Renungan: Bagaimanakah Anda pada USIA Tua Anda ???
March 17, 2010 by admin
Filed under Motivasi, Tips Ibu Bapa, Tips Network Marketing
Semalam saya berbicara mengenai kekayaan dan perniagaan. Dan saya ingin menyambung satu lagi pos mengenai perkara ini. (Kita hold dulu pos perniagaan internet ok).Perkara ini sebenarnya antara proses terpenting dalam menaikkan motivasi anda sebagai pembaca setia kami. Ya, tepat sekali, motivasi untuk sekurang-kurangnya menanam minat ke arah perniagaan (bagi mereka yang masih keliru akan kepentingan untuk berniaga). Jika sebelum ini saya banyak menulis mengenai perniagaan internet, tetapi jujur saya melihat tidaklah ramai sebenarnya yang mengambil serius tips-tips saya.
Oleh itu, pos hari ini adalah pos untuk kita serius melihat perniagaan sebagai sumber pendapatan kita, bukanlah sebab kita terpaksa kerana tidak mendapat pekerjaan yang dikehendaki. Baik, begini ceritanya, pernahkah anda terfikir keadaan diri anda ketika berumur 60 tahun, 70 tahun, 80, 90 tahun atau 100 tahun?
Dikala ketika itu, saya jangkakan ada 6 kemungkinan akan terjadi kepada anda:
Pertama, anda akan hidup dengan dijaga oleh pembantu perubatan peribadi.
Kedua, anda hidup dijaga anak-anak anda.
Ketiga, anda akan hidup di rumah kebajikan orang-orang tua.
Keempat, anda akan hidup sebatang kara.
Kelima, anda akan hidup terlantar dihospital.
Keenam, anda sudahpun tiada didunia!
Saya pasti, setiap hari, anda sentiasa berdoa kepada tuhan bahawa anda akan dipanjangkan umur. Dalam doa itu terselit sebab anda untuk panjang umur adalah amal jariah tidak cukup,haha). Disebalik doa anda itu, pernahkah anda terfikir, jika dimakbulkan anda untuk hidup 100 tahun, apakah sumber pendapatan anda untuk hidup selama itu?
Untuk mengharapkan wang pencen bekerja makan gaji, saya kira tidak sampai 10 tahun selepas pencen sudah habis. (Itupun bernasib baik jika 10 tahun – dalam banyak kes, saya melihat tidak sampai 5 tahun pun sudah habis duit pencennya). Jadi, apakah anda akan mengharapkan sumbangan anak-anak anda? Atau pulangan pelaburan Swisscash anda,hoho – jangan marah? Atau sumbangan kerajaan? Atau sumbangan TV3 Bersamamu?
Dalam kebanyakan kes, jika anda berumur sepanjang itu, besar kemungkinan anda akan berada dalam situasi ketiga (rumah kebajikan) , keempat (sebatang kara), kelima (dibedah dihospital) dan keenam(sudah mati)! Itulah mimpi ngeri yang harus dihadapi untuk hidup selama itu. Salah satu sebab kebanyakan daripada kita selesa untuk tidak kaya disebabkan kita tidak dapat merasai keadaan kita dihari tua nanti.
Kita memang tahu kita akan tua, kita memang tahu kita mungkin diserang penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi (kebanyakan penyakit dihadapi orang Malaysia), tetapi disebabkan kita tidak merasainya sekarang, kita tidak mengendahkannya. Kalau anda ingin merasai waktu tua hari ini, saya sarankan anda membuat latihan usia senja. Anda boleh membuat praktis berjalan bongkok selama 1 jam (lihatlah kesannya, saya takut anda terus bongkok, jadi saya tidak mahu bertanggungjawab ). Atau, anda boleh cuba menaiki kerusi roda kemana jua anda pergi. Saya pasti tidak sampai 10 minit, anda akan merasa bosan dan ingin melompat keluar dari kerusi roda itu.
(Tips saya: Sentiasa ingat iklan hari raya Petronas “Aku Ingin Pulang”. Walaupun iklan itu memaparkan kisah anak yang derhaka, tetapi itulah hakikatnya menjadi orang tua. Penekanan disini bukanlah sikap derhaka anak itu, tetapi bagaimana susahnya apabila kita terus hidup dilewat usia nanti. Tetapi jangan pula anda membunuh diri disebabkan anda sudah dapat melihat diri anda diwaktu tua. Ia mungkin penyebab anda tidak masuk syurga )
Sebetulnya, kita memerlukan wang untuk terus hidup hingga ke akhir usia. Apabila anda memilih untuk makan gaji, anda harus sedar bahawa, anda akan hanya mempunyai pendapatan tetap sehinggalah anda pencen nanti. Selebih dari itu, anda hanya dapat bergantung terhadap pulangan simpanan, pelaburan (itupun jika ada), simpati anak-anak, simpati kerajaan.
Dan jika anda ingin memulakan perniagaan mahupun pelaburan selepas pencen, ia sebenarnya sudah terlalu lewat untuk anda. Diwaktu usia tua, anda seharusnya tidak mengambil risiko untuk kehilangan wang jika perniagaan anda rugi mahupun pelaburan yang salah. Jika rugi, bertambah buruk hari tua anda.
Jadi, sekali lagi pos hari ini menambah baik pos semalam. Mengapa anda perlu kaya dan mengapa anda perlu belajar untuk berminat dengan perniagaan di awal usia yang mungkin. Dan semestinya saya faham, tiada paksaan untuk anda meminati perniagaan. Tiada paksaan untuk anda menjadi kaya. Saya sudah lebih dari gembira jika anda dapat membaca pos kali ini dengan hati terbuka. Kesimpulan pos kali ini, jika anda ingin tahu sebab saya menyuruh anda kaya, sila berimaginasi anda dihari tua.
## Artikel ini dipetik dari laman, http://www.saifulsham.com/.
e-Learning! Sudahkah anak kita bersedia?
March 5, 2010 by admin
Filed under Berita Terkini, Tips Ibu Bapa
Di Malaysia, kehadiran e-learning masih lagi baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat khasnya di US, di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran secara jarak jauh dan online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama dengan Universiti-universiti luar negara.
Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh). UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bachelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati daripada Internet serta kuliah secara online. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh dari universiti. Dalam erti kata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.
Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal dan online jarak jauh seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.
Belajar secara online merupakan kaedah pembelajaran anak-anak masa kini. Sebagai ibubapa kita seharusnya peka akan perubahan ini. Mesti ramai yang pernah dengar dan tahu dengan pepatah ini, “Didiklah Anak Mu Mengikut Zaman Mereka”. Sekarang zaman ICT. Anak anda perlu e-Learning.
- Era satu anak satu komputer
- Anak membuat projek sekolah menggunakan komputer
- 90% graduan mempunyai ‘Laptop/desktop’ sendiri
- Komputer telah menjadi satu peralatan wajib.
Adakah salah anak-anak jika kita sebagai ibubapa tidak dapat menyediakan kemudahan untuk mereka belajar? Jika kita tidak sedar atau sengaja tidak endahkan perkara ini, anak kita yang akan menjadi mangsa. Jangan salahkan mereka jika mereka tertinggal pelajaran kerana tidak cukup kelengkapan.
Bukan nak kata buku tu tak bagus, memang bagus.. Kalau tak, macam mana kita boleh berjaya seperti hari ini. Tapi itu zaman kita.. Zaman kita zaman buku.. Nak tak nak buku lah yang menjadi kelengkapan asas kita untuk belajar. Era Buku akan berlalu:
- E-Book membanjiri pasaran
- Dunia digital mula menjelma
- Internet menjadi gedung Ilmu terbesar
- Ilmu hanya dihujung jari
Cuba anda lihat di sekeliling anda sekarang, adakah anak-anak zaman sekarang ni suka membaca buku? Tidak ramai bukan? Mereka lebih suka bermain dengan komputer. Justeru itu, pihak syarikat kami telah membangunkan satu program khas untuk mengatasi masalah ini. Score A Programme, satu kaedah pembelajaran output secara online menggunakan komputer untuk menarik minat para pelajar membuat latih tubi sebagai persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan sebenar.
Ciri-ciri Unik yang ada pada program ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar masa kini. Ibubapa yang sentiasa sibuk dengan kerja juga mampu memantau prestasi pelajaran anak mereka melalui program ini. Program yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ini terbukti berkesan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan A dalam peperiksaan. 90% pengguna Score A telah ‘Score A’ dalam peperiksaan mereka. Menjelang Dasar Pendidikan Kebangsaan 2010, Score A Programme Bakal menyenaraikan anak anda di dalam senarai 100 PELAJAR CEMERLANG DI SELURUH MALAYSIA!!!
Program ini sudah terbukti berkesan. Ramai ibubapa dan para pelajar memberi komen positif tentang program ini dan ramai juga yang mengajukan pelbagai soalan. Antaranya:
1.Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme?
Score A Programme telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
2.Adakah Score A Programme akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dengan itu tidak akan membebankan anak anda dan tidak memerlukan buku yang banyak, hanya perlukan komputer dan internet sahaja untuk belajar.
3.Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
4.Apakah Pembelajaran Input?
Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
5.Bagaimana Score A Programme dapat membantu kejayaan pelajar?
Terdapat 3 perkara penting bagi membantu kejayaan pelajar dan 3 perkara ini terdapat dalam Score A Programme.
-
INPUT LEARNING
Selain daripada pembelajaran di sekolah, Score A Programme mempunyai eNotes dan eDictionary (sebagai bahan rujukan pantas)
-
OUTPUT LEARNING
eTopic dan eAssessment (Berkonsepkan latih tubi dan Games), eTrial Exam dan ePast Year Exam (seolah-olah menghadapi pepriksaan sebenar)
-
PEMANTAUAN
eReport Card (membolehkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak lebih awal sebelum menduduki peperiksaan sebenar)
Rahsia Membaca dengan Berkesan
March 4, 2010 by admin
Filed under Tips Ibu Bapa, Tips Pelajar
Peperiksaan mengehendaki anda membaca banyak buku. Semua ini memakan masa. Oleh itu, anda perlu memiliki kemahiran membaca buku itu dengan cepat serta dapat mengingati isi-isi yang penting.
Kaedah Membaca Buku Dengan Pantas.
Langkah 1:
- Baca pengenalan dan kesimpulan buku itu.
- Ini akan memberikan anda kata kunci atau isi penting dalam keseluruhan bab tersebut.
Langkah 2:
- Gunakan jari telunjuk, pen atau pensil untuk membimbing mata anda kepada ayat-ayat yang dibaca itu.
- Arahkannya ke bawah.
- Gunakan pen atau pensil untuk membimbing mata anda di sepanjang ayat-ayat itu.
Rahsia Membaca Buku Secara Berkesan.
- Baca bahagian kandungan buku terlebih dahulu.
- Selidiki bab-bab yang penting bagi soalan-soalan esei dan objektif.
- Sambil membaca, bulatkan/gariskan isi-isi yang penting. Gunakan dakwat merah atau pen berwarna.
- Salin isi-isi yang digariskan itu dalam buku nota peribadi anda.
- Soal diri sendiri semasa membaca.
Contoh soalan:
- Adakah tajuk ini penting untuk soalan esei/objektif?
- Apakah hubungkait topik-topik ini?
- Bayangkan diri anda seorang pemeriksa. Apakah soalan yang akan anda soal?
- Kaji soalan-soalan tahun-tahun lepas tentang topik yang berkenaan.
- Baca secara perlahan dalam hati.
- Baca secara lisan.
- Renungkan apa yang anda telah baca tadi tanpa melihat buku itu.
Langkah-langkah di atas akan membantu anda untuk membaca banyak buku dengan cepat dan anda boleh mengingati apa yang telah anda baca tadi.
Selamat Mencuba, Selamat berjaya!!!
Pemikiran luar biasa
March 2, 2010 by admin
Filed under Motivasi, Tips Network Marketing
Dunia penuh persepsi, sangka-sangka. Manusia menilai sesuatu secara abstraks mengikut keupayaan minda dan pengalaman yang biasa dilalui. Terdapat satu perbandingan @ kiasan secara majaz yang dibuat oleh tuan guru mengenai perkara ini. Ketika nabi dijemput Allah ke langit untuk menerima perintah solat fardhu, dan sebagai mengembirakan baginda setelah menghadapi tahun kesedihan (‘aam al-huzni), ramai orang yang tidak percaya dengannya. Kiasan tuan guru, beginilah…”Kita tengok cerita semut. Suatu hari seekor semut masuk dalam poket baju kot seorang ahli korporat. Ahli korporat itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Tatkala pergi ke KL itu, ia berada di dalam poket itu, menaiki kapal terbang, dan melihat serta mendengar suasana riuh di bandar. Apabila pulang semula ahli korporat itu ke rumahnya, maka semut tadi keluar dan bertemu kawan-kawannya yang lain. Lalu semut ini dengan penuh takjub dan berbesar hati pula menceritakan pengalamannya berjalan ke KL dan menaiki kapal terbang. Dia menceritakan dimensi dunia yang luas dari pandangan angkasa, dan menceritakan juga kesibukan kota yang tidak dapat dibayang sama sekali oleh rakan-rakannya. Maka tiba-tiba ada sekumpulan semut-semut yang dengki lantas memperkecil-kecilkan ceritanya. Kata mereka ia berbohong!”
Sebagai manusia kita selalunya berfikir dalam ruang dan skop yang tersedia di hadapan kita. Jarang sekali orang berfikir di luar kemampuan fakir yang biasa-biasa atau dikatakan sebagai ‘think out of the box’. Dalam hal ini, Prof. Dato’ Dzulkifli mengulas pemikirannya berkenaan pemikiran di luar kebiasaan seperti yang tercatat dalam News Sunday Time bulan lepas. Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau tentang langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menarik pelancong. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk menganjur Pertandingan Kapal Layar Dunia pada musim tengkujuh di Pulau Duyung. Hal ini memang amat luar biasa dan ajaib! Dan katanya inilah dia dimensi baru yang lebih berani untuk diketengahkan kerana masih belum dianjurkan. Walhal semua orang tahu, bahawa lazimnya kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi. Sebagai seorang pelajar, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pemikiran luar biasa hebat. Aktiviti sampingan pelajar di samping belajar adalah mencari wang sampingan. Orang yang kaya dan berada dengan stail kayanya manakala yang sederhana dengan cara yang sederhananya.
Bagaimana kehidupan pelajar di universiti yang kreatif itu? Seorang pelajar Sains Komputer UM menjadi agen unit amanah saham dan berjaya menjual (accumulate sale) sehingga RM5 juta. Dia telah berjaya memegang kunci Merc. Benz mata belalang dan bergaya dengannya. Terdapat juga mereka yang menjadi agen jualan langsung sehingga mempunyai puluhan orang bawah dan mendapat bonus bulanan sehingga RM30000. Ada juga yang menjual nasi lemak, roti john, makanan ringan dan mendapat keuntungan yang tidak seberapa. Bagi mereka yang berkereta pula, mereka lebih suka menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bagi yang suka menjual pakaian, mereka mencari pembekal yang boleh membuat reka cetak baju yang dikehendaki. Bagi mereka yang malas untuk mempromosi, mereka lebih guna menjalankan perniagaan secara maya, menggunakan kecanggihan internet seperti di lelong.com. Lihat jualan terkini saya. Apa pun bidang dan bentuk ‘perniagaan’ kecil-kecilan yang dibuat, ia menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri seseorang. Hanya kreatitiviti dan usaha untuk mempromosi produk dan berhadapan dengan pelanggan menjadi kunci kejayaan aktiviti ‘perniagaan’nya.
Apa pun yang dibuat sama ada untuk kepuasan sendiri atau sebaliknya, semuanya harus bijak dan pandai membahagikan masa. Jangan kerana aktiviti sampingan, kita mengabaikan tanggungjawab utama.


