Sandwich Period – Renungkan lah!!

Sedikit renungan dan muhasabah diri untuk kita sama-sama fikirkan,

Umur 0 – 24 tahun – Tempoh Persediaan
Umur 25 – 55 tahun – Tempoh Pekerjaan / Kritikal / Sandwich
Umur 55 – 80 tahun – Tempoh Persaraan

Mari kita lihat satu contoh tentang apa yang kita lalui sepanjang kehidupan.

Tempoh Persediaan

Umur 0-24 tahun merupakan satu tempoh persediaan di mana seseorang itu hidup di bawah tanggungan keluarga. Anda tidak memiliki apa jua tanggungan kewangan kerana sejak anda dilahirkan, sehinggalah anda tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, segala keperluan anda disediakan oleh ibubapa. Anda diberi makan minum yang secukupnya, pakaian yang cantik, kesihatan anda dijaga dengan sempurna dan pelbagai ilmu pengetahuan dicurahkan kepada anda, sebagai satu persediaan sebelum menempuh tempoh pekerjaan.

Tempoh Pekerjaan

Umur 25 – 55 tahun pula merupakan tempoh pekerjaan, di mana sepanjang tempoh ini, jika anda berupaya untuk bekerja, anda berupaya untuk menghasilkan pendapatan. Sebagai contoh, anda bekerja sebagai seorang eksekutif dengan gaji RM 2,500 sebulan. Sepanjang 30 tahun anda bekerja, anda sepatutnya akan menerima pendapatan sehingga RM 900,000.00 tidak termasuk kenaikan gaji dan elaun tambahan.

Di dalam tempoh ini juga, anda mula memiliki pelbagai tanggungan kewangan. Bermula dengan membeli kereta, kemudiannya mendirikan rumahtangga. Membeli rumah dan kemudian mengubah-suainya. Melahirkan anak 2 – 3 @ lebih dan kemudian menyekolahkan mereka. Dari tadika, sekolah rendah & menengah hinggalah ke universiti, anda dan pasangan yang menanggung ini semua, sebagaimana apa yang ibubapa lakukan untuk anda sebelum ini.

Sebab itulah, tempoh pekerjaan ini digelar tempoh kritikal, di mana pendapatan yang anda terima dari pekerjaan, sangat penting untuk keperluan sara hidup keluarga. Sekiranya semalam, anda tidak lagi boleh bekerja dan hilang segala sumber pendapatan sedia-ada, kewangan keluarga anda pasti akan menjadi sangat kritikal, sehinggakan keperluan asas seperti di atas turut terjejas.

Bagi sesetengah orang pula, tempoh ini juga dipanggil tempoh “sandwich” di mana anda dihimpit oleh dua tanggung-jawab. Anda dihimpit dengan tanggungjawab menyara kehidupan anak-anak sehingga mereka tamat pelajaran di IPT dan pada masa yang sama, anda juga dihimpit dengan tanggung-jawab menyara kos perubatan & sara hidup ibu bapa anda yang sudah tua, yang amat mengharap bantuan kewangan dari anda.

Tempoh Persaraan

Umur 55 – 80 tahun merupakan tempoh persaraan di mana anda sudah tidak lagi membuat sebarang pekerjaan, sebaliknya hanya membelanjakan wang simpanan yang ada, untuk menampung kos sara hidup selama 25 tahun lamanya.

Di dalam tempoh ini juga, jika anda tidak bersedia sepenuhnya, pelbagai tanggungan kewangan lain akan muncul seperti kos perubatan hospital, kos kenduri kahwin anak-anak dan kos pengubah-suaian rumah yang sudah bertahun-tahun anda duduki.

Kesimpulan

Daripada tempoh-tempoh yang diterangkan di atas, adalah jelas komitmen dan tanggungjawab kewangan seseorang itu semakin meningkat, terutamanya di dalam tempoh pekerjaan 25 – 55 tahun.

Persoalannya ? Adakah anda sedar, kesemua tanggungjawab ini, hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna, apabila anda memiliki sumber pendapatan yang berterusan?

Di manakah tahap kewangan anda 5 ke 10 tahun akan datang? sekiranya telah mencapai 5 angka sebulan, alhamdulillah!! sekiranya masih biasa2, kenaikan gaji pun 5% ke 10% setiap tahun belum menjamin kesejahteraan kebebasan kewangan. Anda perlu ingat kenaikan segala barang keperluan adalah berkadar terus dengan kenaikan gaji ini. Itu sekiranya anda ada kenaikan, bagaimana sekiranya tiada langsung kenaikan gaji. Cara yang baik adalah dengan memulakan langkah untuk menjana income secara pasif. Mulakan dari sekarng walau dengan hanya secara sambilan. Sekiranya anda bersama dengan saya, insyaallah, pendapatan tambahan adalah secara exponential. Pertambahan income lbh menggalakkan dari kenaikan harga barang2 keperluan. Di sinilah yang kita katakan kebebasan kewangan.

Di sini saya ingin membantu anda yang benar-benar SERIUS mahu memperbaiki kehidupan mereka melalui suatu peluang kerjaya & perniagaan yang hebat serta mendapat pendapatan yang berterusan

Saya percaya, orang yang gagal, adalah orang yang menggunakan kekurangan pada dirinya sebagai satu ALASAN untuk dia tidak berjaya. Manakala, orang yang berjaya itu, adalah orang yang menggunakan kekurangan pada dirinya, sebagai satu pembakar semangat (sumber inspirasi) dan sebagai satu cabaran untuk membuktikan dirinya juga boleh berjaya!

Anda lebih mengenali diri anda – golongan manakah diri anda sedang berada sekarang?

Saya menjemput anda untuk menghadiri seminar tentang Score A programme pada hari Selasa/Khamis malam 9.00 p.m. di Bandar Tasik Selatan.

PENUTUP

Sekiranya anda diberi peluang untuk mengubah hidup anda melalui suatu kerjaya yang sudah terbukti dapat memberi hasil pulangan yang lumayan serta kepuasan bekerja, adakah anda berani untuk mencubanya?

Akhir kata, kehendak dan pilihan adalah yang SANGAT menentukan apakah anda ingin tetap menjadi insan yang biasa atau LUAR BIASA. Tidak perduli anda siapa dan dari mana asal usul anda, jika anda mahu dan memilih untuk menjadi orang yang LUAR BIASA anda pasti boleh. Tetapi jika anda tidak mahu, maka hidup anda tidak akan pernah berubah. Jika anda tidak memilih, janganlah menyalahkan keadaan . Anda yang menentukan ke mana akan pergi, dengan siapa anda pergi, apa yang harus anda bawa, berapa banyak bekalan anda, bila mahu berangkat, jalan mana yang harus anda lalui, semuanya bergantung pada pilihan dan keputusan anda sendiri. Menjadi LUAR BIASA hanyalah salah satu pilihan yang dapat anda pilih dalam kehidupan anda.

Anda pasti boleh jika anda menginginkannya.

Tidak ada seorang pun yang akan mengubah cara hidup lamanya menjadi baru, Sehinggalah dia sendiri merasakan perlu untuk mengubahnya. Itulah sebabnya mengapa guru-guru yang bijak memaksa manusia untuk melihat betapa buruknya keadaan yang mereka sedang berada sekarang. Daripada hidup dengan kata-kata manis dan idea-idea yang tak pernah ada.

Mengapa ada rangkaian MLM yang berkembang pesat dan ada yang tidak?

Salam Para Pembaca yang di hormati,

Pertama sekali, saya memohon maaf kerana tajuk kali ini agak panjang berjela. tetapi ini adalah perkongsian saya tentang menjelaskan salah satu penyebab dan musabab mengapa para Distributor MLM am nya atau Distributor Score A programme khasnya mempunyai rangkaian yang tidak berkembang.

Kunci kejayaan atas segalanya adalah “PERSEDIAAN AWAL(alat bantuan) beserta DUPLIKASI“, . Apakah yang di maksudkan dengan persediaan awal.  Sekiranya anda adalah distributor Score A, terdapat bengkel yang bernama RTS (Road To Success) yang akan membincang dan memberi penerangan lengkap persediaan sebelum kita menjalankan perniagaan ini. Di sinilah kunci segala kejayaan dan inilah yang dikatakan PERSEDIAN AWAL.  Sy akan rungkaikan hal ini sebentar lagi.

Salah satu pertanyaan distributor yang sering saya dengar, “Mengapa ada rangkaian besar dan mengapa ada rangkaian yang ciput?” Jawapannya sangat mudah dan semua orang tahu, rangkaian yang besar adalah rangkaian yang banyak memmanfaatkan kunci kejayaan yang saya ulaskan di perenggan di atas tadi.

Buku penerangan, buku testimoni, Set portal Score A, alat tulis, Flyers, Borang2 am, bisnes kad, persediaan kendiri… adalah contoh persediaan awal bagi perniagaan Score A Progamme… Sudah tahu pun semua di atas!!

Soalan saya, sekiranya semua distributor sudah tahu tetapi mengapa tidak semua memanfaatkan alat2 tersebut dengan baik utk pengembangan rangkaian?

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, apakah tujuan anda join score A programme atau join perniagaan MLM. adakah untuk mendapat income yang PASIF? untuk kebebasan kewangan? untuk kebebasan masa dan kebebasan minda? Kalau semua yang di sebutkan tadi, adalah YES!! jawapan anda. Tak mengapa!! bagus, seterusnya wang pasti akan mengejar anda, dan persoalannya, siapakah yang menguruskan bisnes anda itu? Anda jawab lah sendiri ye!

Apakah Sistem!!

Soalan saya seterusnya, apakah bisnes yang anda bakan jalankan adalah bisnes yang mempunyai sistem? Ishhh… dalam Score A ni memang sistemnya yang terhebat di abad ini, paling hebat di antara MLM2 yang bertapak di seluruh negara. Hanya memperkenalkan 4 orang sahaja untuk balik modal. Dan seterusnya 4 memperkenalkan 4 orang lain utk mereka balik modal… tu baru jadi pendapatan pasif yang kita bakal dapat. Namun, masih ada yang gagal.. anda perlu muhasabah diri la kalau mcm tu.. maafkan saya sekiranya terkasar bahasa. Jelas di sebutkan di dalam buku yang di tulis oleh Robert Kiyosaki bertajuk “Cashflow Quadrant”, beliau menerangkan bagaimana MLM ini termasuk dalam konsep “Cash Flow Quardrant” dan menyarankan kita utk berbisnes dengan MLM utk cepat kaya.

Mari kita kupaskan satu persatu,

Adakah anda biasa mendengar tentang 3 sistem bisnes yang boleh menghasilkan pendapatan pasif? salah satunya adalah Network Marketing..

1. Konglomerasi

Jelas adalah satu perniagaan yang bersistem. Mengapa? kerana sekiranya satu bahagian tidak berfungsi maka perniagaan yang di jalankan mungkin tidak akan berjalan. Pernahkan anda lihat perniagaan yang besar2 tidak mempunyai sistem kewangannya? atau tidak mempunyai sistem pengawasannya. Jika sebahagian saja tidak berfungsi, maka dengan itu sudah tentu lah perniagaan tersebut akan gulung tikar.

2. Francais

Perniagaan secara francais jelas adalah perniagaan bersistem. Mengapa? setelah anda menandatangani kontrak, maka telah termaktub bahawa bayaran yang anda keluarkan adalah utk sistem yang anda beli. Sistemnya sudah sedia ada, hanya perlu utk melaksanakannya sahaja. Jika anda mengingkari sebahagian dari sistem tersedia, bermakna anda telah melanggar kontrak. Sudah tentu perniagaan francais anda akan di tutup kerana tidak mematuhi sistem. Anda bayangkan sekiranya anda menceburi perniagaan francais KFC, dan anda menukarkan menu makanan yang tersedia dengan LAKSA atau MEE BANDUNG mengikut selera tempatan. Jika terdapat laporan sebegini sudah tentu KFC induk akan menutup perniagaan anda kerana tidak mengikut kontrak yang di sediakan.

3. Network Marketing

Pernahkan anda berjumpa dengan distributor yang hanya menaja 3 bulan sekali ataupun setahun sekali?

Sememangnya masih banyak pertanyaan lain, namun cukuplah beberapa saja. Kesimpulannya apa? Di dalam network marketing, anda hanya berpotensi menjalankan perniagaan kuadran kanan. Yang menentukan kita di kuadran kanan atau tidak adalah diri kita sendiri. Sekiranya anda patuh mengikut sistem yang di sediakan ertinya anda dalam golongan quadran kanan. Jika anda menggantikannya dengan sistem anda sendiri seperti menggantikan LAKSA dalam perniagaan francais KFC, anda memang tidak mengikut sistem maka anda memilih sendiri nasib anda dan masa depan anda. Tindakan tersebut jelas memilih utk tidak menjana pendapatan pasif walaupun anda menginginkannya. Lupakan pendapatan pasif tersebut!!! kita bako jeerrrr!!!

Maka? bagaimana yang sepatutnya MLM nih?

Perniagaan berasaskan MLM hanya menyediakan Produk dan Marketing Plan.  Sementara kita semua di network marketing tidak ada yang pernah bersekolah di jurusan network marketing. Sudah pasti kita tidak mengetahui arah manakah jalan yang betul dan yang mana yang salah. Untuk mengetahui bagaimana menjalankan perniagaan dengan betul dan sesuai mengikut prinsip kuadran kanan, kita perlu belajar melalui bengkel-bengkel yang disediakan khas oleh perniagaan MLM tersebut. Kita gelarkan sebagai support center. ala.. macam ZRB tu la.. kan ada berbagai2 bengkel di sediakan khas utk ahli2 baru.

Bagaimana sekiranya kita tidak mengikuti bengkel2 tersebut?

Anda patut bertanyakan kepada diri sendiri soalan di atas. Seandainya ada orang yang anda kenal tidak pernah ke sekolah utk mengikuti kursus atau kelas sebagai jururawat atau menjadi seorang doktor dan menawarkan rawatan kepada anda di saat anda sakit, “En boleh saya suntik” sambil membawa jarum dan picagari utk menyuntik anda. Bagaimanakah respon anda? sudah pasti anda lari lintang pukang, “tak pernah belajar menyuntik tiba2 mahu menyuntik aku” kata anda dalam hati.  Bergitu juga di bidang MLM, sekiranya anda tidak mengikut sistem, dan tidak mengikuti kelas2 atau bengkel2 yang di sediakan di support center oleh para leaders bagaimana anda boleh melakukan penerangan tentang produk, dan follow up? apakah yang bakal terjadi? sama. Prospek anda juga akan lari meninggalkan anda.

Para mahasiswa kedoktoran, mengapa mereka sanggup bertahan menghadiri kuliah 5 ke 6 tahun dengan pelajaran yang begitu susah sekali. Kerana semuanya telah yakin, selepas pengajian tersebut sudah pasti mereka akan graduate sebagai seorang doktor, betul? meskipun mereka belum menamatkan pengajian, mereka telah berani mengajak adik, sahabat jiran tetangga untuk menjadi seorang doktor. Mengapa? kerana keyakinan terhadap kursus tersebut.

Mengapa ramai distributor yang masih ketinggalan? sebahagian besar dari mereka ada yang tidak pernah mengikuti kursus2 atau bengkel2 yang di jalankan oleh suport center. Sekiranya mereka mengajak prospek utk berjaya, dengan jelas prospek tidak akan percaya. Pertama, yang mengajak adalah seorang yang tidak berjaya. Bagaimana hendak mengikut jejak orang yang telah berjaya?. Kedua, kerana tidak mengikut sistem, tidak mengikuti bengkel2 yang di jalankan di support center, maka ianya secara automatik menunjukkan kepada prospek bahawa tiada sesiapa dapat membimbing prospek utk berjaya. Berbeza dengan leaders yang mengikuti sistem, sekiranya mereka di tanya, “awak belum berjaya, mengapa mengajak saya untuk berjaya???” leader tersebut sepantas menjawab, ” saya memang masih belum berjaya, tetapi saya masih belajar di support center yang mengajar dan membimbing dan telah melahirkan ramai yang berjaya, saya pasti akan berjaya dengan mengikut sistem yang betul”. Sama seperti mahasiswa kedoktoran, belum pun lulus menjadi doktor, mereka sudah berani mengajak orang lain untuk menjadi doktor.

Ok, apa2 yang tertulis di atas adalah kepada mereka yang ingin menjalankan bisnes berasaskan MLM namun tidak bersedia untuk menggunakan KUNCI ASAS bagi penyediaan kepada seseorang MLMers.

Perkongsian seterusnya adalah berkenaan dengan kegagalan menduplikasikan sistem.

Saya akan kongsikan bagaimana untuk menduplikasikan sistem .

Sebelum kita menduplikasikan apa yang telah kita telah lakukan, kita seharusnya menduplikasikan dulu keyakinan terhadap produk yang bakal kita bawa. Sekiranya anda menghadirkan diri ke SUW5 ataupun RTS (ini adalah utk distributor Score A), kerap kali kita di nasihatkan supaya sebelum melangkah lebih kehadapan kita perlu percaya dan yakin habis dengan produk  dan marketing plan yang di sediakan oleh sistem.

Sila tanya kepada diri anda sendiri (kepada yang telah menjadi ahli perniagaan MLM), adakah anda percaya produk anda atau marketing plan adalah terbaik? YES or NO? anda jawab sendiri.. sekiranya masih NO. Anda perlu buat sesuatu supaya anda yakin tentang produk dan marketing plan yang bakal anda jalankan. Sekiranya anda distributor Score A, pastikan anda selalu lapangkan masa anda utk ke Group meeting, BOOM ataupun bengkel2 yang di jalankan utk lebih bermotivasi utk melakukan bisnes ini. Pegang perkataan ini BELIEVE!!!

Bila telah ada kepercayaan yang kuat dalam diri anda, baru lah dengan mudah kita boleh berkongsi kehebatan produk dan marketing plak kita. Jika mereka sudah tertarik, tahap selanjutnya ajak mereka utk pergi ke support center, sebagai contoh ZRB mengadakan preview setiap Selasa, Khamis Sabtu dan Ahad. Teman mereka ke tempat preview sangat penting untuk membuka minda mereka terhadap istimewanya mereka menjadi salah sorang ahli kita. Seterusnya, bawa mereka berjumpa leaders kita. Dan beritahu mereka kitaran sistem sekiranya mereka tertarik utk menyertai kita. Tunjukkan kesungguhan bahawa kita sentiasa ada di samping mereka sementara mereka mencari ahli baru. Dan apa yang kita buat sekarang adalah bakal mereka lakukan sekiranya mereka juga ingin berjaya bersama2 kita.

Bagaimana dengan pertemuan.Untuk temujanji, keterampilan adalah amat penting dari segala alat bantu yang ada kerana dengan keterampilan adalah perkara asas prospek akan lihat bakal leadernya. Sekiranya terlalu santai, dengan berselipar, susah utk orang mempercayai kita. Kita yang menetapkan betapa ekslusifnya produk kita, berjumpa prospek adalah masa kita sedang bekerja (bekerja untuk diri sendiri) dan sudah tentu ada cara pemakaian yang sesuai dan kemas. Sekiranya anda berjumpa dengan rakan2 karib yang biasa anda lepak, mungkin keterampilan boleh di pertimbangkan.

Untuk pertemuan yang berjaya, langkah pertama adalah anda hendaklah optimistik. Visualisasikan pada pemikiran anda bahawa pertemuan ini akan berjalan dengan luar biasa, tetapkan pendirian anda, TAK dalam tangan, Nak Blom tentu. Supaya anda nampak lebih profesional bila anda berkongsi peluang bisnes.  Dengan pendirian yang telah di tetapkan, tak kira walaupun prospek akan menyertai anda atau pun tidak, beri penerangan serba ringkas tapi padat, tunjukkan bukti kejayaan yang telah di perolehi, utk Score A programme, tunjukkan bukti yang ramai telah berjaya dengan Score A programme. Inilah gunanya buku testimoni. Ceritakan dengan semangat tentang bisnes atau marketing plan, tunjukkan betapa mudahnya utk balik modal.

Sekiranya anda telah ada rakan niaga yang cukup, bimbinglah mereka dan ceritakn bagaimana untuk menduplikasikan apa yang telah anda buat dan mengikut sistem yang di tetapkan untuk berjaya, perlu ada group meeting untuk memotivasikan ahli-ahli anda untuk mereka balik modal dan seterusnya menduplikasikan apa yang anda buat sekarang.

Jangan menganggap segala bengkel, pertemuan atau meeting kumpulan atau seminar-seminar khas(paling utama datang BOOM w/pun tiada prospek) yang di jalankan adalah satu bebanan kepada anda. Anggaplah ia sebagaimana kita makan sehari- hari, kita perlu makan untuk mengisi perut untuk hidup. bengkel, pertemuan atau meeting dengan leader atau atau BOOM dan seminar-seminar khas adalah makanan untuk JIWA dan FIKIRAN utk lebih semangat untuk mengejar kejayaan. Di dunia ini tiada pelaburan kejayaan yang paling murah dengan hasil terbesar selain pengembangan fikiran dan jiwa kita. Setiap kali di akhir majlis, sudah pasti leaders akan memanggil ahli yang telah berjaya untuk berkongsi kejayaan mereka. Mereka2 inilah yang akan menjadi sumber inspirasi kita utk kekal berjaya dan kekal bersemangat.

Khabar baik untuk anda, 90% kejayaan di tentukan oleh makanan untuk fikiran dan jiwa kita, perkongsian2 kejayaan yang kita dapati semasa meeting kumpulan ataupun seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh leaders. Jika terus menerus kita memberikan makanan yang berkhasiat untuk jiwa, kekuatan dalaman akan tumbuh menjadi lebih berperibadi dengan  karektor yang amat LUAR BIASA.. Jika itu yang terjadi, kejayaan tidak perlu anda cari, namun kejayaanlah yang bakal mengejar anda. HEBATTTTTTTT HEYYY!!!!

Apakah kesimpulan yang anda dapat dari post ini?

  1. Ikut lah sistem yang di sediakan.
  2. kena BELIEVE dan yakin terhadap produk dan Marketing Plan kita
  3. Penuhkan jiwa dan fikiran dengan santapan rohani yang cukup. Secukupnya. Bergaul dengan orang2 berjaya lebih berkesan.
  4. Sertai segala bengkel2, seminar dan juga meeting kumpulan yang di jalankan oleh leaders.
  5. Tawakal
  6. Berusaha dengan lebih gigih.
  7. DUPLIKASI
  8. RANGKAIAN AKAN BERKEMBANG MEKAR!!!

Go go for FINANCIAL FREEDOM…!!!

Di bwh ini di kongsikan Video mengenai bisnes MLM untuk santapan jiwa anda!!

Anak-anak belajar daripada ibu bapa

April 19, 2011 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Ibu Bapa

ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.

Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa.  Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.

Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak. Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.

Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah. Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan. Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya. Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.

Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.Baginda mengatakan: “Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Luang masa bersama anak

February 14, 2011 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Ibu Bapa

SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya.
Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.

Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. “Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain,” katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah.

“Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif.
“Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. “Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka,” katanya.
Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. “Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa,” katanya.

Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. “Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. “Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. “Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak,” katanya.

Keempat, korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. “Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. “Jika kita tiada kebolehan, cukup dengan sokongan moral kerana anak-anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara yang mereka lakukan,” katanya.
Katanya, anak-anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang terdaya.

Kelima korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. “Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari,” katanya.

***Artikel di atas di petik dari Harian Metro 14 Feb 2011

Ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan??

September 23, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi

Bismillahirrahmanirrahim…..

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

20 Tip Mendidik Anak Cemerlang

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Ibu Bapa

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.  Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca … ;)

Selamatmencuba !

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Kenapa HARUS Kaya?

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Network Marketing

Saya sebenarnya tertarik dengan tulisan Shuth mengenai sesetengah orang tidak kisah untuk tidak kaya, asalkan hidup mereka bahagia.Sesetengah orang gembira untuk hidup makan gaji dan itu sudah pastinya bukanlah satu kesalahan undang-undang.

Akan tetapi, izinkan saya untuk menaip sepatah-dua ilham dan daripada pengalaman saya sendiri mengenai perkara ini. Sebenarnya, sepanjang 22 tahun saya hidup, saya merasai sendiri perasaan hidup dalam keluarga yang bekerja makan gaji dan hidup dalam keluarga yang berniaga. Sudah pastinya, kegembiraan hidup dalam 2 situasi adalah berbeza. Jika diwaktu bapa saya bekerja sebagai akauntan dahulu, saya sudah merasa gembira dan saya merasakan, cukuplah dengan apa yang ada.Dalam kata lain, saya dan keluarga tetap gembira dan bahagia.

Tetapi, apabila bapa saya memulakan perniagaan serta terlibat dalam industri hartanah dan jualan langsung (MLM), dan bolehlah dikatakan kewangan bertambah-tambah kukuh – saya merasa lebih gembira. (Yalah, sebab saya dapat memandu kereta dan mendapat wang saku yang baik setiap bulan walaupun saya mempunyai perniagaan sendiri sekarang ini! ) Dan disini, semestinya faktor kewangan juga penting dalam proses membina kebahagiaan. Itu saya pasti dan saya akan pertahankan kenyataan ini.

Antara sebab utama kenapa antara orang yang bekerja makan gaji menganggap kehidupan mereka gembira dan selesa kerana mereka tidak hidup dalam 2 situasi. Jadi, dengan turun temurun keturunan keluarga hidup dengan makan gaji, mereka akan terus berada dalam 1 situasi selama-lamanya. Dan sudah tentu, ia sudah cukup bagi mereka. Ia sudah cukup membahagiakan. Bukanlah niat saya memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan, tetapi itulah yang saya alami. Saya merasai bagaimana kehidupan dalam keluarga yang makan gaji dan kehidupan dalam keluarga yang berniaga.

Saya akan beritahu, saya lebih gembira dengan hidup dalam keluarga yang berniaga seperti sekarang. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata saya, cubalah anda selidik latar belakang orang yang selalu mengucapkan kata-kata itu. Kebanyakan dari mereka atau dalam bahasa yang jujur, kesemua dari mereka hanya hidup dalam 1 situasi sahaja. Dalam pada itu sesetengah daripada mereka biasanya akan mengangap, biarlah tidak kaya kerana orang kaya ini selalunya terdiri daripada orang tidak jujur, orang yang menindas kehidupan orang lain, orang yang bongkak, orang yang menipu, orang yang hidupnya tidak bahagia.

“Lihatlah si A tu, biarpun dia kaya, tetapi keluarganya berpecah. Jadi, bersyukurlah keluarga aku bahagia walaupun aku tidak kaya”. Ini salah satu lagi tanggapan yang salah terhadap orang kaya. Pada, dasarnya, semua keluarga mempunyai masalah masing-masing. Dan apabila melihat terdapat keluarga kaya mempunyai masalah, sesetengah daripadanya terus menutup minda dan melihat kekayaan sebagai seekor syaitan.

Walhal ramai sahaja keluarga yang berpecah belah datang dari keluarga yang tidak kaya. Cuma, apabila ditonjolkan pecah belah terhadap keluarga yang kaya, maka kekayaan itu dirasakan seperti sebuah neraka. “Tengoklah keluarga yang sibuk dengan mencari duit semata-mata (berniaga), anak pula terbiar, tu tengok tu, seorang hisap dadah, seorang tu masuk jail kes pukul. Takde gunanya kita kaya kalau anak kita macam itu”. “Tu Paris Hilton tu, tulaa budak rosak disebabkan banyak sangat duit “.

Hey, ini satu lagi kesalahan dalam meletakkan situasi orang yang berniaga dan kaya. Perkara diatas bergantung bagaimana mereka membentuk keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan kekayaan. Contoh terbaik untuk situasi ini adalah Donald Trump, walaupun dirinya kaya tetapi anak-anak Donald Trump tidak hidup liar walaupun mereka tahu mereka datang daripada keluarga kaya. Donald Trump tahu mendidik anaknya dan kesemua anaknya kini adalah orang kanan penting dalam penyambung empayar Trump.Jadi ia tidak berkenaan kekayaan dan perniagaan. (Malah, saya sendiri juga mendapat 8A1 dalam SPM. Adik saya juga kesemua A1) (Ehm,ehm..jadi adakah ia berkait dengan kekayaan dan berniaga?)

P/S: Contoh terbaik untuk situasi ini adalah adik Lebanon (saya suka pangil lebanon itu lanun ). Dengar katanya datang dari keluarga berniaga, tetapi pelajaran tetap tip top. Perniagaan internet Lebanon pun sudah mula menampakkan hasil yang baik.

Jadi, adakah kekayaan itu merosakkan keluarga?

Baik, apa yang saya perhatikan, salah satu penyebab lagi menyebabkan orang tidak berminat dengan perniagaan adalah disebabkan pengaruh keluarga. Jika moyang, nenek, tokki, atok, ayah dan ibu dari golongan makan gaji, besar kemungkinan, anak mereka juga akan melihat, itulah kehidupan mereka kelak : belajar pandai-pandai dan bekerja dengan orang.

“They only see world in 1 side. And they will live with 1 side forever (betui ka ayat ni,haha)” . Sekali lagi, saya tidak memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan.Dan pastinya, tidak ramai yang pandai berniaga dan minat dengan perniagaan. Seperti kata Shuth, jika sudah orang gembira untuk bekerja makan gaji, teruskanlah.

Saya hanya memberikan pendapat sebagai salah seorang yang datang dari keluarga yang berniaga. Harapan saya, jangan tutup minda dan pemikiran ke arah kekayaan. Kekayaan memang tidak semestinya datang dari berniaga, tetapi, 90 peratusnya adalah pasti dari perniagaan.
—————————————————————————————————————————-

## Artikel ini dipetik dari laman. http://www.saifulsham.com.

—————————————————————————————————————————-

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

April 15, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar  kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak  perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai anak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;  “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pulaakan disayangi.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.“  Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.“  Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.

Lima perkara je!!

April 6, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

‘ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘ Surah Al-Baqarah

Renungan: Bagaimanakah Anda pada USIA Tua Anda ???

Semalam saya berbicara mengenai kekayaan dan perniagaan. Dan saya ingin menyambung satu lagi pos mengenai perkara ini. (Kita hold dulu pos perniagaan internet ok).Perkara ini sebenarnya antara proses terpenting dalam menaikkan motivasi anda sebagai pembaca setia kami. Ya, tepat sekali, motivasi untuk sekurang-kurangnya menanam minat ke arah perniagaan (bagi mereka yang masih keliru akan kepentingan untuk berniaga). Jika sebelum ini saya banyak menulis mengenai perniagaan internet, tetapi jujur saya melihat tidaklah ramai sebenarnya yang mengambil serius tips-tips saya.

Oleh itu, pos hari ini adalah pos untuk kita serius melihat perniagaan sebagai sumber pendapatan kita, bukanlah sebab kita terpaksa kerana tidak mendapat pekerjaan yang dikehendaki. Baik, begini ceritanya, pernahkah anda terfikir keadaan diri anda ketika berumur 60 tahun, 70 tahun, 80, 90 tahun atau 100 tahun?

Dikala ketika itu, saya jangkakan ada 6 kemungkinan akan terjadi kepada anda:

Pertama, anda akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.

Kedua, anda hidup dijaga anak-anak anda.

Ketiga, anda akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.

Keempat, anda akan hidup sebatang kara.

Kelima, anda akan hidup terlantar dihospital.

Keenam, anda sudahpun tiada didunia!

Saya pasti, setiap hari, anda sentiasa berdoa kepada tuhan bahawa anda akan dipanjangkan umur. Dalam doa itu terselit sebab anda untuk panjang umur adalah amal jariah tidak cukup,haha). Disebalik doa anda itu, pernahkah anda terfikir, jika dimakbulkan anda untuk hidup 100 tahun, apakah sumber pendapatan anda untuk hidup selama itu?

Untuk mengharapkan wang pencen bekerja makan gaji, saya kira tidak sampai 10 tahun selepas pencen sudah habis. (Itupun bernasib baik jika 10 tahun – dalam banyak kes, saya melihat tidak sampai 5 tahun pun sudah habis duit pencennya). Jadi, apakah anda akan mengharapkan sumbangan anak-anak anda? Atau pulangan pelaburan Swisscash anda,hoho – jangan marah? Atau sumbangan kerajaan? Atau sumbangan TV3 Bersamamu?

Dalam kebanyakan kes, jika anda berumur sepanjang itu, besar kemungkinan anda akan berada dalam situasi ketiga (rumah kebajikan) , keempat (sebatang kara), kelima (dibedah dihospital) dan keenam(sudah mati)! Itulah mimpi ngeri yang harus dihadapi untuk hidup selama itu. Salah satu sebab kebanyakan daripada kita selesa untuk tidak kaya disebabkan kita tidak dapat merasai keadaan kita dihari tua nanti.

Kita memang tahu kita akan tua, kita memang tahu kita mungkin diserang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi (kebanyakan penyakit dihadapi orang Malaysia), tetapi disebabkan kita tidak merasainya sekarang, kita tidak mengendahkannya. Kalau anda ingin merasai waktu tua hari ini, saya sarankan anda membuat latihan usia senja. Anda boleh membuat praktis berjalan bongkok selama 1 jam (lihatlah kesannya, saya takut anda terus bongkok, jadi saya tidak mahu bertanggungjawab ). Atau, anda boleh cuba menaiki kerusi roda kemana jua anda pergi. Saya pasti tidak sampai 10 minit, anda akan merasa bosan dan ingin melompat keluar dari kerusi roda itu.

(Tips saya: Sentiasa ingat iklan hari raya Petronas “Aku Ingin Pulang”. Walaupun iklan itu memaparkan kisah anak yang derhaka, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang tua. Penekanan disini bukanlah sikap derhaka anak itu, tetapi bagaimana susahnya apabila kita terus hidup dilewat usia nanti. Tetapi jangan pula anda membunuh diri disebabkan anda sudah dapat melihat diri anda diwaktu tua. Ia mungkin penyebab anda tidak masuk syurga )

Sebetulnya, kita memerlukan wang untuk terus hidup hingga ke akhir usia. Apabila anda memilih untuk makan gaji, anda harus sedar bahawa, anda akan hanya mempunyai pendapatan tetap sehinggalah anda pencen nanti. Selebih dari itu, anda hanya dapat bergantung terhadap pulangan simpanan, pelaburan (itupun jika ada), simpati anak-anak, simpati kerajaan.

Dan jika anda ingin memulakan perniagaan mahupun pelaburan selepas pencen, ia sebenarnya sudah terlalu lewat untuk anda. Diwaktu usia tua, anda seharusnya tidak mengambil risiko untuk kehilangan wang jika perniagaan anda rugi mahupun pelaburan yang salah. Jika rugi, bertambah buruk hari tua anda.

Jadi, sekali lagi pos hari ini menambah baik pos semalam. Mengapa anda perlu kaya dan mengapa anda perlu belajar untuk berminat dengan perniagaan di awal usia yang mungkin. Dan semestinya saya faham, tiada paksaan untuk anda meminati perniagaan. Tiada paksaan untuk anda menjadi kaya. Saya sudah lebih dari gembira jika anda dapat membaca pos kali ini dengan hati terbuka. Kesimpulan pos kali ini, jika anda ingin tahu sebab saya menyuruh anda kaya, sila berimaginasi anda dihari tua.

## Artikel ini dipetik dari laman, http://www.saifulsham.com/.

Next Page »