Motivasi-Berani berimpian

October 22, 2009 by admin  
Filed under Motivasi

Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“

Kita juga mempunyai cerita Angan-angan Mat Jenin yang akhirnya memakan diri sendiri. Jika anda berimpian, jangan jadi seperti Mat Jenin, usahakan impian anda sehingga berjaya. Insyaallah.

Anda tanya kami jawab

October 21, 2009 by admin  
Filed under Pertanyaan

Post ini di sediakan khas untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Score A ini. Samaada berminat untuk mendapatkan program ini untuk di gunakan oleh anak anda atau pun berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan. Kami memang sedang mencari  sesiapa yang amat berminat untuk menjadi ahli usahawan di samping membesarkan jaringan kumpulan ini. Jika anda berada dalam lingkungan Lembah Kelang, kami boleh membawa anda untuk mendengar taklimat atau Program review di HQ. Anda boleh mendapatkan jadual di sini.

Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bhgn komen! Sekian

Rahsia Kak Jah menjana RM60k

October 20, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

Jika anda “search” perkataan “score a” di Google, ada tentu akan berjumpa dengan website www.bisnesjaya.com. Website tersebut telah beberapa lama berada di muka pertama SERP(Search Engine Result Page) Google.  di sini saya bukan ingin menceritakan teknik SEO bagaimana page itu berada di mukasurat pertama Google, tetapi ingin menceritakan tentang pemilik website tersebut. Bagaimana beliau menjana RM60K dalam masa hanya 5 bulan sahaja.  Tidak di nafikan, dengan hanya menjadi ahli usahawan/rakan niaga Score A Programme, beliau berjaya menghasilkan pendapatan pasif sebanyak RM60 ribu pada bulan ke 5 sahaja dan pendapatan terkumpul melebihi ratus ribu ringit.

Dari apa yang beliau ceritakan, pada bulan kedua selepas menjadi ahli, pendapatan beliau telah menjangkau belasan ribu ringgit. Kak Jah atau nama sebenarnya Jahlilawati adalah seorang perkerja makan gaji seperti saya di dalam bidang IT, berpengalaman lebih 20 tahun, namun pendapatan hasil dari Score A dlm ms 2 bulan telah menyamai gajinya selama 20 tahun berkerja.

Kak Jah telah mendaftarkan diri sebagai ahli usahawan Score A pada March 2009. Pada bulan ketiga iaitu Mei pendapatan beliau adalah RM23 ribu, dan seterusnya meningkat pada bulan keempat iaitu pada bulan Jun kepada RM30 ribu.

Pada Ogos lepas, pendapatan beliau telah pun menjangkau RM60 ribu. Dan yang paling baru sekali pada Oktober iaitu bulan kelapan menyertai sebagai Rakan Niaga Score A, pendapatan beliau telah mencapai RM80 ribu.Memang begitu cepat beliau mencapai pendapatan 5 angka. Malah pendapatan terkumpul telahpun melebihi 6 angka. Sesuatu yang amat mengagumkan.

Apakah rahsia beliau?

  • Ikut pelan bisnes yang di berikan
  • Tidak malu atau segan untuk berkongsi kebaikan Score A. (Kongsi saja, bukan paksa join pun)
  • Selepas mendapat penaja/downline, bantu mereka ini supaya tidak lari dari landasan yg di setkan dalam pelan bisnes
  • Tidak hanya menumpukan kepada wang pada awalnya (mind set kena betul), yang utama beri penuh pendedahan tentang Score A kepada orang ramai, wang akan terhasil dengan sendirinya jika ramai org berminat.

Di atas antara rahsia Kak Jah yang dapat menjana pendapatan mencecah RM60K dalam masa 5 bulan. Apakah susah bagi kita untuk menduplikasikan kejayaan Kak Jah dengan hanya beberapa rahsia yang di kongsikannya? memang tidak mustahil satu hari nanti, kita juga dapat merasa hasil seperti Kak Jah. Jadi, apa di tunggu lagi.  Sertai sekarang sebagai ahli usahawan Score A.. (promote tuuu!!!)

Selain itu, apa yang beliau tekankan dengan produk Score A ini,

  • Kadar penolakan sangat rendah, dari 10 yang di ceritakan, 9 daripadanya tidak mengetahui apakah Score A Program
  • Produk yang sememangnya keperluan masa kini.
  • Bisnes Pelan yang terbaik (lihat sini)
  • Syarikat yang di ketahui kukuh
  • Dan yang paling utama Team Work (Upline) yang amat mengambil berat tentang downline.

Tidak heranlah apabila berada di bawah group Kak Jah, beliau amat mengambil berat tentang perjalanan Score A para downline. Saya rasa cukup bertuah berada dalam kumpulan yang betul untuk mencapai matlamat kejayaan saya.

Ulasan Kak Jah dari Website beliau

Syukur Alhamdulillah, bulan pertama (Mac-2009) saya fokus buat betul-betul program ini, bulan kedua (Apr) income saya sudah RM Berbelas ribu (sama macam pendapatan saya masa kerja makan gaji selama 20 tahun). Bulan ketiga (Mei) income saya RM23 ribu. Dan bulan keempat (Jun) income saya RM30 ribu. Semuanya bukan sebab saya yang hebat tapi produk yang SUPERB! – kadar penolakan sangat rendah – semua mak bapak nak anak pandai. Dan juga timing yang tepat – dari 10 orang yang saya jumpa, 9 orang tak tahu pasal Score A, tapi kalau tahun depan, saya pasti 5 orang dah dengar & 4 orang dah join. Jadi buat sekarang atau buat kemudian lebih senang. Kalau anda tak rebut peluang ini sekarang, tahun depan orang yang ambil peluang ini sekarang, dah kaya-raya, anda baru nak start! Jadi fikir-fikirkan lah… ~Ikhlas dr Kak Jah – 30-Jun-2009.Update
3-Ogos-2009:
Syukur.. syukur.. alhamdulillah..
Bulan kelima (Julai) income saya RM60 ribu.
Selepas ini saya tidak boleh beritahu lagi, nanti income tax datang cari :-)
Semuanya kerana gabungan kehebatan Produk/ Biz Plan/ Syarikat/ & Kumpulan.
Ayuh! Sambutlah TSUNAMI PELUANG yang datang ini.
UBAH KEHIDUPAN ANDA!!
Latest update:
Tak tahu nak cakap apa lagi… Bulan ketujuh (Sept-2009), saya dah layak masuk dalam “Millionaire Club” – macam mimpi je… tapi itulah hakikatnya. Di Score A “Impian Boleh Menjadi Kenyataan Dengan Cepatnya”… huhuhu menangis kesyukuran…

Jika Kak Jah boleh lakukan, mengapa tidak kita? Dengan berkongsi tentang kebaikan Score A kepada rakan2 dan taulan. Dari 50 orang yang kita ceritakan, kemungkinan 10 darinya berminat utk menggunakan program ini, mungkin 3 darinya berminat untuk menjadi Ahli Usahawan. Apa-apa pun, segala jenis kejayaan yang datang, ianya bukan datang bergolek, perlulah di mulakan dengan usaha yang jitu. SEMOGA TERCAPAI MATLAMAT KITA!!

Jika anda berminat, ada boleh mendaftar sebagai Ahli Usahawan melalui blog ini.

Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka

October 15, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba……. datang tidak menentu masa…… datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

-Prof. Dr. Hamka

Amat besar maknanya dengan apa yang di hujahkan oleh Prof Dr. Hamka ini. Rebutlah peluang sementara ia datang kepada kita. Walau apa sekali pun kerja yang kita lakukan, lakukan dengan penuh keazaman dah iltizam yang tinggi. Pada saya, Program Score A ini datang tepat pada masanya utk saya memulakan bisnes dan lari dari di belenggu hutang. Moga tahun 2010 boleh di katakan sebagai Year of Financial Freedom!!!

Matlamat

October 12, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini, Motivasi

Salam,

Di sini, saya dengan semangat yang berkobar ingin menetapkan matlamat saya menjadi salah seorang ahli dan Consultant  Score A Programme yang berjaya . Di samping ingin melihat kejayaan anak-anak, tidak kira anak sendiri atau anak saudara atau anak- anak rakan saya, saya juga ingin berjaya sebagai seorang Usahawan yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan dalam masa 6 bulan.

Matlamat saya:

  1. Melangsai segala utang-utang(esp kredit kad) pada Feb 2010
  2. Mencapai pendapatan RM30,000 pada Mei 2010
  3. Membawa Ibu bapa dan anak-anak Umrah/Haji pada Sept 2010
  4. Membeli kereta Toyota Wish Pada Disember 2010
  5. Membina Mahligai Idaman pada Jan 2011

Kita juga kena redha bahawa, Allah telah pun menetapkan rezeki masing-masing, namun jika kita tidak langsung mencuba maka kita telah pun menutup pintu rezeki kita.  Jika kita mencuba dan berusaha ke arah itu, sememangkan ada ganjaran telah tersedia untuk kita di sebalik usaha itu. Jadi, mari kita mulakan. Jangan hanya melihat kepada kejayaan orang lain sahaja. Jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kita bermula sebagai usahawan yang berjaya. Tetapkan matlamat anda sekarang.

Bagaimana menetapkan matlamat kita,

  • Tetapkan Matlamat dan tujuan kita bermatlamat
  • Tentukan halatuju Matlamat kita
  • Tetapkan secara berperingkat dan kita kejar satu persatu
  • Matlamat yang kita set itu perlulah jelas dan kita setkan bilakah kita inginkan matlamat kita tercapai
  • Matlamat yang praktikal.
  • Matlamat perlulah tetap, tidak berubah-ubah
  • Berusaha bersungguh-sungguh kearah matlamat kita
  • Sentiasa ingat kepada matlamat, jika perlu tuliskan matlamat kita di sekeping kertas dan di letakkan di tempat yang kita boleh nampak setiap hari sebagai pemangkin utk kita mengejar matlamat tersebut.
  • Berkongsi matlamat kita, jika kita berkongsi matlamat, kita akan lebih yakin dengan diri kita. Dan kita akan berasa malu jika matlamat kita tidak tercapai, di sini bagus kerana matlamat telah mengejar kita
  • Bertawakal ke arah matlamat kita

Selamat Datang

October 7, 2009 by admin  
Filed under Berita Terkini

Assalamualaikum,

Terbina juga akhirnya blog/website utk berkongsi pengalaman dan memberi info tentang Program Score A ini. Apakah score A dan bagaimana Score A boleh memberi kecermerlangan kepada pendidikan anak-anak, segala jawapan tersedia di blog ini.

Saya ingin tekankan di sini, Score A bukan hanya untuk kecemerlangan akademik anak-anak sahaja, malah boleh menjadi mata pencarian atau duit tambahan bagi individu yang ingin menjadi pengedar produk Score A ini. Jika kita langgani Program Score A ini utk anak kita, dan kita nampak keberkesanan program ini, adakah kita akan berdiam diri. Pastinya kita ingin berkongsi kegembiraan kejayaan anak2 bersama rakan dan taulan. Di sebalik perkongsian itu, jangan tidak percaya kerana secara tak langsung kita telah pun mempromosikan Program Score A kepada rakan kita. Jika kita adalah pengedar/agen, sudah tentu kita mendapat hasil sekiranya kawan kita berminat utk mengetahui lebih lanjut dan seterusnya melanggan. Memang rugi jika rakan kita melanggan Program Score A dari pengedar lain selepas mendengar keberkesanan hasil kejayaan anak2 kita.  Faham maksud saya? Saya amat menggalakkan anda terus menjadi ahli atau pengedar sekiranya anda berminat untuk melanggan program score A ini untuk anak-anak anda.

Kejayaan demi kejayaan!! Telah ramai Pelajar berjaya mendapat A untuk kesemua mata pelajaran, lihat saja pada TESTIMONIAL, yg tertera di testimonial hanyalah sebahagian kecil sahaja. Di sebalik kejayaan-kejayaan pelajar ini, kita juga harus ketahui bahawa ramai ibu bapa juga berjaya, namun bukanlah berjaya dari segi akedemik tetapi berjaya menjadi usahawan yang mendapat ganjaran 5 angka sebulan kerana menjadi pengedar/ahli usahawan Score A ini.

Jika kita lihat dari kacamata usahawan, produk Program Score A ini amatlah laris seperti goreng pisang panas. Mengapa?

  • kadar penolakan terhadap produk ini sangat rendah kerana ia merupakan produk KEPERLUAN.
  • 10 tahun berada di pasaran, berkualiti dan telah terbukti efektif
  • Harga 1 subjek TERAMAT murah, cuma RM9.95 utk satu subjek bg 2 org anak, malah Pakej penjimatan yang di tawarkan hanyalan RM5.95 bg satu subjek untuk 2 orang anakm bagaimana 3 @ 4 org anak? hanyalah  RM3.95(3 org) dan RM2.95(4 org).Memang murah sangat jika mempunyai ramai anak.  Harga seperti sebuah buku untuk latihan pun malah lebih murah. Jika utk 4 org ank, 4 keping buku yang berharga RM2 sekeping pun telah menjadi RM8. Berapakah bezanya?? amatlah berbaloi.
  • Tiada pesaing.HANYA SATU syarikat yg menawarkan program e-pendidikan
  • Produk ini tidak bermusim..Pendidikan akan ada dan diperlukan sampai bila2.
  • TIADA tarikh luput. berpuluh tahun lagi, ia tetap boleh digunakan..

Setiap tahun lebih ribuan pelajar mendaftar di darjah 1. Demi pendidikan, berapa ramai ibu bapa yang sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka? terlalu ramai! Jika kita hitung atau congak, ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ringgit utk kejayaan pelajaran anak-anak mereka. Di sini, ingin saya simpulkan bahawa score A adalah PELENGKAP kepada institusi pendidikan dan produk KEPERLUAN.