GAGAL @ BERJAYA – Anda Pilih!
December 21, 2009 by admin
Filed under Berita Terkini, Tips Network Marketing
GAGAL atau BERJAYA dalam Network Marketing ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda menyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.
Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.
Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.
Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM @ Network Marketing ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!
Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya. “Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftar diri sebagai pengedar ialah menanamkan kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.
9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah jualan langsung atau Multi-Level Marketing. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan “Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan “Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang selagi nyawa di kandung badan!
* Petikan dari ebook Teknik Berkesan Untuk Berjaya Di Dalam MLM – Penulis, Maslan Omar (USM)
Salam kejayaan. Jumpa lagi.
ZRB Millionaire Club Mampu Bawa Usahawan ke Puncak Kejayaan
December 3, 2009 by admin
Filed under Berita Terkini
KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.
Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam ZRB – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.
Di dalam ZRB Group kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.
Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, Melalui kumpulan ZRB Millionaire Club (ZRBMC) yang diasaskan oleh jutawan terpantas Score A Programme, Encik Aziz Samad, dan jutawan termuda Score A Programme, Encik Imran Hadi dan beberapa org leader lain telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di ZRB BTS, setiap minggu pada hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 7 ptg. Sewaktu saya menghadiri kursus NDO ini pada 22hb Nov 2009 seramai 150 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang Network Markerting ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu Network Markerting terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Seremban, Grik Perak, Batu Pahat Johor dan Kelantan. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.
Matlamat program Berjaya Bersama ZRBMC ini adalah untuk merealisasikan impian kita bersama iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan Kejayaan menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.
“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
December 3, 2009 by admin
Filed under Tips Pelajar
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Gerbang E-Pembelajaran Dijangka Sumbang 30 Peratus Pendapatan Kenshido
December 3, 2009 by admin
Filed under Berita Terkini
Temubual Bernama dengan CEO Score A Programme
Oleh Santhia Panjanadan
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Kenshido International Sdn Bhd, syarikat tempatan pertama yang memulakan pendidikan dalam talian (webucation) pada 1999, yakin pelancaran gerbang e-pembelajarannya baru-baru ini bagi pelajar tingkatan empat dan lima akan menyumbang 30 peratus kepada pendapatan kumpulan pada Disember.
Dilancarkan pada akhir Ogos, syarikat itu yakin produk baharu tersebut akan menyumbang 40 peratus kepada keuntungan kumpulan tahun depan.
“Kami boleh mencapai sasaran ini kerana terdapat pasaran yang belum dimanfaatkan iaitu kira-kira 500,000 pelajar tingkatan empat dan lima.
“Ibu bapa juga memberi penekanan utama kepada pendidikan anak-anak mereka dan mahu memastikan mereka mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan awam, justeru itu gerbang e-pembelajaran merupakan suatu yang popular di kalangan pelajar dan ibu bapa,” kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kenshido, Jason Kok Min Chong dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama.
Beliau berkata syarikat tersebut melabur kira-kira RM1 juta untuk membangunkan produk format objektif itu dan akan terus melabur bagi memajukan format subjektif pada suku pertama 2010.
Program E-Pembelajaran Kenshido membantu para pelajar bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dan sejak 10 tahun lepas telah berjaya melahirkan beribu-ribu pelajar yang mendapat A penuh dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
Syarikat pendidikan itu menjual produknya menerusi sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai lebih 40,000 pengedar aktif di seluruh negara.
Jason berkata kira-kira RM5 juta telah dilabur untuk membangunkan gerbang yang sama bagi pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Tiga dalam tempoh 10 tahun lepas.
“Keseluruhannya, dengan peningkatan dalam pendapatan, bilangan pengedar dijangka meningkat berlipat kali ganda,” katanya.
Mengenai prospek pasaran bagi perniagaan e-pembelajaran, Jason berkata ia menjangkakan persaingan yang kecil.
“Untuk mendapat penerimaan orang ramai menerusi pemasaran pelbagai peringkat memerlukan strategi yang betul dan usaha keras.
“Kami mengambil masa 10 tahun untuk membangunkan gerbang, rangkaian dan pasaran webucation yang kami ada hari ini. Justeru itu, kami menjangkakan persaingan yang kecil dalam perniagaan ini,” katanya.
Mengenai pertumbuhan keseluruhan kumpulan Kenshido, Jason yakin pendapatan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2009, akan meningkat sebanyak 500 peratus.
“Kami berada di suku ketiga kami sekarang dan kami sudahpun menyaksikan kenaikan 300 peratus dalam keseluruhan pendapatan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Dan saya yakin kami dapat mencapai sasaran ini pada akhir tahun, dinilai daripada kepantasan pergerakan kami, peperiksaan awam yang semakin dekat dan permintaan bagi gerbang program “Score A” kami yang semakin meningkat,” katanya.
Gerbang program “Score A” itu disokong oleh Kementerian Pendidikan dan menelan kos RM596 setiap satu, bagi langganan enam bulan. Dua pelajar boleh mengakses gerbang itu pada satu masa.
Gerbang itu mengandungi soalan berasaskan topik, penilaian bulanan, peperiksaan ujian dan soalan tahun-tahun lepas untuk lebih daripada 10 tahun, bergantung kepada subjek.
Bagi pengedar, mereka boleh memilih untuk mendaftar dalam tiga kategori iaitu e-rakan kongsi bagi RM1788, e-usahawan bagi RM5548 dan e-max bagi RM10,800.
– BERNAMA

