7 kaedah mendidik anak cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah

July 22, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

20 Tip Mendidik Anak Cemerlang

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Ibu Bapa

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.  Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca … ;)

Selamatmencuba !

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Kenapa HARUS Kaya?

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Network Marketing

Saya sebenarnya tertarik dengan tulisan Shuth mengenai sesetengah orang tidak kisah untuk tidak kaya, asalkan hidup mereka bahagia.Sesetengah orang gembira untuk hidup makan gaji dan itu sudah pastinya bukanlah satu kesalahan undang-undang.

Akan tetapi, izinkan saya untuk menaip sepatah-dua ilham dan daripada pengalaman saya sendiri mengenai perkara ini. Sebenarnya, sepanjang 22 tahun saya hidup, saya merasai sendiri perasaan hidup dalam keluarga yang bekerja makan gaji dan hidup dalam keluarga yang berniaga. Sudah pastinya, kegembiraan hidup dalam 2 situasi adalah berbeza. Jika diwaktu bapa saya bekerja sebagai akauntan dahulu, saya sudah merasa gembira dan saya merasakan, cukuplah dengan apa yang ada.Dalam kata lain, saya dan keluarga tetap gembira dan bahagia.

Tetapi, apabila bapa saya memulakan perniagaan serta terlibat dalam industri hartanah dan jualan langsung (MLM), dan bolehlah dikatakan kewangan bertambah-tambah kukuh – saya merasa lebih gembira. (Yalah, sebab saya dapat memandu kereta dan mendapat wang saku yang baik setiap bulan walaupun saya mempunyai perniagaan sendiri sekarang ini! ) Dan disini, semestinya faktor kewangan juga penting dalam proses membina kebahagiaan. Itu saya pasti dan saya akan pertahankan kenyataan ini.

Antara sebab utama kenapa antara orang yang bekerja makan gaji menganggap kehidupan mereka gembira dan selesa kerana mereka tidak hidup dalam 2 situasi. Jadi, dengan turun temurun keturunan keluarga hidup dengan makan gaji, mereka akan terus berada dalam 1 situasi selama-lamanya. Dan sudah tentu, ia sudah cukup bagi mereka. Ia sudah cukup membahagiakan. Bukanlah niat saya memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan, tetapi itulah yang saya alami. Saya merasai bagaimana kehidupan dalam keluarga yang makan gaji dan kehidupan dalam keluarga yang berniaga.

Saya akan beritahu, saya lebih gembira dengan hidup dalam keluarga yang berniaga seperti sekarang. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata saya, cubalah anda selidik latar belakang orang yang selalu mengucapkan kata-kata itu. Kebanyakan dari mereka atau dalam bahasa yang jujur, kesemua dari mereka hanya hidup dalam 1 situasi sahaja. Dalam pada itu sesetengah daripada mereka biasanya akan mengangap, biarlah tidak kaya kerana orang kaya ini selalunya terdiri daripada orang tidak jujur, orang yang menindas kehidupan orang lain, orang yang bongkak, orang yang menipu, orang yang hidupnya tidak bahagia.

“Lihatlah si A tu, biarpun dia kaya, tetapi keluarganya berpecah. Jadi, bersyukurlah keluarga aku bahagia walaupun aku tidak kaya”. Ini salah satu lagi tanggapan yang salah terhadap orang kaya. Pada, dasarnya, semua keluarga mempunyai masalah masing-masing. Dan apabila melihat terdapat keluarga kaya mempunyai masalah, sesetengah daripadanya terus menutup minda dan melihat kekayaan sebagai seekor syaitan.

Walhal ramai sahaja keluarga yang berpecah belah datang dari keluarga yang tidak kaya. Cuma, apabila ditonjolkan pecah belah terhadap keluarga yang kaya, maka kekayaan itu dirasakan seperti sebuah neraka. “Tengoklah keluarga yang sibuk dengan mencari duit semata-mata (berniaga), anak pula terbiar, tu tengok tu, seorang hisap dadah, seorang tu masuk jail kes pukul. Takde gunanya kita kaya kalau anak kita macam itu”. “Tu Paris Hilton tu, tulaa budak rosak disebabkan banyak sangat duit “.

Hey, ini satu lagi kesalahan dalam meletakkan situasi orang yang berniaga dan kaya. Perkara diatas bergantung bagaimana mereka membentuk keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan kekayaan. Contoh terbaik untuk situasi ini adalah Donald Trump, walaupun dirinya kaya tetapi anak-anak Donald Trump tidak hidup liar walaupun mereka tahu mereka datang daripada keluarga kaya. Donald Trump tahu mendidik anaknya dan kesemua anaknya kini adalah orang kanan penting dalam penyambung empayar Trump.Jadi ia tidak berkenaan kekayaan dan perniagaan. (Malah, saya sendiri juga mendapat 8A1 dalam SPM. Adik saya juga kesemua A1) (Ehm,ehm..jadi adakah ia berkait dengan kekayaan dan berniaga?)

P/S: Contoh terbaik untuk situasi ini adalah adik Lebanon (saya suka pangil lebanon itu lanun ). Dengar katanya datang dari keluarga berniaga, tetapi pelajaran tetap tip top. Perniagaan internet Lebanon pun sudah mula menampakkan hasil yang baik.

Jadi, adakah kekayaan itu merosakkan keluarga?

Baik, apa yang saya perhatikan, salah satu penyebab lagi menyebabkan orang tidak berminat dengan perniagaan adalah disebabkan pengaruh keluarga. Jika moyang, nenek, tokki, atok, ayah dan ibu dari golongan makan gaji, besar kemungkinan, anak mereka juga akan melihat, itulah kehidupan mereka kelak : belajar pandai-pandai dan bekerja dengan orang.

“They only see world in 1 side. And they will live with 1 side forever (betui ka ayat ni,haha)” . Sekali lagi, saya tidak memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan.Dan pastinya, tidak ramai yang pandai berniaga dan minat dengan perniagaan. Seperti kata Shuth, jika sudah orang gembira untuk bekerja makan gaji, teruskanlah.

Saya hanya memberikan pendapat sebagai salah seorang yang datang dari keluarga yang berniaga. Harapan saya, jangan tutup minda dan pemikiran ke arah kekayaan. Kekayaan memang tidak semestinya datang dari berniaga, tetapi, 90 peratusnya adalah pasti dari perniagaan.
—————————————————————————————————————————-

## Artikel ini dipetik dari laman. http://www.saifulsham.com.

—————————————————————————————————————————-

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

April 29, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini

# Artikel ini amat menarik dan saya petik dari newsletter yg masuk ke emel saya yang di kirimkan oleh Mr. Zamri Nanyan.

Jom Layan!!!!

Berikut ialah satu artikel yang saya tulis selepas membaca suratkhabar The Star mengenai persaraan. ArtikelThe Star tersebut boleh juga dibaca di http://zamrinanyan.com/success/2007/05/28/do-you-have-financial-security

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda? oleh Zamri Nanyan. Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini. Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan. Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.

Pada pendapat peribadi, saya tidak bersetuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara. Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu. Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan. Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat,Jim Rohn, berkata “bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain”. Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.

Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat. Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.

1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.

2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.

Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telahberjaya. Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.

================================================

Mengenai PenulisZamri Nanyan adalah penulis buku “The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success” dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Lawati laman web beliau http://www.lifebeyonddreams.comhttp://www.rahsiamlm.com/dan untuk mendekati beliau dengan lebih rapat

.================================================

Apakah komen anda mengenai e-mel ini? Sila luahkannya di http://rahsiamlm.com/rahsia/?p=32

================================================

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

April 15, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar  kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak  perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai anak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;  “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pulaakan disayangi.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.“  Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.“  Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.

Lima perkara je!!

April 6, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

‘ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘ Surah Al-Baqarah

Renungan: Bagaimanakah Anda pada USIA Tua Anda ???

Semalam saya berbicara mengenai kekayaan dan perniagaan. Dan saya ingin menyambung satu lagi pos mengenai perkara ini. (Kita hold dulu pos perniagaan internet ok).Perkara ini sebenarnya antara proses terpenting dalam menaikkan motivasi anda sebagai pembaca setia kami. Ya, tepat sekali, motivasi untuk sekurang-kurangnya menanam minat ke arah perniagaan (bagi mereka yang masih keliru akan kepentingan untuk berniaga). Jika sebelum ini saya banyak menulis mengenai perniagaan internet, tetapi jujur saya melihat tidaklah ramai sebenarnya yang mengambil serius tips-tips saya.

Oleh itu, pos hari ini adalah pos untuk kita serius melihat perniagaan sebagai sumber pendapatan kita, bukanlah sebab kita terpaksa kerana tidak mendapat pekerjaan yang dikehendaki. Baik, begini ceritanya, pernahkah anda terfikir keadaan diri anda ketika berumur 60 tahun, 70 tahun, 80, 90 tahun atau 100 tahun?

Dikala ketika itu, saya jangkakan ada 6 kemungkinan akan terjadi kepada anda:

Pertama, anda akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.

Kedua, anda hidup dijaga anak-anak anda.

Ketiga, anda akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.

Keempat, anda akan hidup sebatang kara.

Kelima, anda akan hidup terlantar dihospital.

Keenam, anda sudahpun tiada didunia!

Saya pasti, setiap hari, anda sentiasa berdoa kepada tuhan bahawa anda akan dipanjangkan umur. Dalam doa itu terselit sebab anda untuk panjang umur adalah amal jariah tidak cukup,haha). Disebalik doa anda itu, pernahkah anda terfikir, jika dimakbulkan anda untuk hidup 100 tahun, apakah sumber pendapatan anda untuk hidup selama itu?

Untuk mengharapkan wang pencen bekerja makan gaji, saya kira tidak sampai 10 tahun selepas pencen sudah habis. (Itupun bernasib baik jika 10 tahun – dalam banyak kes, saya melihat tidak sampai 5 tahun pun sudah habis duit pencennya). Jadi, apakah anda akan mengharapkan sumbangan anak-anak anda? Atau pulangan pelaburan Swisscash anda,hoho – jangan marah? Atau sumbangan kerajaan? Atau sumbangan TV3 Bersamamu?

Dalam kebanyakan kes, jika anda berumur sepanjang itu, besar kemungkinan anda akan berada dalam situasi ketiga (rumah kebajikan) , keempat (sebatang kara), kelima (dibedah dihospital) dan keenam(sudah mati)! Itulah mimpi ngeri yang harus dihadapi untuk hidup selama itu. Salah satu sebab kebanyakan daripada kita selesa untuk tidak kaya disebabkan kita tidak dapat merasai keadaan kita dihari tua nanti.

Kita memang tahu kita akan tua, kita memang tahu kita mungkin diserang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi (kebanyakan penyakit dihadapi orang Malaysia), tetapi disebabkan kita tidak merasainya sekarang, kita tidak mengendahkannya. Kalau anda ingin merasai waktu tua hari ini, saya sarankan anda membuat latihan usia senja. Anda boleh membuat praktis berjalan bongkok selama 1 jam (lihatlah kesannya, saya takut anda terus bongkok, jadi saya tidak mahu bertanggungjawab ). Atau, anda boleh cuba menaiki kerusi roda kemana jua anda pergi. Saya pasti tidak sampai 10 minit, anda akan merasa bosan dan ingin melompat keluar dari kerusi roda itu.

(Tips saya: Sentiasa ingat iklan hari raya Petronas “Aku Ingin Pulang”. Walaupun iklan itu memaparkan kisah anak yang derhaka, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang tua. Penekanan disini bukanlah sikap derhaka anak itu, tetapi bagaimana susahnya apabila kita terus hidup dilewat usia nanti. Tetapi jangan pula anda membunuh diri disebabkan anda sudah dapat melihat diri anda diwaktu tua. Ia mungkin penyebab anda tidak masuk syurga )

Sebetulnya, kita memerlukan wang untuk terus hidup hingga ke akhir usia. Apabila anda memilih untuk makan gaji, anda harus sedar bahawa, anda akan hanya mempunyai pendapatan tetap sehinggalah anda pencen nanti. Selebih dari itu, anda hanya dapat bergantung terhadap pulangan simpanan, pelaburan (itupun jika ada), simpati anak-anak, simpati kerajaan.

Dan jika anda ingin memulakan perniagaan mahupun pelaburan selepas pencen, ia sebenarnya sudah terlalu lewat untuk anda. Diwaktu usia tua, anda seharusnya tidak mengambil risiko untuk kehilangan wang jika perniagaan anda rugi mahupun pelaburan yang salah. Jika rugi, bertambah buruk hari tua anda.

Jadi, sekali lagi pos hari ini menambah baik pos semalam. Mengapa anda perlu kaya dan mengapa anda perlu belajar untuk berminat dengan perniagaan di awal usia yang mungkin. Dan semestinya saya faham, tiada paksaan untuk anda meminati perniagaan. Tiada paksaan untuk anda menjadi kaya. Saya sudah lebih dari gembira jika anda dapat membaca pos kali ini dengan hati terbuka. Kesimpulan pos kali ini, jika anda ingin tahu sebab saya menyuruh anda kaya, sila berimaginasi anda dihari tua.

## Artikel ini dipetik dari laman, http://www.saifulsham.com/.

e-Learning! Sudahkah anak kita bersedia?

March 5, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Tips Ibu Bapa

Di Malaysia, kehadiran e-learning masih lagi baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat khasnya di US, di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran secara jarak jauh dan online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama dengan Universiti-universiti luar negara.

Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh). UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bachelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati daripada Internet serta kuliah secara online. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh dari universiti. Dalam erti kata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal dan online jarak jauh seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

Belajar secara online merupakan kaedah pembelajaran anak-anak masa kini. Sebagai ibubapa kita seharusnya peka akan perubahan ini. Mesti ramai yang pernah dengar dan tahu dengan pepatah ini, “Didiklah Anak Mu Mengikut Zaman Mereka”. Sekarang zaman ICT. Anak anda perlu e-Learning.

  • Era satu anak satu komputer
  • Anak membuat projek sekolah menggunakan komputer
  • 90% graduan mempunyai ‘Laptop/desktop’ sendiri
  • Komputer telah menjadi satu peralatan wajib.

Adakah salah anak-anak jika kita sebagai ibubapa tidak dapat menyediakan kemudahan untuk mereka belajar? Jika kita tidak sedar atau sengaja tidak endahkan perkara ini, anak kita yang akan menjadi mangsa. Jangan salahkan mereka jika mereka tertinggal pelajaran kerana tidak cukup kelengkapan.

Bukan nak kata buku tu tak bagus, memang bagus.. Kalau tak, macam mana kita boleh berjaya seperti hari ini. Tapi itu zaman kita.. Zaman kita zaman buku.. Nak tak nak buku lah yang menjadi kelengkapan asas kita untuk belajar. Era Buku akan berlalu:

  • E-Book membanjiri pasaran
  • Dunia digital mula menjelma
  • Internet menjadi gedung Ilmu terbesar
  • Ilmu hanya dihujung jari

Cuba anda lihat di sekeliling anda sekarang, adakah anak-anak zaman sekarang ni suka membaca buku? Tidak ramai bukan? Mereka lebih suka bermain dengan komputer. Justeru itu, pihak syarikat kami telah membangunkan satu program khas untuk mengatasi masalah ini. Score A Programme, satu kaedah pembelajaran output secara online menggunakan komputer untuk menarik minat para pelajar membuat latih tubi sebagai persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan sebenar.

Ciri-ciri Unik yang ada pada program ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar masa kini. Ibubapa yang sentiasa sibuk dengan kerja juga mampu memantau prestasi pelajaran anak mereka melalui program ini. Program yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ini terbukti berkesan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan A dalam peperiksaan. 90% pengguna Score A telah ‘Score A’ dalam peperiksaan mereka. Menjelang Dasar Pendidikan Kebangsaan 2010, Score A Programme Bakal menyenaraikan anak anda di dalam senarai 100 PELAJAR CEMERLANG DI SELURUH MALAYSIA!!!

Program ini sudah terbukti berkesan. Ramai ibubapa dan para pelajar memberi komen positif tentang program ini dan ramai juga yang mengajukan pelbagai soalan. Antaranya:

1.Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme?

Score A Programme telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

2.Adakah Score A Programme akan membebankan anak saya?

Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dengan itu tidak akan membebankan anak anda dan tidak memerlukan buku yang banyak, hanya perlukan komputer dan internet sahaja untuk belajar.

3.Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

4.Apakah Pembelajaran Input?

Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.

5.Bagaimana Score A Programme dapat membantu kejayaan pelajar?

Terdapat 3 perkara penting bagi membantu kejayaan pelajar dan 3 perkara ini terdapat dalam Score A Programme.

  • INPUT LEARNING

Selain daripada pembelajaran di sekolah, Score A Programme mempunyai eNotes dan eDictionary (sebagai bahan rujukan pantas)

  • OUTPUT LEARNING

eTopic dan eAssessment (Berkonsepkan latih tubi dan Games), eTrial Exam dan ePast Year Exam (seolah-olah menghadapi pepriksaan sebenar)

  • PEMANTAUAN

eReport Card (membolehkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak lebih awal sebelum menduduki peperiksaan sebenar)

Rahsia Membaca dengan Berkesan

March 4, 2010 by admin  
Filed under Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar

Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.

Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.

Langkah 1:

  1. Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.
  2. Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.

Langkah 2:

  1. Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.
  2. Arahkannya ke bawah.
  3. Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.

Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.

  1. Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.
  2. Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.
  3. Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.
  4. Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.
  5. Soal diri sendiri semasa membaca.

Contoh soalan:

  • Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?
  • Apakah hubungkait topik-topik ini?
  • Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?
  • Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.
  • Baca secara perlahan dalam hati.
  • Baca secara lisan.
  • Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.

Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.

Selamat Mencuba, Selamat berjaya!!!

Pemikiran luar biasa

March 2, 2010 by admin  
Filed under Motivasi, Tips Network Marketing

Dunia penuh persepsi, sangka-sangka. Manusia menilai sesuatu secara abstraks mengikut keupayaan minda dan pengalaman yang biasa dilalui. Terdapat satu perbandingan @ kiasan secara majaz yang dibuat oleh tuan guru mengenai perkara ini. Ketika nabi dijemput Allah ke langit untuk menerima perintah solat fardhu, dan sebagai mengembirakan baginda setelah menghadapi tahun kesedihan (‘aam al-huzni), ramai orang yang tidak percaya dengannya. Kiasan tuan guru, beginilah…”Kita tengok cerita semut. Suatu hari seekor semut masuk dalam poket baju kot seorang ahli korporat. Ahli korporat itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Tatkala pergi ke KL itu, ia berada di dalam poket itu, menaiki kapal terbang, dan melihat serta mendengar suasana riuh di bandar. Apabila pulang semula ahli korporat itu ke rumahnya, maka semut tadi keluar dan bertemu kawan-kawannya yang lain. Lalu semut ini dengan penuh takjub dan berbesar hati pula menceritakan pengalamannya berjalan ke KL dan menaiki kapal terbang. Dia menceritakan dimensi dunia yang luas dari pandangan angkasa, dan menceritakan juga kesibukan kota yang tidak dapat dibayang sama sekali oleh rakan-rakannya. Maka tiba-tiba ada sekumpulan semut-semut yang dengki lantas memperkecil-kecilkan ceritanya. Kata mereka ia berbohong!”

Sebagai manusia kita selalunya berfikir dalam ruang dan skop yang tersedia di hadapan kita. Jarang sekali orang berfikir di luar kemampuan fakir yang biasa-biasa atau dikatakan sebagai ‘think out of the box’. Dalam hal ini, Prof. Dato’ Dzulkifli mengulas pemikirannya berkenaan pemikiran di luar kebiasaan seperti yang tercatat dalam News Sunday Time bulan lepas. Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau tentang langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menarik pelancong. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk menganjur Pertandingan Kapal Layar Dunia pada musim tengkujuh di Pulau Duyung. Hal ini memang amat luar biasa dan ajaib! Dan katanya inilah dia dimensi baru yang lebih berani untuk diketengahkan kerana masih belum dianjurkan. Walhal semua orang tahu, bahawa lazimnya kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi. Sebagai seorang pelajar, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pemikiran luar biasa hebat. Aktiviti sampingan pelajar di samping belajar adalah mencari wang sampingan. Orang yang kaya dan berada dengan stail kayanya manakala yang sederhana dengan cara yang sederhananya.

Bagaimana kehidupan pelajar di universiti yang kreatif itu? Seorang pelajar Sains Komputer UM menjadi agen unit amanah saham dan berjaya menjual (accumulate sale) sehingga RM5 juta. Dia telah berjaya memegang kunci Merc. Benz mata belalang dan bergaya dengannya. Terdapat juga mereka yang menjadi agen jualan langsung sehingga mempunyai puluhan orang bawah dan mendapat bonus bulanan sehingga RM30000. Ada juga yang menjual nasi lemak, roti john, makanan ringan dan mendapat keuntungan yang tidak seberapa. Bagi mereka yang berkereta pula, mereka lebih suka menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bagi yang suka menjual pakaian, mereka mencari pembekal yang boleh membuat reka cetak baju yang dikehendaki. Bagi mereka yang malas untuk mempromosi, mereka lebih guna menjalankan perniagaan secara maya, menggunakan kecanggihan internet seperti di lelong.com. Lihat jualan terkini saya. Apa pun bidang dan bentuk ‘perniagaan’ kecil-kecilan yang dibuat, ia menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri seseorang. Hanya kreatitiviti dan usaha untuk mempromosi produk dan berhadapan dengan pelanggan menjadi kunci kejayaan aktiviti ‘perniagaan’nya.

Apa pun yang dibuat sama ada untuk kepuasan sendiri atau sebaliknya, semuanya harus bijak dan pandai membahagikan masa. Jangan kerana aktiviti sampingan, kita mengabaikan tanggungjawab utama.

Next Page »