berusaha gigih dan berterusan tetapi masih juga belum dapat apa yang dicitakan, tanamkan dalam minda anda ia bukanlah satu kegagalan mutlak. Ini kerana mungkin belum masanya untuk anda mengecap kejayaan.Anda perlu bertindak segera agar kejayaan menjadi milik anda dan impian bukan hanya tinggal impian.

Jesteru, bina semula kekuatan anda. Jangan jadikan kegagalan alasan untuk anda meninggalkan perniagaan yang menjaminkan masa depan yang cerah ini. Pastikan ia tidak melunturkan semangat anda untuk muncul sebagai USAHAWAN SCORE A TERBILANG.

GAGAL @ BERJAYA – Anda Pilih!

December 21, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing

GAGAL atau BERJAYA dalam Network Marketing ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda menyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM @ Network Marketing ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya. “Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftar diri sebagai pengedar ialah menanamkan kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah jualan langsung atau Multi-Level Marketing. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan “Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan “Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang selagi nyawa di kandung badan!

* Petikan dari ebook Teknik Berkesan Untuk Berjaya Di Dalam MLM – Penulis, Maslan Omar (USM)

Salam kejayaan.  Jumpa lagi.