20 Tip Mendidik Anak Cemerlang

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Ibu Bapa

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.  Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca … ;)

Selamatmencuba !

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Kenapa HARUS Kaya?

June 10, 2010 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi, Tips Network Marketing

Saya sebenarnya tertarik dengan tulisan Shuth mengenai sesetengah orang tidak kisah untuk tidak kaya, asalkan hidup mereka bahagia.Sesetengah orang gembira untuk hidup makan gaji dan itu sudah pastinya bukanlah satu kesalahan undang-undang.

Akan tetapi, izinkan saya untuk menaip sepatah-dua ilham dan daripada pengalaman saya sendiri mengenai perkara ini. Sebenarnya, sepanjang 22 tahun saya hidup, saya merasai sendiri perasaan hidup dalam keluarga yang bekerja makan gaji dan hidup dalam keluarga yang berniaga. Sudah pastinya, kegembiraan hidup dalam 2 situasi adalah berbeza. Jika diwaktu bapa saya bekerja sebagai akauntan dahulu, saya sudah merasa gembira dan saya merasakan, cukuplah dengan apa yang ada.Dalam kata lain, saya dan keluarga tetap gembira dan bahagia.

Tetapi, apabila bapa saya memulakan perniagaan serta terlibat dalam industri hartanah dan jualan langsung (MLM), dan bolehlah dikatakan kewangan bertambah-tambah kukuh – saya merasa lebih gembira. (Yalah, sebab saya dapat memandu kereta dan mendapat wang saku yang baik setiap bulan walaupun saya mempunyai perniagaan sendiri sekarang ini! ) Dan disini, semestinya faktor kewangan juga penting dalam proses membina kebahagiaan. Itu saya pasti dan saya akan pertahankan kenyataan ini.

Antara sebab utama kenapa antara orang yang bekerja makan gaji menganggap kehidupan mereka gembira dan selesa kerana mereka tidak hidup dalam 2 situasi. Jadi, dengan turun temurun keturunan keluarga hidup dengan makan gaji, mereka akan terus berada dalam 1 situasi selama-lamanya. Dan sudah tentu, ia sudah cukup bagi mereka. Ia sudah cukup membahagiakan. Bukanlah niat saya memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan, tetapi itulah yang saya alami. Saya merasai bagaimana kehidupan dalam keluarga yang makan gaji dan kehidupan dalam keluarga yang berniaga.

Saya akan beritahu, saya lebih gembira dengan hidup dalam keluarga yang berniaga seperti sekarang. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata saya, cubalah anda selidik latar belakang orang yang selalu mengucapkan kata-kata itu. Kebanyakan dari mereka atau dalam bahasa yang jujur, kesemua dari mereka hanya hidup dalam 1 situasi sahaja. Dalam pada itu sesetengah daripada mereka biasanya akan mengangap, biarlah tidak kaya kerana orang kaya ini selalunya terdiri daripada orang tidak jujur, orang yang menindas kehidupan orang lain, orang yang bongkak, orang yang menipu, orang yang hidupnya tidak bahagia.

“Lihatlah si A tu, biarpun dia kaya, tetapi keluarganya berpecah. Jadi, bersyukurlah keluarga aku bahagia walaupun aku tidak kaya”. Ini salah satu lagi tanggapan yang salah terhadap orang kaya. Pada, dasarnya, semua keluarga mempunyai masalah masing-masing. Dan apabila melihat terdapat keluarga kaya mempunyai masalah, sesetengah daripadanya terus menutup minda dan melihat kekayaan sebagai seekor syaitan.

Walhal ramai sahaja keluarga yang berpecah belah datang dari keluarga yang tidak kaya. Cuma, apabila ditonjolkan pecah belah terhadap keluarga yang kaya, maka kekayaan itu dirasakan seperti sebuah neraka. “Tengoklah keluarga yang sibuk dengan mencari duit semata-mata (berniaga), anak pula terbiar, tu tengok tu, seorang hisap dadah, seorang tu masuk jail kes pukul. Takde gunanya kita kaya kalau anak kita macam itu”. “Tu Paris Hilton tu, tulaa budak rosak disebabkan banyak sangat duit “.

Hey, ini satu lagi kesalahan dalam meletakkan situasi orang yang berniaga dan kaya. Perkara diatas bergantung bagaimana mereka membentuk keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan kekayaan. Contoh terbaik untuk situasi ini adalah Donald Trump, walaupun dirinya kaya tetapi anak-anak Donald Trump tidak hidup liar walaupun mereka tahu mereka datang daripada keluarga kaya. Donald Trump tahu mendidik anaknya dan kesemua anaknya kini adalah orang kanan penting dalam penyambung empayar Trump.Jadi ia tidak berkenaan kekayaan dan perniagaan. (Malah, saya sendiri juga mendapat 8A1 dalam SPM. Adik saya juga kesemua A1) (Ehm,ehm..jadi adakah ia berkait dengan kekayaan dan berniaga?)

P/S: Contoh terbaik untuk situasi ini adalah adik Lebanon (saya suka pangil lebanon itu lanun ). Dengar katanya datang dari keluarga berniaga, tetapi pelajaran tetap tip top. Perniagaan internet Lebanon pun sudah mula menampakkan hasil yang baik.

Jadi, adakah kekayaan itu merosakkan keluarga?

Baik, apa yang saya perhatikan, salah satu penyebab lagi menyebabkan orang tidak berminat dengan perniagaan adalah disebabkan pengaruh keluarga. Jika moyang, nenek, tokki, atok, ayah dan ibu dari golongan makan gaji, besar kemungkinan, anak mereka juga akan melihat, itulah kehidupan mereka kelak : belajar pandai-pandai dan bekerja dengan orang.

“They only see world in 1 side. And they will live with 1 side forever (betui ka ayat ni,haha)” . Sekali lagi, saya tidak memaksa sesiapa untuk memulakan perniagaan.Dan pastinya, tidak ramai yang pandai berniaga dan minat dengan perniagaan. Seperti kata Shuth, jika sudah orang gembira untuk bekerja makan gaji, teruskanlah.

Saya hanya memberikan pendapat sebagai salah seorang yang datang dari keluarga yang berniaga. Harapan saya, jangan tutup minda dan pemikiran ke arah kekayaan. Kekayaan memang tidak semestinya datang dari berniaga, tetapi, 90 peratusnya adalah pasti dari perniagaan.
—————————————————————————————————————————-

## Artikel ini dipetik dari laman. http://www.saifulsham.com.

—————————————————————————————————————————-